Pages

Monday, October 12, 2009

alhamdulillah..kembali ceria!

assalamualaikum.12 Oktober 2009,jam 2.00 petang.cuaca agak sejuk berbanding hari semalam.My hubby ke Amman,teman sahabatnya membuat urusan pendaftaran pelajar di sana.Anak2 still the same, macam semalam,main cikgu2.Seronok jugak tengok yang kecik tuh,tengah2 malam sebelum tidur duk menghafaz ABC sampai Z setelah diajar oleh Kak Jannah petang semalam.Alhamdulillah,cepat2 pandai dan jadi cerdik macam abi yer sayang.

Alhamdulillah, pagi tadi Kak Jannah 80% perasaan hendak ke sekolah.Terpaksalah ummi buatkan semuanya untuk Kak Jannah.Start dari gosok gigi sehinggalah pakai stoking dia.(Nak amik hati sambil nasihatkan belajar bersungguh2-teknik memujuklah tuh!)Kak Jannah bawa bekal roti bulat dengan inti kacang.

Tepat jam 12.17 tengahari,Kak Jannah balik dengan berwajah penuh ceria. Alhamdulillah, setinggi2 kesyukuranku panjatkan pada Mu Ya Allah.Sempat lagi ummuqusoi panggil Jannah untuk diberi coklat.



sempat gak ummi snap ketika ummuqusoi berikan coklat kepada Jannah ketika hendak naik ke rumah.Alhamdulillah, syukur kami dikurniakan jiran sebaik ummuqusoi, pandai menggembirakan hati anak2 kami.huhu,lambat sikit ummi snap,nampak Jannah dari belakang jer sikit.Takper,yang penting nampak jer ummuqusoi tuh dari ataskan?


Inilah Kak Jannah yang kembali ceria bersama Faqeh(Faqeh tukang menyibuk jer tuh!)Kak Jannah beli makanan untuk dikongsi bersama adik2 nya.

Benarlah hadith Rasulullah "Innamal 'amalu binniyyat" Setiap amalan hendaklah beserta dengan niat, dan Allah akan makbulkan niat kita tu, insya Allah.
Hm..niat ummi datang ke bumi Jordan ini,memang nak cari keberkatan yang ada di bumi ini.Di samping hendak menebus masa2 ketidakdapatbersamaan( panjangnyer, betul ker cikgu ni bahasanya?)ummi dengan my hubby dan anak2 sendiri.Ummi nak tumpukan seluruh tenaga dan masa untuk keluarga tersayang.Di samping meningkatkan amal ibadat kepada Allah, insya Allah.Hubungan dengan Allah dan hubungan manusia kena jaga.

Ada juga sesetengah manusia yang datang ke bumi Allah ini kerana ingin lari dari masalah di tempat asalnya.Niatnya sebegitu,takut2 nya nanti bila samapai di tempat yang dituju,lagi bertambah masalahnya,na'uzubillah.Semoga dijauhkan.

Dikesempatan ini juga ummi nak ucapkan terimaksih kepada pembaca blog ummi yang terdiri daripada adik2 ummi dan sahabat2 alam maya ummi yang memberikan sokongan ,motivasi dan doa kepada ummi.Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian.
Pertamanya makteh pak teh "keciannya jannah..ganaz tul bdk2arab ni..nnt suh p.teh bg pedang ke jannah yer=)huhu.cantik edit gmbar km..kpal dh tbakar sebijik,takleh dh nk blayar dh..ok,salam rindu utk smua..!!! ( bestnyer nak dapat pedang dari pakteh,pedang thundercat ker pedang hee-man?huhu)

Keduanya sahabat yang pernah jumpa sekali jer di alam nyata, yang lain di alam maya,UmiDanish.Memang ada kisah tersendiri pertemuan antara ummi dengan umidanish nih.Benarlah ukhuwah itu amat indahkan umidanish.Insya Allah jadikan pertemuan kita di malam hari,di tempat parking (huhu,seronok masa tukan?sambil memilih2 cdkan umidanish?)bukannya pertemuan yang terakhir,insya Allah panjang umur kita akan berjumpa lagi.

Seterusnya mama-miya.Yang kini berstatus sama merantau di negara orang,Australia.Banyak pahit maungnya berada di negara orang nih,namun jauh perjalanan, luas pemandangan.Insya Allah.Semuanya akan kita kutip dan jadikan sebagai azimat untuk meneruskan kehidupan ini dengan lebih matang.Benarlah kan pengalaman akan mendewasakan dan mematangkan fikiran kita.Ummi juga mendoakan mama-miya dipermudahkan urusan dalam mencari ilmu di bumi kanggaroo itu, amin.Insya Allah panjang umur dan seandainya ada jodoh pertemuan, ingin sekali ummi bersua muka dengan mama-miya seorang insan yang hebat ini.Kita berjumpa di alam maya menerusi susuibu.com.

Kak Nurul juga ada beri semangat pada Jannah.Syukran Jazilan ya ukhti 'azizah.

Ada juga komen sedihkan?hehe dah ummi tulispun sambil airmata bercucuran airmata,mestilah sedihkan?insya Allah,kami akan lebih tabah menghadapi hidup ini.Juga diharapkan pakteh dan maktehnya juga tabah menghadapi tribulasi kehidupan ini.Amin.

oklah, internet nipun ada jer masalah nya pada waktu siang.Macam chipsmore,kejap ada kejap tak ada.Lagipun adik faseh dah menguap tu,ummi undur diri dulu yer,wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

TQ for being my friend walaupun only on the internet. kurangnye kita support each other to be a better person, kan? I takde la hebat, tp apa yg Allah bagi tu kita syukur & gunakan aje utk survive.

ummu said...

Syukran jazilan Ummu Faqeh sudi follow teratak saya.

semoga Jannah tabah hati nak gi sekolah.Em sian kan Jannah...

ummu faqeh said...

betul2..kita perlu support each other.TQ also 4 being my inspiration n my motivator.

ummu faqeh said...

mrs.fakir..afwan..insya Allah, Jannah akan tabah setabah abi dan umminya.

ummutalhah said...

kak jannah pasti akan berjaya dan amat bertuah kerana dlam usia yang kecil telah dapat menikmati pengalaman yang kawan2 lain tak dapat rasa..terus tabah kak jannahaa!!doakan thalhah juga moga dapat pengalaman cam kak jannah yek...

ummu faqeh said...

terimakasih ummutalhah.insya Allah Kak Jannah akan lebih pandai berdikari lagi.Dan kami sentiasa doakan Thalhah juga akan mendapat peluang seperti ini,amin.