Pages

Tuesday, October 13, 2009

kenangan Kak Jannah di sekolah lama...

assalamualaikum..
alhamdulillah..13 Oktober 2009,jam 2.22 petang.Anak2 tengah main kolam2.(apa tuh?hehe kena tanya pakarnya-muhammad faqehuddin,ni ketuanya.Yang lain hanya mengikut arahan jer!huhu).Abi ada kelas di Jamiah Yarmourk.Ummi?hm..tengah fikir nak tulis apa yer?..ada cadangan mak adah, apa dia?Hari ni masak nasi minyak ,kuah gulai.Guna rempah dan kerisik yang tok ma kirimkan.

oklah kat sini ummi nak bercerita tentang sekolah lama Jannah semasa di Terengganu Darul Iman.( huhu rindunya kat Terengganu..sup perut kat batu 6,keropok lekor kat seberang takir,laksam kat bukit kecik, nasi dagang kat cendering, roti canai kat area pejabat ummi, air buah kat Bukit Tok Beng,fuh sedapnya.Meleleh dah air liur nih..boleh kirim dalam email tak semuanya tuh? )

Kak Jannah dan Faqeh pergi ke sekolah abi dan ummi yang hantar.Balik pun sama.Teringat kata2 Cikgu Ma , "kalau budak macam Jannah dihantar seramai sepuluh orangpun tak apa.Dengar cakap orang tua".Sejuk perut ummi mengandung dengar macam gitukan? Faqeh pulak apa komen cikgunya?huhu"Faqeh ni ranking orang no tiga yang paling buas a.k.a nakal kat sekolah ni.Aktiviti paling dia selallu buat, ialah naik atas meja dan buat bising dengan mengetuk meja.hahaha..yang ni kategori apa pulak?tapi cikgu dia ada cakap, Faqeh takkan pukul orang ,melainkan untuk pertahankan diri sendir.huhu, yang ni part yang bagus ummi dengar.Mak adahpun ada puji faqehkan dalam blognya?kiranya anak ummi ni oklah ,dan bpotensi jadi anak soleh,insya Allah.

Kak Jannah dihantar ke sekolah ketika berusia 4 tahun lagi.Faqeh pula dihantar ketika berumur 4 tahun juga.Jadinya Kak Jannah akana ke sekolah dulu,selepas itu baru Faqeh.Dan kami merasakan begitu juga di Jordan ni.Biar Kak Jannah dia dulu pergi ke sekolah.Lepas tu,slow2 Faqeh akan berminat untuk ke sekolah.
Semalam ada juga Kak Jannah duk berbicara mengenai Cikgu2 lama dia.Dia kata semuanya dia sayang dan dia rindu.Apa2pun, ummi nak ucapkan berbanyak2 terimakasih kepada semua Cikgu2 yang mengajar Kak Jannah dan Faqeh untuk menjadi insan yang mulia.


Kawan2 dan cikgu2 Jannah dan Faqeh di hari terakhir Kak Jannah dan Faqeh.
Kak Yah, nampak tak Amirul Akram tuh?dia baru jer sampai masa nak amik gambar nih.


ni pulak kelas kak Jannah.semuanya pakai tudung,kecuali seorang.Ummi tak dapat nak bayang Kak Jannah dalam kelas dia di Jordan nih..Sampaikan ada juga terkeluar daripada mulutnya tak nak pakai tudung ke sekolah,sebabnya kawan2 dia, semuanya tak pakai.Puas pulak ummi nak menerangkan dan memujuk dia.Itulah budak2 kan..Namun,alhamdulillah Muallimah dia (Mama Khaulah namanya )kata ,Jannah bagus di sekolah.

oklsh, Adik faseh dah merengek2 nak tidur ni.Terimakasih kepada semua yang membaca coretan ummi ini.Semoga Allah membalas jasa baik kaliann semuanya.

p/s:sabtu ni ada orang nak datang merisik mak adah!teruja bangat ummi dari Jordan nih..Di doakan semoga mendapat keberkatan daripaNYa..amin



5 comments:

Anonymous said...

kenangan itu memang indah tapi masa terus berputar dan tak akan kembalikan usia kita yang semakin meningkat kepada yang kita impikan..mudah2an kak jannah terus berjaya..

ummutalhah said...

kenangan adalah pengalaman yang terbaik untuk dijadikan sempadan perjalanan hidup kita...teringat plak kenangan ngan prof n cik azman..aper citer dia orang yek..insan yang pernah jadi guru kita...

ummu faqeh said...

itulah kan kak?kenagang adalah pengalaman terbaik utk kita.teringat zaman kenakalan di kampus dulu..prof?huhu teringat menaip nih, tangan dia habis teruk buruk.sebab selalu menaip.hentah camna tangan dia sekarangkan?En.Azman?hentahlah, didoakan di bahagia dunia akhirat insya Allah.Kak, ust sepo..akk tak ingat ker?huhu.ust kesayangan akk tuh!

ummutalhah said...

ingat gak kat us sepo tuu..tapi takut plak wife dia jelos..igat tak time yang ust sepo datang umah ma abah yang adk citer tuu..muka zaujah dia masam jer..sampai abah perasan dan kata zaujah dia gaduh ke ngan adk??...ish...takutla..terkenang2 kat hubby org...lainla prof...dah tuer...hehehe...

ummu faqeh said...

kak, prof dah tuer pung ada gak miang keladi dia.haha, siap nak 'ngorat' akk lg.huhuhu..
ust sepo ataupun abg jo tuh..mmg kami selalu jumpe,ust zaid sblm dtg jordan, dia berguru dgn ust sepo, ust sepo belajar kat sini dulu.
hehe, zaujah dia ok jer.kuikui, ust sepo tuh smp skg tak berubah perangai dia, suka cakap kuat!huhu