Pages

Tuesday, November 3, 2009

Hidup Itu Perjuangan!

assalamualaikum.Jam menunujukkan 12.27 pagi.Suasana dan cuaca di sini amatlah beku keadaannya..dan teramatlah sejuknya.Di luar sana hujan air batu membingitkan telinga.Namun suasana sebegini amatlah mendamaikan hati2 yang tenang mengingati Allah.

Rasanya dah lama ummi tak berceloteh bercerita tentang keadaan kami sekeluarga di sini.Sebenarnya 2, 3 hari kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup kami.dan segalanya menuntut kesabaran dan ketenangan menghadapinya.

Perubahan cuaca yang mendadak sebegini amatlah mengujakan kami sekeluarga.Terutamanya tentang anak berkait dengan kesihatan, pemakanan dan pemakaian.Amatlah merisaukan hati seorang ummi yang pertama kali berhadapan dengan suasana sebegini.Namun, alhamdulillah semuanya akan berjalan lancar sekiranya kita minta bantuan daripada Allah dengan jalan berusaha dan bertawakkal.Juga bertanya kepada mereka yang arif tentang perkara ini.Thanx MamaMiya!

Perubahan cuaca juga memberi kesan kepada sistem badan abi dan ummi.Menjadikan kami semakin cepat letih dan penat.Dan teramatlah sejuknya.Sedangkan abi mempunyai terlalu banyak assignment dan test yang terpaksa dilalui.Setiap minggu , adalah rutin harian untuk berjaga malam sambil ditemani ummi.Namun sekarang terpaksa buat shift pulak.Ummi akan tidur dulu, abi berjaga.Then sekarang abi tidur dulu, ummi pula berjaga.Risau sekiranya dua-dua tidur, tidak sedar untuk stay-up.Jadinya sekarang ummi yang penuh kesejukan berhadapan seorang diri melayari alam maya ini keseorangan.Namun ummi tak risau, ramai yang berada di luar sana, menemani ummi bersama.

Seterusnya, mengenai 'baby instant'.Insya Allah esok ummi akan bertukar menjadi baby sitter.Ummi kena berfikirn positif dalam hal ini.Insya Allah dengan kekuatan dan sokongan yang ummi ada, ummi akan cuba sedaya upaya membantu insan yang memerlukan bantuan dengan harapan agar Allah akan mempermudahkan urusan kita.Pelbagai persoalan bermain di dalam kepala ummi.

Bagaimana ummi hendak menjaga baby ni, dengan adanya my heroes 2 orang tuh? macamana nak jaga baby dalam musim syita' ni?Macamana ummi nak bahagilan masa antara hubby, anak2, baby, dan diri ummi sendiri?Adakah ummi mampu lagi menemani hubby study?Kesian kat hubby kalau dia study sorang2.Namun, ummi dah berjanji akan menemani dia untuk study.Berserabut juga kepala ummi memikirkan.Namun bila fikirkan keadaan ibubapa baby yang terdesak, kami ambik keputusan untuk membantu mereka sedaya upaya.Yerlah mungkin ini masa mereka, mana tahu nanti masa kami pula yang memerlukan bantuan?Siapa tahu?Begitulah ummi kena positifkan diri ummi sebenarnya.(Jadi, nanti kuranglah masa ummi ber'internet' nihkan?hehe)

Namun sebenarnya hidup ini adalah PERJUANGAN!Dan ummi tidak akan sesekali akan mengaku KALAH dengan perjuangan ini.Insya Allah.Ummi kena yakin dan tabah dengan semua ujian dan cabaran yang mendatang dalam perjuangan ini.SELAMAT BERJUANG WAHAI DIRIKU DI BUMI PENUH KEBERKATAN INI.amin..( kata-kata untuk memotivasikan diri sendiri.)





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




2 comments:

Anonymous said...

hidup mencari rezeki halal & cuba mendapat blessing dr Allah mmg susah...tp kita tau berbaloi aje nnt.

kalau nak hidup senang & rasa nikmat aje selalu, nnt kita akan mudah lupa...then last last tak dapat apa2 kan?

ummu faqeh said...

Hidup ini umpama roda ,kejap kita duk kat bawah kejap kita duk kat atas.sentiasa kena beringat!
Memang hiduo ni ada suka dan dukanya.