Pages

Wednesday, October 21, 2009

Baby baru!!!

assalamualaikum..21 Oktober 2009.Jam menunjukkan 3.00 pagi.Seperti rutin biasa ummi menemani hubby kesayangan study.hehe study ker 'stado'?Itu ayat tok ma tuh.

Baru sebentar tadi ummi ummi tengok buletin utama bertarikh 20 Oktober 2009. Terlatestlah tuh.Kalu ikut waktu Malaysia sekarang baru kul 8 pagi kan.
Tajuk utamanya"KEJAM".Memang menyayat hati mendengar berita tersebut.Kanak2 perempuan berumur 3 tahun mati didera fizikal dan seksual.Ya Allah, sebak dada melihat kekejaman manusia zaman sekarang.Apakah perasaan seorang ibu yer, anak yang dikandung 9 bulan dengan penuh kepayahan mati dalam keadaan yang amat kejam??Tak dapat ummi bayangkan.

Namun dalam kes ini, ibunya dan juga kekasihnya ditahan untuk membantu siasatan.Kes ini berlaku di Kajang, bukannya di luar negara.Keseluruhan badan budak malang tersebut lebam2. Bersama2 kita berdoa agar kejadian seumpama ini tidak akan berulang lagi.

oklah kita tinggalkan kes tersebut.Ummi sebenarnya nak ucapkan tahniah untuk sahabat sekolah ummi dulu.Maziah Mahmud.Maaf, mungkin tidak terlalu lewat ummi ucapkan.Ummi amik gambar ni dari Acik Rini.TQVM



Inilah Muhammad Aisar Sidqi.Insya Allah, lagi 4 tahun kita jumpa yer sayang.


Dan ini pula anak kawan ummi yang berada di Moscow sekarang, Kak Fatimah Julia
Selamat berpantang di negara orang...


inilah babynya..Farhanah Jasmine.Kenapa ummi menepek gambar2 baby2 comel ni?Ada apa2 ker acik irra?huhu..Amacam acik irra tak berminat ker dengan baby2 yang comel nih?huhu.Nanti nak tambah orang baru, beritahu yer.Kenapa?Senang nak berbesan kan kak?

Oklah kat sini ummi suka sangat dengan 2 buah nasyid ni.Bersama2 kita menghayati pesanannya..Ummi doakan anak2 kawan ummi ini, menjadi anak soleh dan solehah, mampu mendoakan kebahagiaan ibubapanya di dunia dan akhirat, amin.

Odei Anak
Album : Syukur
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com



Hai anak nokeiloh ko idaah
Nosusah moti yamamu megentian dika
Odei anak nokeiloh ko idaah
Nosusah tomod yamamu minaganak dika

Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi

Wahai anak apakah kau mengerti
Betapa deritanya ibu yang mengandung
Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu

Hari-hari sudah pun berlalu
Usiamu makin bertambah
Seorang ibu sudah semakin tua
Namun terus berkorban untuk sesuap rezeki
Agar sempurna hari depanmu

Kini kau dewasa ibumu telah pergi
Waktu yang berlalu seakan memanggil
Sudahkah kau curahkan kasih sayangmu
Apakah terbalas segala jasanya
Surga itu di bawah tapak kakinya

Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa memberikan kasih sayangnya
Hanyalah anak-anak yang sholeh
Bisa mendoakan hari akhiratmu


Ayah Ibu
Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com



Ayah ibu ampunilah dosa kami semua
Ayah ibu doakan kami dunia dan akhirat

Dari kecil sehingga dewasa
Kau menyayang dan sering memanja
Menanam iman menyemaikan taqwa
Mengajar kami muliakan agama

Ayah ibu berkorban jiwa berkorban harta
Ayah ibu semoga Allah tinggikan derajatmu

Sebelum nyawa meninggalkan jasad
Sebelum suria terbitnya di barat
Kau amanahkan Al Qur'an dan sunnah
Jadi panduan di akhir zaman

Belaianmu masih terasa
Ya Allah tempatkan mereka di syurga

Kami cintakan Allah
Kami kasihkan rasul
Kami sayangkan Ayah
Kami sayangi Ibu



2 comments:

ummutalhah said...

hehehe...orang sana la dulu kena menambah..sementara masih ada masa yang banyak dengan anak2 ni..k.irra baru terasa mudah nak mengepak...kalau boleh tu tunggula dulu..tapi seandainya sudah ketentuanNya..redha sajala..apa2pun..orang sana tu cam dah teringin jer..teruskan niat sucimu itu sahabatku....

ummu faqeh said...

takderlah kak..kamipun merasakan biarlah dulu.Tunggu kami stabil dulu di sini.Insya Allah kalu ada rezeki takkan ke mana2.betul tak?