Pages

Tuesday, December 1, 2009

VARIASI ERTI BERKORBAN!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jam menunjukkan 2.00 am.Cuaca mencecah 8 darjah selsius saat ini.Hari ni dah masuk hari raya yang ke 5 dah.

Ummi nak bercerita tentang program kami pada raya ke 3 yang lalu.Paginya kami dapat jemputan dari Nurul untuk menziarahi rumah mereka.Alhamdulillah kami makan laksa utara dan 'sekaya'-panggilan org terengganu.sedap sangat!syukran.

Seterusnya pada malam selepas maghrib kami sekeluarga ke MAJLIS ADHA 1430 anjuran PERMAI.

YM dari pihak PERMAI mengingatkan kami.Syukran!

Permai 2004 (11/28/2009 6:30:21 PM): MAJLIS ADHA 1430 Tarikh : 29 November 2009 , Masa : 5.00 - 8.40 malam Tempat : Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk Tema : Variasi Erti Berkorban Ape yg menarik ekk?? àIngin same2 menelusuri Galeri ADHA 1430 ??? àPengisian Mantop dalam Talkshow yang bakal di hostkan Individu Paling terkenal di Irbid + jemputan yg xkurang hebatnye , nk tau sape ???? àIngin saksikan lakonan dr para pelakon hebat yang hanye terdapat di IRBID ??? àiNGin mdgr alkisah dlm sesi Luahan Hati ke Hati ???? sob3 àIngin mnonton tayangan Yg pasti mngubah persepsi pemikiran kite semua ke 1 dimensi Baru???? àNak mjamu selera dgn juadah Aidil ADHA 1430 yg mngiurkan?? à Dan bnyk lagi…Nk tau kne dtG ! APe lg jgn lepaskn pluang thebat di abad ini~

Pengisian mantop tuh yang paling ummi nak tahu sangat!individu terkenal?siapa tuh?menarik sangat nak tahu.Dan yang paling penting tujuan kami sekeluarga ke sana untuk merapatkan ukhuwah sesama perantau2 di bumi Irbid ini.Lagipun ummi nak juga menjejakkan kaki ke Jamiah sendiri.Sungguh teruja!Juga tanda kami yang dah berkeluarga ini tetap memberikan sokongan , walaupun terpaksa BERKORBAN!
Abi berkorban masa studynya yang amat berharga,ummi berkorban masa untuk mengemas rumah dan anak2 berkorban masa tidur mereka!

Kami ke sana bersama u. ridwan sekeluarga.Juga membawa anak2 yang kecil.Ummi tak berkesempatan untuk mengambil gambar banyak, kerana anak2 ummi dah start meragam sebelum tibanya waktu makan.Kami pulang awal sedikit berbanding yang lain.Namun, alhamdulillah, kami dibekalkan dengan nasi dan lauk2nya.SYUKRAN!
Antara pengisian menariknya TALK SHOW yang diacarakan oleh Hilal Asyraf dan Ridwan( ye ker namanya?)Ada persembahan menarik juga Sesi Luahan Hati ke Hati.Tersentuh nurani dengar luahan hati seorang akhowat JUST.Boleh baca cerita beliau di sini.-SAHABAT TERHEBAT!

inilah kami sebelum ke sana.Sempat lagi abang faqeh membelek buku!


suasana di dalam dewan.Subhanallah, ramainya orang!Lebih kurang 600 orang semuanya.



adik berposing sementara melihat lakonan yang mantap!


ada gaya seorang mahasiswa cilik tak?

oklah kat sini ummi copykan sebuah kisah tentang PENGORBANAN SEORANG IBU!!!


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.

Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Pesanan:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..."Saya Sayang Ibu"

5 comments:

Putra Al-Maliki said...

terkesan denga kesah pengorbanan seorang ibu.. =)

ummu faqeh said...

syurga di bawah kaki ibu!hargailah mereka sebelum terlambat!

Anonymous said...

Boost pretend the savage with two backs casinos? weed excuse this new [url=http://www.realcazinoz.com]casino[/url] steersman and wing it tone down online casino games like slots, blackjack, roulette, baccarat and more at www.realcazinoz.com .
you can also cross-examine our untrained [url=http://freecasinogames2010.webs.com]casino[/url] take care at http://freecasinogames2010.webs.com and ribbons floor with documents means !
another late-model [url=http://www.ttittancasino.com]casino spiele[/url] conspire is www.ttittancasino.com , because german gamblers, create unrestrained online casino bonus.

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女

蛋餅不加蔥Amber said...

徵信社,徵信,徵信,徵信社,外遇,尋人,徵信公司,徵信,抓姦,徵信,徵信社,徵信,抓姦,抓姦,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信社,抓姦,徵信,外遇,徵信社,,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信,徵信社,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,徵信社,徵信,外遇,尋人,徵信公司,徵信,徵信社,徵信社,徵信,錄音,背叛,商標,商標,GPS,離婚

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!