Pages

Saturday, October 17, 2009

kenangan,hilang semuanya!!!

assalamualaikum..jam menunjukkan 1.00 pagi,hubby seperti biasa,study,study dan terus study.Ummi,seperti biasa, tenet,tenet dan berinternet.huhu.Petang tadi ummi goreng kentang dengan telur.Pastu cicah dengan sup mushroom.Sedap.Kak Jannah suka sangat.

Mak teh, teringatkan masa kecik2 dulu, kita selalu beli batoto(kentang) dan baidun(telur) kat kedao arwah Tok Wi.Pastu goreng sama2,makan berebut2 dengan mak adah, pak long dan pok der.Mok su?ada ker tak lagi masa tuh?huhu.Dalam perut tok ma ker?Pasal pokder pulak, macam2 hal 'kenakalan' yang dia buatkan?tapi bengkeng dia tahap maksimalah.Pak Long, bagus , caring orangnya.Mak Adah lak, huhu kes dia selalu nangis time pukul 8 pagi.Kenapa?Y? Limaza?hahaha..kena tanya dia sendirilah.Semuanya angkara pok derkan?huhu..Mok su pulak banyak bangat baju yang tok ma jahit kat diakan?Semuanya cantik2, kain lebih baju tok cik ma.hehe

Kenangan semuanya tersimpan elok di dalam memori kitakan.Semuanya menjadi satu sejarah yang akan mematangkan fikiran kita masing2.Apa2 halpun keluarga kita adalah sebuah keluarga yang bahagia .TAHNIAH UNTUK MA DAN ABAH KERANA BERJAYA MENDIDIK KAMI SEHINGGA KE SAAT INI.DAN BERBANGGALAH DENGAN HASIL ASUHAN DIDIK ANAK2MU SEMAKIN MATANG DAN BERJAYA DALAM KEHIDUPAN!Tok ma, esok nak tambah seorang lagi menantu.Ni, insya Allah wal hamdulillah bakal menantunya seorang tahfiz muda lagi hencem!!!
( jangan marah mak adah yer, nanti kena jual, mahal pulak orang nak beli.)


Apa kaitan dengan cerita kenangan di atas?hm, insya Allah kenangan itu tidak akan hilang.Jadi,apa yang hilang?apa yang hilang semuanya?huhu..semua dokumen dan fail2 dalam laptop ummi, hilang!!!wawa, nak meraung rasanya.Laptop kena format semula.Hm..ini merupakan kali kedua sebenarnya terjadi.Pertamanya, komputer ummi di pejabat.Semuanya hilang.Dah amik inisiatif, kami beli external hard disk.



Dan sekarang...ummi masih terkenang semua kenangan dalam laptop ummi tuh.Separuh jer yang ada dalam external hard disk.Yang lain,tidak dapat diselamatkan.Dan sehingga ke saat ini, my lappy tak siap2 lagi diperbaiki.Jadi terpaksalah menumpang di laptop hubby kejap.

Tentu ada hikmah di sebalik semua yang terjadikan?.............

Maaf, ummi betul2 dah tak ada idea nak tulis lagi nih.Fening bangat dah kepala nih.Ummi dalam proses menjadi translator assignment abi.Daripada english kepada Arabic.Terrer jugak ummi ni Kak Ira.Bukan setakat translate bahasa jawo jer,heheh.Maaf kak, tak sempat lagi koncomu ini ajar bahasa arab dalam blog nih.Nanti ada masa saya ajar yer.

Pastu ummi juga sedang tolong abi buatkan short note untuk abi present hari Ahad ni.(Kat sini cuti Jumaat dan Sabtu,hari Ahad ada kelas.Sama macam di Terengganukan?)

ok lah dah pukul 2 pagi, ummi undur diri dulu.Lain kali ummi sambung lagi.


2 comments:

ummutalhah said...

ait??cam prof kita jer yang dia hilang sumer asgmnt phd dia time laplop dia rosak??issh..dok ingat prof jer..kot2 gara2 makhluk asing ni tumbuh sebab ingat dia kot!hehehe...kira oright la tuu..dapat ingat word jawa tu sikit2 n adk pun ada selit2 arab bolehla blajar pelan2..anak yang patuh memang idaman setiap ibu2 di dunia ini..kalau boleh apa yang parent kita ajar kat kita dulu nak diturunkan pada anak2 kita..tapi biasanya kita akan cuba yang lebih baik dari itu..kerana kurang kesenggangan masa biasanya perkara itulah yang akan menggagalkan impian yang tulus itu..jadi,hargailah masa yang ada bersama anak2 dangan sebaiknya..

ummu faqeh said...

hahah..prof?kuikui, sian dia, tapi lagi sian saya.Sehingga saat ini, laptop saya masih tiada dengan saya lagi.Masih dlm proses penambahbaikan.sedih jugaklah.Tapi takper, adalah tuh hikmahnya.Hari ni pulak dapur rosak, tak blh nak masak.Internet pulak ada masalah line.Semuanya ada hikmah di sebaliknya.Insya Allah kak, saya akan menghargai kebersamaan masa dengan anaka2 nih..