Pages

Sunday, October 11, 2009

catatan..11.10.2009

assalamualaikum..

11 Oktober 2009, jam 1.53 petang..cuaca agak panas.anak2 duk main cikgu2.semalam dah main mak2( faham ker tak? )abi, ada kelas di Jamiah Yarmourk.Ummi..tgk Nur Kasih dan Buletin Utama.

Sudah 3 hari ummi tak mencoret di sini.Hari Jumaat, basuh baju dan mandi anak2.(dah busyuk dah budak2 nih, seminggu baru mandi,sebenarnya tak berbaupun badan mereka,cuma ummi nak korek telinga dan potong kuku).Full day jadi surirumah sepenuh tangga.Hari Sabtupun sama gak.My hubby malamnya tak tidur langsung.Kesian pulak ummi tengok.Menyiapkan assignment.Researh 10 helai dalam Bahasa Inggeris nak kena terjemahkan ke dalam Bahasa Arab, beserta dengan khulasoh ( summary ) dia dalam bahasa arab.Hari ni nak kena bentang depan Dr.Nasib baiklah ummi dapat membantu apa yang patut.Tolong belekkan kamus, tolong berikan idea2.(walaupun ummi kurang pandai Bahasa Arab, namun English bolehlah sikit2.hehe tak boleh malukan budak UiTM nih), tolong buatkan air, tolong buat karipap.

Alhamdulillah, terfikir di benak ummi, inilah rupanya penting islam menyarankan ummatnya mencari pasangan yang sekufu.Di sinilah peri pentingnya.Ada cerita yang pernah ummmi dengar, seorang pensyarah, mengahwini anak muridnya yang sealiran dengan bidangnya agar mudah urusan untuk berbincang dan mencambahkan lagi ilmunya.Namun setiap pasangan ada persamaan dan perbezaan masing2.Mesti ada persamaan dan perbezaan.Kalu sama jer semuanya, tak best jugak.dan kalu berbeza semuanya,lagi tak bestnyer!

Oklah, hari semalam,ummi buat karipap dengan berintikan serunding yang tok ma berikan..memang sedap.Duk kat sini memang kena berjimat cermat.Alhamdulillah,kalu dulu my hubby selalu bising pagi tak tahu nak sarapan apa, sebab dah boring sangat nak makan kat kedai.Petang balik kerjapun sama juga, boring makan kat kedai.Tapi sekarang, alhamdulillah,semuanya ummi masak.Kalu macam tuh, makin gemuklah my hubby!Tak juga sebenarnya,sebab my hubby tidur tak menentu dan banyak 'exercise' berjalan kaki kat sini.Mak kami kata hubby makin kurus!Hentahlah, balik Malaysia nanti kita tengok saper yang kurus dan saper yang gemukkan mak teh dan pak tehnya?hehe


hari ini, Kak Jannah balik, dengan muka yang tak ceria.Sampai jer kat rumah, dia peluk ummi,katanya bekas air dia pecah, kawan arab dia yang nama Mawar ( mak teh ker?)yang buat.Kak Jannah dah siap hulur nak salam, tapi kawan dia enggan.Akhirnya Muallimah dia pukul tangan si Mawar tuh.Kesian kat Kak Jannah,mungkin kawannya tak sengaja buat begitu.Ummi pujuk dia dengan sup ayam..hehe macam2 ragam anak2 nih.Tak masuk faqeh dan faseh lagi.Pagi2 tadi ummi ajar 5 perkataan dalam bahasa arab untuk dia hafal.Alhamdulillah boleh dihafal.Adik faseh hafal gak ker?huhu, sekarang ni adik faseh, semua perkara nak buat sendiri, geram jugak ummi dibuatnya.


oklah ummi nak stop dulu, adik faseh nak tidur.Anak2 pulak nak susu.Lain kali ummi sambung lagi yer.Kat sini ummi upload gambar2 raya.(basi dah ker mak tehnya? )



tok abah dan tok ma.


gambar hari raya kami di perantauan ni.nampak tak?huhu besarkan gambar tu, dengan klik kat gambar.Penat tuh ummi lukis dengan komputer tu



ni pulak pak teh dan mak tehnya.Berlatar belakangkan kapal.(nak datang Jordan naik kapal ni ker?).Dan yang penting baju merah dan tudung yang mak teh pakai tuh, macam kenal jer.hehe.Amacam bunga mawar backdrop tuh ok tak?


No comments: