Pages

Monday, October 12, 2009

kak jannah tak nak ke sekolah!

assalamualaikum..11 Oktober 2009, jam menunjukkan 2.00 pagi.Abi tengah study, anak2 tidur dengan penuh lenanya..Ummi..hehe melayari alam maya ini.
Kak Jannah balik tengahari semalam dalam keadaan yang tidak ceria seperti selalu.Sampai jer terus peluk ummi dan menangis kat bahu ummi.Hati ummi mana yang tak luluh melihat airmata anak kesayangan.Sebabnya?ada orang pecahkan botol air dia.Hm..silap ummi juga beri botol air kaca kat dia,takper esok bawa botol air lain ummi kata kat dia.Mujurlah dia menangis sekejap jer, sebabnya hari ni pertama kali abi beri duit kat dia supaya dia belikan makanan untuk adik2nya.Dan hari ni dia belikan air kotak dan pizza mini.Alhamdulillah, suka sangatlah adik2 dia.Semalam dah siap menghafal dalam bahasa arab, nak beli makanan macamana sebutannya dengan abinya.

Petangnya Kak Jannah beritahu pada ummi,"Esok Jannah tak nak gi sekolah, sebab ada budak arab pukul kepala Jannah tadi".Hm..diapun terus bercerita apa yang berlaku di sekolah tadi.Ada budak arab lelaki amik mainan ketuk kepala dia.(mainan yang lembut jer)dan ditambah dengan peristiwa botol air pecah,dan ada budak arab yang tak mahu berkawan dengan dia menyebabkan perasaan gembira nak ke sekolah bertukar takut.Kesiannya anak ummi ni.Ummipun dengan sedaya upaya memujuk anak kesayangan ini dengan mengatakan bahawa hanya orang yang pergi ke sekolah akan cerdik, dan hanya orang cerdik akan dapat hadiah dari Muallimah ,ummi dan abi.

Alhamdulillah setelah dipujuk dengan pelbagai cara, akhirnya anak ummi ini mahu juga ke sekolah.Namun ummi masih lagi risaukan keadaannya pagi esok.Ummi dah pesan agar beritahu pada Muallimah kalau ada orang pukul Jannah lagi.Abi balik petangnya, Kak Jannah mengadu lagi,abi membalas "Jannah kena belajar rajin2, biar jadi cerdik, bila dah cerdik, baru ramai kawan dengan Jannah".Alhamdulillah, anakku berwajah ceria.

Malamnya ketika anak2 sudah terlena, ummi mengusap ubun2 kesemua anak ummi, sambil dibacakan surah An-Nashr dan Ayatul Kursi.Doa ummi
"Ya Allah Ya Tuhanku, berilah ketabahan kepada anakku menghadapi suasana di sekolahnya dan lembutkanlah hati anak2 ku untuk mendengar kata.Semoga anak2ku ini akan menjadi anak yang soleh dan solehah,yang mampu mendoakan dan membahagiakan kami di dunia mahupun di akhirat kelak.Mudahkanlah mereka menghadapi hari mendatang dan berilah kekuatan keimanan kepada mereka semua.Kurniakanlah kesihatan kepada mereka"amin.

Monolog ummi pada Kak Jannah,
"Jannah kena belajar rajin2,kena jadi cerdik, kena dapat no satu, kena jadi anak yang solehah.Kita sekarang duduk di negara orang, biarlah apa yang orang buat tak elok pada kita, jangan kita buat tak elok pada orang.Kak Jannah kena tabah dan sabar duduk di negara orang nih,kita tak ada sedara mara di sini.Insya Allah, Allah bersama kita.Jangan lupa padaNYa.Selalu minta maaf pada orang kalau Jannah buat salah.Jannah kena jadi kakak yang baik pada adik2,ajar adik2 selalu.Jannah jangan degil2, kena dengar cakap ummi abi.Sungguh Jannah ummi amat bangga dengan semua peribadi yang baik ada pada Jannah.Jannah cepat matang,walaupun Jannah cepat dapat adik dan kurang kasih sayang,namun Jannah pandai jaga diri.Ummi sayang sangat pada Jannah.Semua orang sayang pada Jannah"

Monolog ummi untuk abi
"Abang sayang kena tabah dan sabar dalam mencari ilmu di bumi Allah yang penuh berkat ini.Segala ujian dan rintangan kena tempuhi dengan sabar.Yakinlah Allah bersama dengan orang2 yang sabar.Dan isterimu ini akan sentiasa meyokong dan membantu dirimu sayang.Abang jangan cepat putus asa,kena ingat kita duduk di negara orang,bukan di negar sendiri.Dan kita kenalah bersusah2 dahulu untuk mendpat kesenangan di masa hadapan.Memang pahit dan perit sebenarnya untuk menghadapi hidup selama 4 tahun ini.Namun percayalah,kita bersusah selama 4 tahun, dan insya Allah kita akan senang selama 40 tahun!!!( kalau umur panjang)Sungguh beruntunglah kita semua kerana telah terpilih untuk sampai ke bumi Allah yang penuh berkat ini,dan juga bersyukurlah kerana terpilih untuk mendapat ujian daripadaNya."

oklah, jam dah menunjukkan 2 pagi.Salam permisi dulu.Doakan Kak Jannah ceria untuk ke sekolah...



4 comments:

UmiIzz said...

Beruntungnya suamimu mememiliki isteri yang solehah seperti mu, kudoakan keluargamu dilindungi Allah dan dipermudahkan dalam apa jua dugaan. Amin..

Buat JaNnah,
Dengar kata ummi mu ye sayang..

Anonymous said...

Budak2 ni memacam la hal kat sekolah kan..budak arab pun mmg la kasar nye bukan main.

anyway kawanku kalau takde cabaran..tak best la hidup kan?

Allah takkan test org yg dia tau tokleh tahan cobaan tu. Also something i slalu bg tau diri i "what doesnt kill u makes u stronger" and also is selalu ingat my dad pesan time i tak nak pegi sekolah dulu (sebab tensen dgn kawan2) "its not the end of the world pun kalau i keep on being upset at school".

ummu faqeh said...

mama-miya..seidh tuh memang sedih.Namun sokongan dari suami memberi kekuatan kepada diri ini utk tidak berputus asa.Thanx a lot mama miya 4 the support n motivation.I'm appreciate it soooooo much my dear friend!!!

ummu faqeh said...

umidanish..syukran jazilan atas doa tersebut..danku kembalikan doa itu utk dirimu sekeluarga jugak...insya Allah..