Pages

Friday, January 23, 2009

pengacaraan majlis jamuan mesra-2006

TEKS PENGACARAAN MAJLIS JAMUAN MESRA

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TAHUN 2006.

Tarikh : 31 Mac 2006(Jumaat)

Tempat: Hotel Copthorne Orchid, Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Masa : 8.00 - 10.20 malam.

Atur cara

7.45 Ketibaan jemputan dan VIP

7.50 Ketibaan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang

8.05 Bacaan Doa

8.10 Jamuan

Persembahan Nyanyian Solo

Persembahan Lagu Tradisional

8.50 Ucapan alu-aluan Pengerusi Jawatankuasa Jamuan Mesra

9.00 Ucapan Pengarah Pelajaran Pulau Pinang

9.10 Cabutan Bertuah

9.20 Persembahan Multimedia

9.40 Penyampaian cenderamata kepada guru-guru bersara

10.00 Cabutan Bertuah

10.15 Penyampaian cenderamata kepada Tuan Pengarah

10.20 Bersurai

TEKS PENGACARAAN MAJLIS JAMUAN MESRA

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

TAHUN 2006.

MASA

PENGUMUMAN

CATATAN

7.45 Mlm

7.50 Mlm

(bunyi gamelan dan Tuan Pengarah mula melangkah masuk ke pintu utama)

8.00 Mlm

(semua tetamu utama

duduk)

8.05 Mlm

8.10 Mlm

(Ustaz kembali ke tempat duduk)

8.40 Mlm

(lagu terakhir- Rasa Sayang selesai dimainkan.)

8.50 Mlm

(anggota orkestra meninggalkan pentas)

9.00 Mlm

9.10 Mlm

(selepas Pengarah duduk)

9.20 Mlm

9.40 Mlm

10.00 Mlm

10.20 Mlm

Tuan Puan Hadirin hadirat yang dimuliakan Sebentar lagi, Majlis kita akan dimulakan. Diminta para hadirin mengambil tempat. Tuan-tuan diminta berdiri apabila diumuman ketibaan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.

Diumumkan ketibaan Yang Berbahagia Tuan Haji Salleh bin Hj, Abd Karim,

Pengarah Pelajaran Pulau Pinang,

Yang Berbahagia

Tuan Haji Salleh bin Hj, Abd Karim,

Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang,

Yang Berusaha

Abdul Karim bin Abu Bakar,

Pegawai Pelajaran Daerah Pulau, merangkap Pengerusi Majlis Jamuan Mesra, Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang tahun 2006

Yang Berusaha,

Ketua-Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang,

Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah,

Para Pengetua dan Guru Besar,

Guru-guru, tuan-tuan, puan-puan yang dihormati sekalian.

Majlis turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan para jemputan, warga pendidik, hadirin dan hadirat sekalian ke Majlis Jamuan Mesra Sempena Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2006.

Dengan lafaz kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmat-Nya dapat sekali lagi kita dapat hadir dalam majlis yang murni ini.

Diharapkan, pertemuan kita pada majlis malam ini dapat menyuburkan ikatan persahabatan dan kemesraan sesama kita.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Majlis pada malam ini dimulai dengan bacaan doa oleh Al-Ustaz Soleh bin Budiman.

Dengan hormatnya majlis mempersilakan Al-fadhil ustaz untuk memimpin bacaan doa.

XXXXXXXXXXXXX

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Al-Fadzil ustaz.

Seterusnya majlis mempersilakan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang,Ketua-Ketua sektor ,Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, para pengetua dan guru besar,

Dif-dif kehormat serta guru-guru ,hadirin-hadirat sekalian untuk menikmati sajian dan juadah yang telah terhidang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Sambil kita menjamu selera, menikmati sajian, marilah kita sama-sama menikmati halwa telinga dengan persembahan okestra oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan

…………………………….

