Friday, December 4, 2009
HANTUK KEPALA!
nampak tak kepala yang kemerah2 an itu?
Perangai yang memeningkan kepala ummi dan abi sekarang ialah proses menghantukkan kepala ke lantai!geram jer tgk my heroes tuh buat.Bila dia buat perangai sebegitu?
Apabila di bergaduh dan inginkan sesuatu barang!Umi duk search internet cari macamana nak ubah perangai mereka nih..
Ummi C&P dari sini.
Supaya Anak-anak Mendengar Kata
Antara perkara yang sangat sulit dalam ilmu keibubapaan adalah memastikan anak-anak kita mendengar apa yang kita perkatakan dan seterusnya melaksanakan apa yang kita minta.
Jika anda mempraktikkan beberapa tips-tips penting ini, perkara yang sulit ini akan menjadi mudah bagi anda. Insya Allah.
Berfikir Sebelum Anda Bercakap
Anda memberitahu anak anda untuk keluar bersiar-siar sekarang tapi anda telah lewat 20 minit untuk bersiap. Anda meminta anak anda mengemas ruang tamu tapi anda membiarkan keadaan rumah tidak terurus sebelum masuk tidur/semalaman. Anda memberi amaran kepada anak anda untuk membatalkan rombongannya sekiranya dia bercakap kasar kepada anda sekali lagi sedangkan anda selalu meninggikan suara dan bercakap kasar kepadanya. Kejadian-kejadian yang berlaku di atas akan melahirkan anak yang mempunyai ”selective hearing”. Oleh itu, ambil masa seminit untuk berfikir sebelum anda mengeluarkan arahan. Pastikan arahan anda jelas dan bermakna buat mereka.
Gunakan Perbicaraan yang jelas
Jangan menggunakan bahasa tersirat semasa berkomunikasi dengan anak anda: “Ia akan lebih baik jika kamu…” atau “Tidakkah kamu fikir kamu harus…”. Jangan buat permintaan yang tidak lengkap dan tidak jelas: “Kamu harus bersiap sedia untuk pergi nanti”. Jangan mengeluarkan kenyataan yang kabur: “Kamu tahu lebih baik daripada itu…”
Sebaliknya, anda harus jelas dan spesifik dalam kata-kata anda. Nyatakan permintaan anda dengan cara yang tidak akan menimbulkan salah faham. “Letak kasut dan baju sejuk kamu, dan masuk ke dalam kereta” atau “Gantung pakaian kamu dan susun buku di atas rak buku” atau “Duduk sini dan senyap”
Kawal emosi anda
Apabila anda hilang sabar dan meninggikan suara, secara logik, hasilnya ialah anak anda akan memberikan sepenuh perhatian kepada anda. Tetapi kebenaran adalah sebaliknya. Anak-anak akan diam apabila anda marah tetapi mereka akan terlepas butir-butir perkataan anda semasa itu.
Kajian menunjukkan bahawa konumikasi kita selalu diperlihatkan melalui penampilan kita (bahasa badan, nada suara dsb). Anak-anak akan fokus kepada emosi anda dan tidak memahami perkataan anda. Oleh itu, pastikan suara anda terang dan tenang, dan percakapan anda jelas dan spesifik untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Untuk merealisasikan perkara ini, jangan lupa untuk berfikir sebelum bertindak, tentukan apa yang anda mahu dan jadikan kata-kata anda penyampaian yang berkesan.
Dekati anak anda secara peribadi
Walaupun mudah bagi anda untuk berteriak dari dua kamar untuk bercakap, ia sangat kurang efektif. Anak-anak akan memberikan respon lebih baik kepada ibu bapa mereka yang bersemuka dengan mereka. Selain itu, ketika mereka berdiri dekat, anda dapat menentukan apakah anak anda memberikan perhatian kepada anda atau tidak, tanpa perlu menjangka tindak balasnya dari dengusan-dengusan yang jauh. Bersemuka dengan anak menuntut lebih masa daripada anda, tapi akan menyelamatkan anda dari marah kerana terpaksa mengulangi permintaan anda berulang kali.
