Pages

Friday, January 23, 2009

majlis bersama Dr Faiz Khaleed-30.10.2008

Teks MC Majlis Bersama Dr. Faiz Khaleed
Pada 30 Oktober 2008 di UDM, Kampus KUSZA.

Muqaddimah salam

Assalamualaikum..
Yang Berbahagia, Profesor Dr. Zahedi bin Daud
Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi,
Universiti Darul Iman Malaysia

Yang Berbahagia, Dr. Abdul Hakim bin Abdulah
Dekan Fakulti Pengajian Konteporari Islam,
Universiti Darul Iman Malaysia

Yang amat dialu-alukankan kedatangannya ke Universiti Darul Iman Malaysia,
Mejar Dr. Faiz bin Khaleed
Angkasawan Negara Malaysia

Yang Berusaha, Encik Roslan Umar
Ketua Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman Malasyia

Para Pensyarah, para pelajar, hadirin & hadirat yang dirahmati Allah Taala sekalian.

Bagi pembuka tirai acara, marilah kita mulakan majlis pada petang ini dengan sama-sama membaca ummul kitab Al-Fatihah

( Bacaan al-fatihah)

Sirih berlipat si sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara...
Bersyukur kita pada Ilahi, kerana pada petang yang penuh barakah ini, kita dikunjungi oleh seorang yang ternama, seorang yang senantiasa kita lihat di poster-poster, seorang yang senantiasa menjadi bahan perbualan masyarakat, beliau tidak lain dan tidak bukan adalah – Yang Berbahagia, Mejar Dr. Faiz Khaleed yang merupakan salah seorang daripada 2 orang Angkasawan Negara kita yang dibanggakan.


Kita masih ingat lagi, ketika mana berita mereka berdua telah mendapat latihan eksklusif sebagai seorang angkasawan, maka terpaparlah cerita-cerita mereka berdua ini di laman-laman web hatta di laman web arab juga yang menyatakan kebanggaan kita sebagai umat Islam yang mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang angkasa lepas sehingga dinobatkan sebagai angkasawan.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian, ceramah program angkasawan negara yang dianjurkan oleh Unit Falak, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam ini, adalah selaras dengan Minggu Sains, Teknologi & Inovasi di peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung selama 3 hari, iaitu bermula pada hari ini sehingga 1 November 2008, bertempat di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu.

Hadirin & hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi meneruskan acara, majlis menjemput Yang Berbahagia Profesor Dr. Zahedi bin Daud Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi, Universiti Darul Iman Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan aluan TNC P&I)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Dr. Zahedi bin Daud, dengan ucapan itu tadi.Seterusnya hadirin & hadirat sekalian, inilah masa yang kita nanti-nantikan, iaitu ceramah serta perkongsian pengalaman yang bakal disampaikan oleh angkasawan negara iaitu Mejar Dr. Faiz Khaleed.

Tak kenal maka tak cinta- Sebelum saya menjemput beliau untuk menyampaikan ceramahnya, suka untuk saya membacakan sedikit latar belakang angkasawan kita ini.

Beliau merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur pada tahun 1980. Jadi saya kira, tetamu jemputan kita cukup bertuah kerana di awal usia sebegini sudah bergelar Angkasawan Negara.
( mungkin kita semua sampai ke tua, takkan dapat jadi angkasawan, tapi, orang sawan bolehlah...)

Apabila bercakap pasal muda ni, saya yakin dan percaya, yang bertudung, yang ada dalam dewan ini, pasti ada yang bercakap dengan diriya, Dr. Faiz dah kawin ke belum aah?? Semua mengharapkan mereka mempunyai peluang...

Dr. Faiz mendapat pendidikan menengah di Sekolah Saint John, Kuala Lumpur, kemudian melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di Universiti Malaya dalam jurusan kedoktoran pergigian. Jadi saya kira, mana2 yang mempunyai masalah gigi, boleh bertanya Dr. Faiz...

Hadirin & hadirat sekalian, tanpa melengahkan masa lagi, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan Yang Berbahagia Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ceramah Dr. Faiz Khaleed...)

Alhamdulillah, kita sudah mendengar ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Faiz Khaleed, Angkasawan Negara, banyak perkara dan pengalaman yang telah dinyatakan diantaranya...







Bagi menjadikan majlis ini lebih bermanfaat, suka saya membuka sesi-soal jawab dengan jemputan kita ini, majlis mempersilakan.

(kumpul soalan..)


Dengan penjelasan & jawapan yang telah diberikan oleh Dr. Faiz, maka berakhirlah sesi ceramah kita pada petang ini.

Sebagai tanda penghargaan pihak Universiti Darul Iman Malaysia, majlis mempersilakan Dr. Abdul Hakim Abdullah untuk mengiringi Profesor Dr. Zahedi Daud untuk menyampaikan cenderhati kepada Dr. Faiz Khaleed. Majlis mempersilakan.

(upacara pemberian cenderhati)

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kasih kepada Profesor Dr. Zahedi Daud & Dr. Abdul Hakim Abdullah.

Terimakasih daun keladi,
Ada peluang, kami jemput lagi...

Untuk makluman, selepas ini, akan diadakan sesi bergambar dengan tetamu kita, dan kemudian, sesi autograf akan dibuka kepada semua hadirin & hadirat sekalian.

Tidak dilupakan juga, sedikit santapan petang disediakan kepada tetamu kita dan juga hadirin & hadirat semua diluar dewan.

Akhirmya, kita tutup majlis kita pada petang ini dengam bacaan tasbih kaffarah & surah al-Asr. Assalamualaikum ...

No comments: