Pages

Friday, October 16, 2009

"Engkau Terbaik Buatku"

assalamualaikum..jam menunjukkan 2.00 pagi.Abi tengah khusyuk study.Dah 2 hari sebenarnya laptop ummi rosak.Tentu ada hikmah tersurat di sebalik rosaknya laptop ummikan?Ni ummi pinjam laptop abi kejap.Nanti ummi cerita tentang pakwe Jannah kat entri seterusnya yer mak teh.Ni cerita pasal "pakwe" gak nih.Sempena dengan kejadian pada hari Sabtu nih, entri ni jugak khas buat mak adah yer..juga sebagai peringatan kita bersama mak teh dan pak tehnya.

Benarlah firman Allah "Wanita yang baik, umtuk lelaki yang baik, begitulah juga sebaliknya".Bersyukur dengan pasangan yang dijodohkan dengan kita.Yakinlah si dia adalah yang terbaik, anugerah yang tak terhingga untuk kita.Dan dialah sebenarnya yang akan memimpin kita ke Syurga Ilahi, insya Allah..Sungguh wahai suamiku tersayang,sungguhku bersyukur di atas anugerah yang tak terhingga ini.Semoga diriku mampu menjadi isteri solehah untuk dirimu di dunia mahupun di akhirat kelak, insya Allah.amin..

Kat sini ummi ada amik artikel dari bolg sahabat ummi, UmiDanish




SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham, jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat. Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak, muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua. Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya. Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja, atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian? Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya. Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya. Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga, tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih, suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”

TAK PERLU RUMAHTANGGA SEINDAH NABI ADAM,JIKA TIDAK PANDAI MENGHARGAI HAWA,

TAK PERLU MENCARI TEMAN SECANTIK BALQIS, JIKA DIRI TAK SEINDAH NABI SULAIMAN,

MENGAPA MENGHARAP TEMAN SETAMPAN NABI YUSUF,JIKA KASIH TAK SETULUS ZULAIKHA,

TAK PERLU DIRI MENJADI SETEGUH NABI IBRAHIM, JIKA TAK SEKUAT HAJAR,

MENGAPA DIDAMBA TEMAN HIDUP SE-ISTIMEWA SITI KHADIJAH, JIKA DIRI TAK SE-SEMPURNA RASULULLAH S.A.W




Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman,
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT,

Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya, Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa,
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,
Kerana Sehari Lagi.....Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati,
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan,
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah,
Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buai an Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga,
Di Situlah Rumah Impiannya,
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.




8 comments:

ummutalhah said...

amboi...nak dapat adik ipo lagi..cepat2 bertambah lagila cucu2 ma abah yer..dapat orag tganu yek..tak jauhla..pusing2 kat situ gak..itula namanyer jodoh..mak adah ni nak ikut jejak langkah kak tie kot..kahwin pada usia layak mengundi...hehehe..mabruk!!

Sri KaNdi^soLehah^_^ said...

huhu...
jgn slh phm ye kak ira...
xkawin lg ye...(",)

rindu r kak ira.lama xjumpe...

Sri KaNdi^soLehah^_^ said...

ops..lupe plak..
terima kasih buat kak tie..
untuk post ni...
syukran jazilan ya ukhti..^^,
mlm ni balik kuantan..naik bas..
abang xbalik gak..dia ada keje..

dakan adah ye(",)

UmiDAnisH said...

wah... satu penambahan yg sangat2 bagus.. moga kita semua tergolong dalam golongan isteri solehah..amin

ummutalhah said...

takper..mula2 adat merisik bakal pengantin,pastu mestila kahwinkan...takkan nak tunggu 2-3 tahun lagi..k.tie,k.amy sekejap jer ikatan pertunangan tu,pastu tup2 dah kahwin..ha..tak gitu mak adahnyer??takper k.irra sentiasa doakan adik2 k.irra ni sumer berjaya dan dapat jodah yang baik2...

ummu faqeh said...

kak ira-ummutalhah, insya Allah kami akan dapat bakal adik ipar seorang tahfiz.alhamdulillah..doakan mereka berkekalan sehingga akad nikahnya.tapi, belum tahu lagi bila saat dan ketikanya.Kami di sini doakan dipercepat2kan,tak tunggu kamipun takder masalah..kami sentiasa mendoakan yang terbaik utk mak adah.juga utk kak ira, selamat maju jaya.

ummu faqeh said...

umidanish..insya Allah moga2 kita jadi isteri yang solehah, dambaan seorang lelaki acuan Al-Quran,insya Allah.Moga kita menjadi sayap kiri perjuangan suami tersayang.

ummutalhah said...

wow..tahfiz tu..menantu ma abah sumer yang faham agama kan..anak2 k.irra nanti pun kalau boleh nak sumer arif tentang agama..bleh gak tumpang selamatkan kami dari neraka Allah..kalau kak jannah nak tempah abang ah bleh gak..hehehe...gurau jer kak jannah!!kot2 kak jannah nanti dapat pak arab,bleh jadi...

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!