Ia akan mengambil masa untuk menguasai tips-tips ini. Hanya dengan membaca artikel ini tidak akan mengubah gaya anda. Anda perlu untuk mengingatkan diri sendiri tentang apa yang ingin anda lakukan, dan pastikan tujuan anda segar dalam ingatan anda. Adalah penting untuk anda memberi masa kepada diri anda untuk menguasai idea-idea ini dan maafkan diri anda jika anda melakukan kesilapan. Tidak ada di antara kita yang tahu bagaimana menjadi ibu bapa yang baik sejak lahir. Ini pekerjaan yang bukan mudah, namun dengan beberapa tips di atas cukup membantu, berdoa dan tawakallah pada Allah, anda akan berhasil! Insya Allah. Jika anak tetap tidak mendengarkan, ingatkan dia bahawa menderhakai ibu bapa adalah seperti dia tidak mentaati Allah. Tapi jangan gunakan selalu, kerana setelah selalu diulang-ulang ia menjadi seperti kebiasaan, dan kesannya akan berkurang/hilang.
Emosi Kanak-Kanak : Marah
Jom kenali anak kita…
Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur. Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.
Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan tetapi, apabila usianya bertambah dan gerakan-gerakan dapat dikuasainya, kekuatan otok serta bahasanya mulai subur, maka kita akan mendapati emosi-emosi marah itu mula bertambah.
Maka, di sini ada factor-faktor terbentuknya emosi marah.
1.Mengkritik kanak-kanak
2.Memarahinya
3.Mengintai-intai kesalahannya
4.Membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain
5.Membebaninya dengan pekerjaan atau arahan yang berat
6.‘Masuk campur’ urusan dan kegiatan yang sedang dijalankannya tanpa hemah
Goodenough (Anger In Young Children) telah menjalankan beberapa kajian terhadap sebilangan kanak-kanak (45 orang). Ibu-ibu bagi kanak-kanak tersebut diminta supaya mencatat kemarahan kanak-kanak mereka stiap hari dalam jangka masa 2 – 4 bulan. Dalam kajian ini ternyatalah bahawa ¾ daripada sebab kemarahan kanak-kanak yang berumur hingga 3 tahun adalah berjalan di sekitar perhubungannya dengan kedua ibu bapanya, dan saudara-saudaranya termasuklah penguasaan ke atas gerak geri kanak-kanak, arahan kepadanya, serta sesuatu yang berkaitan dengan menidurkannya, waktu makan, atau mengarahkannya melakukan adat-adat kesihatan yang berhubung dengan mandi, buang air, membersihkan gigi, menyikat rambut ataupun memaksanya membuat pekerjaan di dalam rumah.
Cara kanak-kanak menggambarkan emosi marah itu adalah berlainan disebabkan umur yang berbeza. Melalui kajian ini, hamper 90% daripada reaksi marah kanak-kanak di tahun pertama merupakan tenaga tanpa arah (undirected energy)
1.Meraung
2.Mencampakkan diri ke lantai
3.Menendang dengan kedua belah kaki
4.Menggigit
5.Melompat
… nisbah ini menurun kepada 40% ketika kanak-kanak ini mencapai usia 4 tahun.
Reaksi kanak-kanak empat tahun, lainlah pula. Antaranya
1.Membangkang
2.Menggunakan perkataan-perkataan dengan tujuan mengugut
Manakala marah yang dilahirkan dengan cara menuntut bela hampir tidak ada pada kanak-kanak dalam tahun yang pertama. Namun ketika umurnya empat tahun, cara ini mula ditunjukkan.
Maka, ibulah yang paling mengenali anaknya. Berlakulah sebaiknya kepada anak kita. Kerana itulah yang bakal ditonjolkan oleh mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam....izma cian plak ek. mmg baya2 tu mmg cgitu. tp kan jgn bg byk mkn coklat nnti tahap gula mkin byk lg jd hyperactive plok....
Post a Comment