Pages

Saturday, October 24, 2009

makanan...

assalamualaikum..24 Oktober 2009, jam menunjukkan 1.00 pagi.Cuaca pada hari ini agak sejuk, dan anak2 dah mula selsema dan gatal2 tekak.Musim syita' (sejuk) akan datang tak lama lagi.Ya Allah, sihatkan tubuh badan anak2ku, suamiku dan diriku sendiri..ummi menjalani rutin,sambil buat apa?hehe, Nur Kasih lah.Hubby tengah khusyuk study.

Ummi nak bercerita apa kali ini.Cerita tentang makananlah..


ha..tokma dan tok mok, inilah berasnya yang ada di jordan ni.Beras kat sini tak ada kanji dan panjang2.Import dari Thailand lagi nih.


ini pulak Zarrah (jagung).Manis jagung ni.Alhamdulillah, ummi rebus dan buat bubur jagung.( hm..semua orang tak suka makan, adik faseh jer suka makan.Apalagi ummi makan sorang2 jerlah,sedap! )


ini dia karipap yang ummi buat, inti guna serunding yang tokma buat.Hari yang lain pulak ummi buat inti guna daging kambing + batoto ( kentang ).


inilah rupanya selepas digoreng.


ini pulak plastesin yang abi beli.Anak2 seronok main.Inilah plastesin yang Kak Jannah buat kuih 'karipap warna warni' tuh!


ini pula ada beberapa sarang 'kuih'.hehe.nak main masak2 bolehlah kak jannah yer.



inilah rupanya ' kuih gertas' ciptaan anak2.Ummi uli dohnya, dan anak2 bz sekali menekap bentuknya.Ummi goreng dan ditabur gula.Faqeh lah yang suka sangat makan kuih ni.Tak makan nasi takper, dah kenyang katanya.


inilah khubz-roti arab yang dimakan dengan kari daging.( Lauk tengahari semalam yang tak habis, ummi simpan dan makan pagi esoknya pulak.Kena bijak dan jimat nak create makanan untuk keluarga ni,betul tak kak ira kan?)



ini pulak aiskrim yang abi beli, hadiah untuk faqeh.Sebab apa yer?huhu, faqeh dulu pakai pampers bila tidur malam, sebab selalu jer bocor.Tapi sekarang faqeh dah start tak pakai pampers.Itu sebab abi bagi hadiah kat faqeh.Tapi Kak Jannah yang makan banyak.

k, ummi undur diri dulu..ngantuk dah.

4 comments:

ummutalhah said...

rajin ngat wat makanan yer..kalau kak irra nak wat karipap tu..malasla sikit coz nak wat inti tu la...kalau dah jadi mak memang la kena pandai create makanan yang kekadang time belum kahwin dulu kita tak pernah buat pun...lebih2 lagi seorang ibu yang peka dengan kehendak anak2 dan suami tersayang....

Anonymous said...

hehehe..sy kat sini pun br aje rajin2 masak. suami kata skill memasak tetibe menyerlah sebab kena masak hari2. sama mcm u all la, we all buat karipap inti daging kambing, sebab itu yg murah.

dulu kat msia hari2 kat kedai aje, hari minggu br masak.

ummu faqeh said...

mama miya, betullah sama pengalaman kitakan?huhu dulu nak masak hujung minggu jer ada masa.Dan kalu ada program jabatan hujung minggu, langsung tak masak.Makan kedai dan anak2 full time duk umah pengasuh.Jadi skill memasakpun kadang2 dah hilang.Sekarang nipun rasa macam tak percaya jer kita boleh masak, sebab dulu jarang masak,alhamdulillah.

ummu faqeh said...

kak, betullah sekarang ni kena kreatif memasak nih.Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk merasai nukmat ini..Sepenuh masa bersama keluarga tersayang dan memasak semua kegemaran mereka.Dah tu, duk kat negara orang pulak.Macam2 barang takder lagi.Nak buat kek coklat tuh, bikorbonat nak cari kat mana tak tahu lagi..hehe