Pages

Friday, November 6, 2009

bb kena belajar!

Assalamualaikum wbt.6 Oktober, hari Jumaat.Cuaca 13 darjah celcius sekarang.Jam 1.50 pagi.Menemani my hubby study.

Tak tahu bagaimana ummi nak gambarkan perasaan ummi di saat ini.Mengenangkan pengalaman pertama ummi menjaga dan mengasuh anak orang.Sebelum ini anak2 ummi yang dijaga dan diasuh orang.Dan sekarang ummi pula mengasuh sekaligus mendidik Asiah yang comel ini.

Pertama kali ummi memegang tubuh badan asiah, dah terpaut rasa kasih sayang terhadap dirinya.Dah lama ummi tak pegang baby sebenarnya.Tapi bila dah pegang, rupanya skill ummi masih lagi hebat!(ceh, masuk bakul angkat sendiri da..)takderlah bila pegang Asiah ni senang , best sebab badan dia besar dan pejal.Yerlah anak2 ummi semuanya kecik2 dan comel!Bila dapat pegang budak besar ni sedap!Nak2 kalu dapat pegang dan cium pipi labuh dia tuh.hehe

ummi ni teruja sangat pegang baby nih, ada apa2 ker?hehe,takderlah cuma..perasaan itu seronok sangat!yerlah kita duk belai dia, tengok telinga dia ada daki ker tak, tengok kulit kepala dia, bersihkan kulitnya, urut badan dia,kerat kuku dia....kita tak mengandungkan dia, namun perasaan keibuan menarik kita sayangkan dia.

Agaknya itulah perasaan Ateh bila jaga anak2 ummi.Ateh amat sayangkan faseh..sehinggakan menangis sokmo bila disebut ttg kami akan ke Jordan.Dan sekarang anak2 masih menyebut tentang suasana duduk di rumah Ateh.Ummi senang bila hantar kat ateh, dan ummi harap sangat ummi akan jaga bb ni sebaik mungkin, sebab orang dah jaga anak ummi elok2.

Adik faseh seronok main dengan Asiah.Siap ajar macam2 lagi.Sampai jer Asiah, mesti terus cium.Abang faqehpun alhamdulillah, bila ada bb baru nih, dah berjurus sikit jadiknya.Yerlah bila dia minta susu, ummi minta dia ayun kan bb jap.Sampai susu dah siap, dia masih lagi ayun bb,katanya nak tunggu sampai bb tidur.hehe, bagus betul abg faqeh ni.

Ummi tengok perut Asiah agak besar sikit.Baru 4 bulan, namun ummi dia tak barutpun dia.Ummi cadang nak buatkan barut untuk dia.Insya Allah ummi akan jahitkan untuk dia yer.Apa salahnya kita mencurahkan kasih sayang yang kita ada terhadap bb lainkan?tanpa mengabaikan anak sendiri.

Insya Allah ummi tak abaikan anak sendiri.Lepas bb balik, ummi buatkan kuih donat utk anak2 ummi.Pastu kita bersama2 menonton video2 dari laptop ummi dan main game bersama.Apa yang penting ummi kena pandai bahagikan masa.



ini pensel, ajar faseh kat bb...


dua bb tengah belajar.


semangat betul bb mengajar bb!itulah blanket yang ummuqusoi hadiahkan pada kami.


asiah yang bersemangat nak belajar!


haha, pandai betul abg faseh ajar saya yer!Suka saya, sampai meleleh air liur abg faseh buat lawak,hehe

4 comments:

Anonymous said...

alahai..cutenye...tetibe tgk cam abg2 tu well behave aje. nak tunjuk bagus depan adik baru tu kot?

ummu faqeh said...

memang pandai dan bijak anak2 nih, bila dia tgk ada adik bb kecik, pandai pulak dia entertain bb tuh..tapi tgk masa2 dia jugaklah..hehe budak2 katakan..

Ummu Asiah said...

Kak, so cutela gmbr2 yg akk ada ni.. nnt bila2 sendla ek. bole Asma' tunjuk kat fmly di Malaysia.. Gembira tgok Asiah seronok main dgn bdk2 tu ^_^.. klu kat rmh km dia berkwn dgn ummi abah dia jela.

ummu faqeh said...

ummu asiah..tak perlu akk send kot.suruh jer mereka melawat blog akk.hehe...tapi kalu nak send berilah emailnya..hehe.tapi lepas akk upload gambar ni, akk edit megapixel dia supaya jadi lebih besar dan comel.tambah2 lagi asiah dah comel, diedit, lagilah bertambah comelnya.