XXXXXXXXXXXXXXXXX

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada pasukan orkestra Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Onn, Butterworth atas persembahan sebentar tadi. Untuk makluman hadirin sekalian pasukan ini telah dipimpin oleh Encik Onn Boon Heang. Diharap tuan-tuan dan puan-puan telah terhibur.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, setelah selesai menjamu selera acara kita pada malam ini diteruskan lagi.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha Abdul Karim bin Abu Bakar, Pegawai Pelajaran Daerah Pulau, selaku Pengerusi Majlis Jamuan Mesra, Jabatan Pelajaran Pulau Pinang Tahun 2006.

XXXXXXXXXXXXXXX

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Karim bin Abu Bakar.

Seterusnya, majlis dengan takzimnya menjemput Tuan Haji Ismail Salleh bin Hj. Abd Karim, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

XXXXXXXXXXXXXXX

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan.

Acara seterusnya ialah acara cabutan nombor bertuah. Bagi menyempurnakan cabutan nombor bertuah kali pertama ini, majlis sukacita mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Karim bin Abu Bakar untuk mencabut 10 nombor bertuah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian diharap dapat meneliti nombor yang tertera pada kad jemputan masing-masing

(menyebut nombor dan memanggil pemilik nombor bertuah)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Abdul Karim bin Abu Bakar.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Kini marilah kita bersama-sama menyaksikan suatu persembahan multimedia, tentang informasi pendidikan terkini. Untuk makluman hadirin sekalian, persembahan ini telah disediakan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pusat Sumber Pendidikan Negeri Pulau Pinang atas persembahan multimedia itu tadi.

Acara seterusnya ialah majlis penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah menabur bakti dan kini mereka telah bersara. Bagi menyempurnakan majlis ini, dengan sukacitanya dijemput Tuan Haji Abdul Karim bin Abu Bakar menjemput dan mengiringi Tuan Haji Ismail Salleh bin Haji Abdul Karim untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

(mengumumkan nama-nama guru dan menjemput mereka ke pentas)

XXXXXXXXXXX

Demikianlah acara penyampaian hadiah kepada guru-guru yang telah bersara. Sesungguhnya persaraan mereka merupakan suatu kehilangan yang sangat besar kepada pihak jabatan Pelajaran khususnya dan dunia Pendidikan amnya.

Hadirin dan hadirat sekalian, marilah kita menghangatkan suasana dengan meneruskan acara cabutan nombor bertuah untuk hadiah yang lebih besar dan lebih menarik sebagai habuan sebelum kita pulang nanti.

Sekali lagi majlis menjemput Tuan Haji Ismail Salleh bin Abd Karim untuk mencabut 10 lagi nombor bertuah. Dipersilakan.

Sementara itu, sila tumpukan segenap tumpuan dan perhatian tuan kepada nombor yang tertera pada kad jemputan masing-masing. Manalah tahu hadiah istimewa ini milik tuan-tuan dan puan-puan.

XXXXXXXXXXXXXXXXXX

Majlis berbesar hati dan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan Haji Ismail Salleh bin Abd Karim kerana sudi memeriahkan lagi majlis pada malam ini. Sebagai tanda penghargaan majlis menjemput Tuan Haji Abdul Karim bin Abu Bakar menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Ismail Salleh bin Abd Karim.

Terima kasih diucapkan kepada tuan Haji Abdul Karim bin Abu Bakar.

Pihak Majlis sekali merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Ismail Salleh bin Abd Karim atas kesudian hadir dan memeriahkan lagi majlis kita pada malam ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua hadirin dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis pada malam ini.

Akhir kata, pihak majlis memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Pulau Pandan jauh ke tengah,

Gunung Daik bercabang tiga;

Hancur badan dikandung tanah,

Budi yang baik dikenang juga.

Kalau ada sumur di ladang,

Boleh hamba menumpang mandi;

Kalau ada umur yang panjang,

Boleh kita berjumpa lagi.

Sekian, saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

No comments: