Pages

Tuesday, January 12, 2010

HIDUP UMPAMA RODA...

Jam sekarang menunjukkan 10.38 a.m..dah lama ummi tak update blog ini..terlalu banyak urusan lain yang menghalang ummi mengadap komputer nih..

Inipun alhamdulillah..anak2 duk bermain dengan eloknya..kejap lagi kena main sama2 dengan mereka pulak..

semalam baru jer keluar ke Balad setelah hubby merdeka sekejap..dah habisya sem pertama..alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah..Semoga keputusan peperiksaannya memberangsangkan,amin.

Di saat ini sebenarnya pelbagai perasaan bermain2 di kepala ummi..
duk review fb dan blog kawan 2 lama sebenarnya..
macam2 perubahan yang ada.. kadang2 tuh yang bersekolah agama..
seolah2 tidak tahu hukum hakam..
seolah2 tidak pernah diajar hadith ttg agama di sekolah dulu..
ummi amat2 terkejut dgn perubahan kawan2 ummi..ummi amat2 berharap semuanya akan berakhir dengan baik.
Manalah tahu nanti dia kawan2 ummi berubah lebih baik dari sekarang ..siapa tahu?

Hidup ini umpama roda.Kejap kita berada di atas kejap kita berada di bawah.Kita belum tahu kesudahan hidup kita.Namun sementara hidup masih ada,sudah menjadi tugas kita sesama manusia saling ingat mengingati antara satu sama lain.

والعصر.إن الإنسان لفي خسر.إلا الذين ءامنوا وعملوا الصلحت وتواصوابالحق وتوصوابالصبر.

Di sekolah dulu, saban hari kita membaca surah ini selepas sesuatu majlis selesai.Namun jarang antara kita mengambil pengajaran di sebalik surah yang pendek ini.
"BERPESAN2LAH KAMU DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN".
Memang kena banyak sabar, bila sudah ditegur,pelbagai kemungkinan yang akan terjadi,mungkin kita akan kehilangan kawan tersebut.
Namun itulah sebenarnya dugaan yang mesti dihadapi oleh seorang yang bergelar khalifah.Kita semua adalah khalifah di muka bumi Allah ini.

Ummi sebenarnya mengingatkan diri sendiri.Di sekolah cikgu ajar bahawa bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, haram hukumnya.
Mendedahkan aurat haram hukumnya.
Aurat2 perempuan dan lelaki ada batasannya..
Na'uzubillah sekiranya terjadi di dalam keluarga ummi juga kepada sahabat2 ummi.Ummipun masih dalam proses membaiki diri lagi.

Ummi berada di negara orang ini umpama 'madrasah' bagi ummi.Semoga apabila keluar dari madrasah ini..ummi mempunyai 1001 kekuatan yang didambakan.Amin! Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga berada di sini.


Bekunya airmata kerana kerasnya hati.
Kerasnya hati dari banyaknya dosa.
Banyaknya dosa dari lupanya mati.
Lupanya mati dari kerana cintakan dunia..
Renung2kanlah!






2 comments:

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

setiap kesusahan akan dtg senangnye..

tak gitu?

ummu faqeh said...

betul tuh mama miya..lepas gelap datangnya terang,selepas malam datangnya siang..selepas bersusah payah mendidik anak2,insya Allah di masa hadapan kita bersenang2 pula dgn kejayaan dia, insya Allah..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!