Pages

Friday, January 23, 2009

majlis perasmian karnival- contoh jer

SKRIP MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL PERMAINAN RAKYAT NEGERI PERLIS OLEH MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN.



MASA CUE ANN
8.30pg


5 min Perarakan kompang dan bunga manggar,berakhir paluan kompang.

(1) Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan diiringi Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan . Kassim, Menteri Besar Perlis, Yang Berhormat Puan Ooi Ah Lan, Exco Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, Yang Berusaha Encik Ramli Saleh, Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis serta dif-dif kehormat.
8.35pg

5 min Selepas semua tetamu khas sampai di kerusi VIP
(2) Para hadirin sekalian, majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan. Dengan segala hormatnya para hadirin diminta berdiri.
8.40pg

5 min Selesai Lagu Kebangsaan

(3)

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim
Assalamualaikum wbh.. dan salam sejahtera

Kuala Perlis Pulau Langkawi
Naik rakit tepi kuala
Jangan lupa permainan tradisi
Kekallah ia subur di jiwa.

Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim ,Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan . Kassim, Menteri Besar Perlis, Yang Berhormat Puan Ooi Ah Lan, Exco Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis, Yang Berusaha Encik Ramli Saleh, Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis , Yang Berusaha Pagawai-pegawai Kanan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, wakil-wakil NGO seterusnya tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian.

Pertamanya, saya memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Karnival Permainan
Rakyat Negeri Perlis.
Semoga kita akan diberikan kekuatan untuk melaksanakan karnival permainan rakyat di negeri ini.
8.45pg

5min Mengenal pasti kedudukan pembaca doa.

(4) Bagi memberkati majlis perasmian Karnival Permainan Rakyat, majlis diteruskan dengan bacaan doa. Dengan hormatnya dipersilakan Al Fadzil Tuan Hj. Hadi Ahmad untuk memimpin bacaan doa.
8.50pg
1min Sebaik-baik saja pembaca doa duduk.
(5) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang berbahagia ustaz.

8.51pg

5min Mengenal pasti pengarah
(6) Meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ramli Salleh, Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis menyampaikan ucapan.Dipersilakan.
8.56pg

1min Sebaik-baik saja Pengarah Kebudayaan duduk.

(7) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ramli Salleh, Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis atas ucapan tadi.
8.57pg

10min Mengenal pasti MB

(8)
Meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Shahidan b. Kasim, Menteri Besar Perlis menyampaikan ucapan.Dipersilakan.
9.07pg

1 min Selepas YAB MB duduk.
(9) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis atas ucapan tadi.
9.08pg

15 min Pengarah Kebudayaan bersedia

(10) Hadirin hadirat sekalian, bagi meneruskan acara Karnival Permainan Rakyat Negeri Perlis, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Pengarah Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Perlis untuk mengiringi Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Karnival Permainan Rakyat Peringkat Negeri Perlis 2006.


9.33pg

2 min Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim duduk di tempatnya.

(11) Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan atas kesudian menyampaikan ucapan dan penyempurnaan majlis sebentar tadi.
Tuan-tuan dan puan-puan, kini sempurnalah sudah majlis perasmian Karnival Permainan Rakyat Negeri Perlis.
9.35pg

5 min Selepas tamat tetamu khas menyampaikan ucapan perasmian.

(12) Majlis mempersilakan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis dengan diiringi Pengarah Kebudayaan Kesenian dan Warisan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais. Yatim.
940pg

1 min Selepas tetamu khas duduk.
(13) Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Shahidan Kassim atas kesudian menyampaikan cenderamata.
9.41pg

20 min Persembahan muzik asli
Menerima isyarat daripada pengurus pentas (14) Berikutnya, majlis diteruskan dengan persembahan muzik asli daripada Kumpulan Gendang Kencana.
10.01pg Muzik asli dimainkan.

(15)






Demikianlah tadi persembahan muzik asli daripada Kumpulan Gendang Kencana.
Dengan berakhirnya persembahan tadi maka selesai sudah majlis perasmian Karnival Permainan Rakyat Negeri Perlis 2006.
Pihak majlis sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais. Yatim yang sudi hadir dan menyempurnakan majlis pada pagi ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua yang hadir.
Sekian, wabillah hitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Para hadirin sekalian, dengan segala hormatnya diminta berdiri kerana
Yang Berhormat Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dan Menteri Besar akan meninggalkan majlis.

No comments: