Pages

Monday, July 27, 2009

selamat pengantin baru, mak teh dan pakteh

15 JULAI 2009-otw nak balik ke kuantan, untuk kenduri makteh,singgah di Bandar AlMuktafi Billah sekejap...makan nasi



16 JULAI 2009-kami ke kebun abah..nak amik durian n rambutan..cilipadi pun banyak.my hubby memanjat untuk memotong sebelah dahan..kera ramai sangat..


pandai ker cik abang aku ni menoreh getah?

terrer rupanya suamiku ini, siap pakai tangan jer, ajaib sungguh,dia belajar kat mana hentahlah...



balik dari kebun, satu kampung kami ronda nak cari backhoe nak terangkan kawasan hadapan tuh, namun alhamdulillah jumpa jg akhirnya..


malamnya, kami buat solat hajat untuk keluarga terdekat sahaja, dan jannah orang yang paling lambat tidur, duk bz membungkus gula2..bagus anak ummi nih.



17 JULAI 2009-malam- alhamdulillah makteh dan pakteh telah selamat diijabkabulkan oleh abah ku sendiri..TAHNIAH ABAH!!!tak lupa juga kepada makteh dan pakteh yer...


18 JULAI 2009- paginya..my hubby membasuh daging keseorangan..diriku cuba membantu sedaya upaya, namun malam semalam kami dah tidur 4 pagi menyiapkan apa yang patut...hm.. banyaknya tenaga kudrat yang terpaksa dikerahkan untuk menjayakan majlis ini...tqvm darling!


time tengahari, tgh tunggu pengantin lelaki sampai.


inilah pengantinnya,makteh...



sebenarnya ada lagi beberapa keping gambar,nantilah aku upload kemudian yer.

No comments: