Pages

Sunday, October 25, 2009

cerita untuk cikgu ma.

assalamualaikum..25 Oktober 2009, jam menunjukkan pukul 2.39 petang.Hari ni hari Ahad.Abi ada kelas di Jamiah Yarmourk.Anak 2 sedang seronok bermain.Ummi sedang belayar2 nih.Pagi tadi ummi dah buat kuih gertas, pastu tengahari, masak nasi ayam.Kat sini tak ada daun sup, tapi takper ummi bawa sup bunjut.Kira sedaplah.

ok, kali Kak Jannah nak bercerita kepada Cikgu Ma dia.Semalam baru sudah ber'ym' dengan cikgu ma.Tapi jannah tulis lambat.satu2 jannah tulis.Nantilah dah pandai tulis laju2 nanti, kita 'ym' semula yer cikgu..oklah kali ni jannah nak letak gambar banyak2...nak bagi cikgu tengok.




ini adalah buku komunikasi antara muallimah dengan abi, cikgu ma.Setiap minggu jannah wak balik buku nih.




ni isi kandungan dalam buku tersebut.Cikgu ma faham tak apa dia tulis tuh?hehe, jannahpun abi yang terangkan.Tapi semua tu tentang pembelajaran apa yang telah diajar pada Jannah.jadi muallimah suruh abi ummi cek, jannah pandai dok lagi tentang pelajaran pada minggu tersebut.



ini pulak buku bahasa arab dia, cikgu.Ingat lagi apa yang cikgu Zana ajar jannah.


yang ni jannah belajar huruf ba.Jannah dah pandai tulis kat depan, kat papan hitam bila Mama Khaulah panggil "Ta'ali Ya Jannah "-jadi jannah gilah kat depan.Orang lain ada yang pandai dan tak pandai.Bila Jannah tulis betul, Mama Khaulah kata "Ahsanti ya Jannah"-jannah dapat hadiah gula2 dari muallimah.Banyak dah jannah dapat hadiah gula2,kekgi rongok lah gigi Jannah.hehe, tapi sebelum dan selepas tidur memang jannah gosok gigi sokmo.


Cantik jannah tulis huruf ya? Mama Khaulah tulis kat situ jannah bagus, budak cerdik.Pastu muallimah bagi cop minnie mouse.hehe, jannah sukaaaaa sangat tengok!!!


yang ni pulak gambar basol ( bawang besar).Muallimah suruh tampal kulit bawang besar dalam buku ni.Pastu letak salotape besar, jangan bagi jatuh.Ummi tolong jannah buat nih.



ni pulak hadis yang wajib dihafaz dan dibaca setiap hari.Alhamdulillah jannah dah hafal.Kertas ni muallimah suruh tampal kat rumah.Jannah dah ajar faqeh dan faseh sekali.Faqeh terrer, tapi adik, pandai sebut, Ghulang jer..hehe.Hadis ni maksud dia- "Ya Ghulam"-wahai budak. "Sammillah"-bacalah bismillah (sebelum makan)." Wakul bi yaminika"- makanlah dengan tangan kanan kamu. "Wakul mimma yalika "-makanlah makanan yang hampir dengan kamu.Cikgu ma boleh hafal dok?


inilah sekolah jannah cikgu ma!Jannah suka sekolah kat sini.Tapi jannah lagi suka sekolah kat Taski Al-Hikmah,sebab ada cikgu ma, cikgu yah, cikgu amy, cikgu zana, cikgu salwa.Jannah bila sampai kat taski dulu, mesti semua cikgu tegur jannah, kalu jannah tak datang sekolah semalam, mesti cikgu tanya kenapa, kalu tangan jannah luka ker sakit ke, mesti cikgu tanya bakper.Tapi kat sini...jannah tak pandai sangat lagi nak komunikasi dengan cikgu arab nih.Jannah rindu kat semua cikgu!


inilah yuran yang dibayar oleh abi.Mahal ker murah cikgu ma? JD365.Darab dengan RM5.Ini untuk bayaran setahun.


ini pulak untuk perjumpaan kaum2 ibu, cikgu ma.Ummi tak pergi, sebab abi ada kelas, dan tidak dibenarkan bawa kanak2.Tapi abi dah call muallimah dah.




ni pulak surat yang diberi oleh pihak sekolah kepada ibu mengatakan anak2 akan pergi ke sebuah taman untuk belajar.Sekolah buat seolah2 surat tu daripada jannah.Ummi suka terima surat ni,tapi ummi kena gak tanya abi sikit2 apa yang ummi tak faham.


ni pulak surat dari Mama Khaulah kepada abi.Abi tanya macamana jannah kat sekolah.Pastu mama khaulah bagilah surat ni kat abi.Muallimah kata jannah bagus kat sekolah.Suka sangat ummi dan abi, alhamdulillah..


ni buku2 yang jannah 'waris' kan pada faqeh dan faseh.Semuanya dah habis jannah baca.Tapi faqeh ok, cikgu ok dia tak habis2 lagi baca buku anakku.Dah habis lonyeng buku dia.Geram jannah tengok.Tapi takper, ummi slow2 ajar dia.


cikgu ma, inilah buku2 yang jannah bawa kat jordan ni.Tiap2 hari ummi ajar jannah dan faqeh guna buku2 nih.Banyak dah jannah buat habis buku nih.Pastu jannah ajar faqeh pulak.


ini pulak semua buku2 yang ummi abi beli masa kat Malaysia.Kat sini tak pernah lagi beli buku cikgu.Payah nak cari, abi kata.


dan....inilah cikgu2 yang mengajar jannah.JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA..semoga Allah membalas jasa baik semuanya.Cikgu Yah dan Cikgu Zana tak der dalam gambar.Yang pakai tudung putih tuh, Cikgu Amy, sebelahnya cikgu Salwa (bukan Lasua-dulu jannah ingat gitu nama dia. )dan sebelahnya itulah..Cikgu Ma.




inilah jannah dengan adik2.Tiap2 malam sebelum tidur, jannah dan adik2 akan baca buku iqra' dan kamus dulu.Kamus faqeh kena hafal perkataan dalam bahasa arab.Cikgu ma nampak tak calar kat muka faqeh tuh?jannah salloh tercalarkan muka dia.Sellok dia nangis.Tapi lepas salam , kami molek semula.Oklah cikgu,kita sambung semula.kirim salam rindu pada semua yer...Doakan jannah dan adik2, serta umi dan abi jugak yer..



2 comments:

Lukluk Baidoa said...

t.kaseh komen blog. puan ngan anak2 ape kkhbr? sronoknyeank2 dpt pendedahan b.arab sec total di sana... semoga Allah permudahkan urusan..

ummu faqeh said...

alhamdulillah semuanya sihat Mashitah.Cuma sekarang dan masuk musim syita' nih, anak2 selsema..sejuk sangat.alhamdulillah jannah dapat peluang sebegini..Mg Allah permudahkan juga urusan anti.Allahu yaftah 'alaik..