Pages

Thursday, October 1, 2009

diari - minggu pertama di rumah baru...

alhamdulillah...setelah selama 4 hari kami 'menumpang' di rumah akhowat..akhirnya kami berpindah ke rumah sewa sendiri...
kat sini, semua rumah kena pasang karpet, nanti musim syita' (sejuk) tak boleh nak pijak lantaipun, sejuk, jadi kenalah pasang karpet..apa warnanya?semestinya HIJAU pilihanku...berapa yer ongkosnya.. 350 dinar..so darablah 5.hm..bila difikirkan, kat Malaysia tidak dipasang karpetpun..tapi yerlah keadaan di sini memerlukan kami pasang karpet..termasuklah di bahagian dapur sekalipun..mujur dalam tandas jer tak letak..hehe, tapi ada jer rumah arab yang letak karpet dalam tandas..cmana tuh?





ini pulak 'langsir' sementara kami ..sementara menunggu langsir yang sebenarnya..


ini pulak peti ais...hm..kena beli yang 2 pintu peti ais kat sini..senang simpan stok utk seminggu..sekarang nikan ummufaqeh dah jadi surirumah sepenuh tangga..jadi, masak jerlah kerjanyakan?heheh


ini pulak pemandangn dibelakang rumah kami..beberapa batang pokok zaitun..

oklah..esok sambung semula..jam dah menunjukkan 1.00 pagi dah..esok kak jannah nak sekolah..abi ada kelas..ummi?... apalagi menjadi surirumah sepenuh tanggalah...hanya malam jer bertuka menjadi 'blogger' kuikui..ngantuk dah ning..ma'asslamah

ok...nak edit enti ni..kita sambung semula yer..



ni bilik permainan anak2..bersepah2 sekali..



ni pulak pemandangan di dapur..nampak tak ada mende alah kat tong gas tuh?kotak bekas dapur tuh?hehe apa kegunaannya yer?orang arab ni tinggi2,so ummufaqeh ni tak berapa tinggi sangat,jadi utk menambahkan ketinggian ( rendah ker diri ini?huhu)mende alah digunkan setelah di'kreativkan' bersama my hubby.


inilah mesin basuh kami...


ini pulak tempat ampaian baju kami sekeluarga..kat jordan ni, masalah yang selalu dihadapi ialah moyea..( air )..alhamdulillah setakat ni di rumah kami belum terputus lagi bekalan air..ada yang kami dengar citer student yang belajar kat sini, siap beli air guan lori lagi...hm..jadi disebabkan itu, untuk menjimatkan air, kami basuh baju 4 hari sekali..dan mandi anak2 pun 2minggu sekali..hehe tak busyuk ker?Allah buat molek dah, keadaan d sini, peluhnya tidak berbau..ummuqusoipun, seminggu sekali baru tgk dia tukar baju..so kami praktikkan lah ...tapi kalu kat malaysia..janganlah buat begini pulak..nanti semua orang tak nak dekat..betul tak mak tehnya?


inilah anak2 permata hatiku..tengah seronok layan upin dan ipin guna laptop ummi..hm.. tilam biru tuh dah jadi arwah sekarang..adik fasehlah cucuk tilam guna pensel, dah bocor dah..tak blh guna sekarang..terpaksalah abi 'menumpang' tidur di tilam kami berempat...huhu sebelum beli tilam baru..

ok..nanti sambung di entri lain ttg rumah kami di minggu kedua pulak.tunggggggguuuu

2 comments:

Nur said...

Ummu Faqeh, cabaran ya, tinggal di tempat orang. Semoga semuanya selamat. Salam kenal dari Yati.

ummu faqeh said...

salam yati..terimakasih sudi lawat blog ini..ya sungguh mencabar keimanan membesarkan anak2 di tempat orang..namun jauh perjalanan luas pengetahuan kan?..jangan lupa doakan kami semua yer..cepat2 dapat Malaysia..