Pages

Thursday, October 8, 2009

catatan..coretan rasa, 8 Oktober 2009

assalamualaikum..
alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran hanya padaMu Ya Allah..terlalu besar anugerahMu terhadap hamba2Mu ini...
hari ni 8 Oktober 2009,jam sekarang dah menunjukkan 1.32 pagi.anak2 mestilah tengah tidur sekarang.Abi tengah khusyuk study, ummi pula dengan penuh rajinnya meneman sambil melayari internet nih.

sudah genap sebulan kami mengembara di bumi Jordan ini.Bumi yang penuh keberkatan,penuh barakah.Memang tidak dapat dinafikan mengenai keberkatan ini.Sungguh ummi tak pandai nak berbahasa puitis,nak menggambarkan perasaan yang lain ketika berada di sini.

Rasa bahagia sangat2 dapat melihat perkembangan anak2 di hadapan mata.Yerlah sebelum ni ummi bekerja makan gaji,balik rumah pukul 6petang,malam anak2 disuruh tidur awal sebab esok nak sekolah.Esok pagi dah hantar ke sekolah.Hujung minggu pula, kadang2 kalu ummi dan abi ada program,terpaksalah hantar anak2 kesayangan kami ke rumah ateh.(hm..apa khabar yer ateh,anak2 selalu gak sebut2 masa mereka membesar di rumah ateh,memang payah nak cari orang yang jaga macam ateh ni..terimakasih banyak ateh.)
Tapi itu memang akan ditempuh oleh ibubapa yang bekerjaya.Bergantung kepada masing2 untuk mencari masa yang berkualiti dengan anak2.

Jadi, sekarang ummi fulltime jadi housewife.Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.Dari Malaysia lagi ummi dah terbayang keseronokan menjadi surirumah.Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang ini.Ya Allah Engkau permudahkanlah urusan kami di sini.amin.

Baru sekarang tahu betapa 'sibuknya' menjadi surirumah sepenuh tangga ni.Pagi2 bangun, masak sarapan untuk kak Jannah bawa bekal ke sekolah ( dah kat kul 2 ni, ummi masih tak tidur lagi nih, esok mesti ngantuk,tak per ummi nak goreng kentang kat kak jannah esok.Abi, faqeh dan faseh , ummi nak buat nasi lemak).Baru ummi tahu perangai dan 'kenakalan' anak2 ummi ni bila 24 jam bersama, bermain, bergurau. ber'marah', dengan kak jannah, abg faqeh dan adik faseh.Macam2 perangai mereka buat, yang terkadang2 ummmi geram, lucu, gelihati, marah,semuanya ada.Namun keseronokan dan kegembiraan ini memang tidak diceritakan.Bila kita dah mengalami, barulah tersa kenikmatan itu.Syukur padaMu Ya Allah.Selepas Kak jannah ke sekolah, uruskan faqeh dan faseh pula.Faqeh ni memilih sikit makanannya.Kadang2 dia makan biskut jer pagi2 buta.Yang paling dia suka biskut dengan gula.Resepi dari mana hentah dia.Adik faseh,alhamdulillah tolak batu dengan kayu jer.

Selepas urus anak2,kenalah uruskan abinya pula.Uruskan apa?hehe..kalu takder kelas pagi, abi akan study dalam biliknya,jadi ummi menyediakan segala kelengkapan untuk menselesakan abi.Kalu abi ada kelas,ummipun 'bertukar' kejap.Itupun kalau tak kena rutin untuk basuh baju ( basuh baju 4 hari sekali,jimat air ).Pastu start pukul 10 pagi, faqeh akan kelaparan,ummi akan start masak nasi untuk makan tengahari.Kak Jannah akan balik pukul 12.15 thari.Terus jer makan bila sampai rumah.Alhamdulillah,Kak Jannah balik bas berhenti depan rumah jer, pastu dia terus berlari naik sendiri ke rumah.Pukul 12.40 dah zuhur.Sembahyang Zuhur.Biasanya petang anak2 suka tengok cd,terutamanya cd tom n jerry yang tok abah kirim tuh ( terimakasih daun keladi tok abah, nanti blh kirim lagi,huhu ).Adik faseh akan ditidurkan petang.

Dan maghribnya ,pukul 6.30 petang.Anak2 gosok gigi dan akan diajar iqra' dan seterusnya tidur.Ummi meneruskan kerja apa yang terbengkalai.Dan akan meneman abi sambil melayari internet.Mencari penawar kerinduan pada Malaysia.Mesti tengok, Buletin Utama, Halaqah, AlKuliyyah dan... Nur Kasih.Sekarang pulak tengah dengar lagu2 raya.Rindunya kat udara Malaysia, segala2nya tentang Malaysia dirindui.Semua orang dirindui..Ma Abah,mak ayah..( dah luruh airmata nih,kena pulak lagu raya sedih,huhuhu..tapi tahan, nanti kena ejek dek hubby )seluruh keluarga di Balok dan cendering.

Ada juga kawan2 bertanya,intai2 peluang untuk diri sendiri tak?Yerlah memang niatnya dari Malaysia lagi nak juga cari kursus2 pendek yang berguna untuk diri sendiri mencari peluang lain.( nak cari kerja lain ker balik Malaysia nanti?huhu, sungguh tak bersyukur betul pn izma nih.tak derlah, cuba2lah cari untuk bekalan masa hadapan).tak boring ker duk rumah jaga anak2?mesti ada yang bertanya sebegitu.alhamdulillah ,tak boring, malah rasa seronok tengok anak2 membesar, makan dan minum dari air tangan ummi.Semoga anak2 permata hati ummi abi ni membesar menjadi anak yang soleh dan solehah , dapat membahagiakan kami di dumia dan akhirat,yang dapat mendoakan kami bila kami sudah tiada nanti, insya Allah...

oklah, jam dah menunjukkan 2.20 pagi.Mat dah ngantuk, Adik fasehpun dah merengek2 tuh, lain kali ummi sambung lagi coretan hati ummi yer,jangan ada yang bosan membaca sudahlah...




6 comments:

Anonymous said...

experiencing in dedicating our whole day utk suami & anak kan? walaupun kekadang tu rasa letih sgt or stress, but kita tau...by the end of the day, tu utk family kita jugak.

ummu faqeh said...

i agree with u mama miya..so excited bila dapat full time 4 my family..harapnya baiti jannati jadi kenyataan, insya Allah..amin

Qastalani® said...

i datang melawat! i amik your blog tepek di blog list ye!

ummu said...

assalamualaikum dan salam ukhuwwah
begitulah dunia surirumah,busy yang tak nampak.tahniah Puan sanggup bekorban cuti tanpa gaji demi komitmen pada suami adan anak=anak

ummu faqeh said...

terimakasih karipapsayur..

ummu faqeh said...

waalaikumussalam..salam ukhuwah juga utk ummu Masyitah.terimaksih sudi lawat blog ini..memang seorang isteri sanggup buat apa sahaja utk kebahagiaan suami dan anak2nya..doakan kami yer!