Pages

Friday, January 23, 2009

majlis perasmian wks- 5.9.2007

Majlis Perasmian Penutup Program Pendidikan Pencegahan Dadah Warga Kerja Sekolah pada Rabu, 5 September 2007 bertempat di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Terengganu

PEMBUKA BICARA

- Yang Berbahagia En. Asmadi Ariffin,Penolong Pegawai AADK Kuala Terengganu,

- Yang Berbahagia En. Mohamad b. Ghani, Pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna Daerah Dungun,

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………............................

- pegawai-pegawai AADK Kuala Terengganu

- seterusnya peserta Program Pendidikan Pencegahan Dadah Warga Kerja Sekolah, serta hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Sekalian.

Sirih berlipat si sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Salam perpaduan pembuka bicara,

Dewan Teater indah berseri,

Program Pencegahan Dadah kita berbicara,

Moga ada manfaatnya mendatang hari...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya kita dapat bersama-sama mengikuti program keilmuan ini.Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua pihak ke Dewan Teater Perbadanan Perputakaan Awam Terengganu.

Sesungguhnya majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas kesudian Yang Berbahagia En. Asmadi Ariffin, Penolong Pegawai AADK Kuala Terengganu untuk merasmikan program ini.

Seperti mana yang kita maklum , program pada pagi yang berbahagia ini adalah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Kuala Terengganu , dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu, adalah bukti keseriusan dalam usaha menangani permasalahan penyalahgunaan dadah ke tahap sifar dan keutuhan silaturrahim yang murni antara kedua-dua pihak.Semoga kerjasama sebegini akan kekal tersimpul erat,bagai isi dengan kuku demi untuk mewujudkan Negara Bebas Dadah 2015

BACAAN DOA

Tetak buluh panjang suluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat doa jari sepuluh,

Doa diminta biar selamat.

Yang dihormati tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan, memohon restu agar majlis mendapat berkat. Dipersilakan En. Wan Mahdi b. Wan .................. untuk memimpin bacaan doa.

Bacaan Doa

Terima kasih kita ucapkan kepada En. Wan Mahdi di atas bacaan doa itu tadi.

****************************************

UCAPAN ALU-ALUAN

****************************************

UCAPAN PERASMIAN

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha En. Asmadi Ariffin,Penolong Pegawai AADK Kuala Terengganu untuk menyampaikan ucapannya seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Warga Kerja Sekolah ini, dipersilakan….

Membeli ikan di tengah pekan,

Ikan dibeli untuk dibilas,

Bersamalah kita merealisasikan,

Malaysia Bebas Dadah 2015.

Majlis merakamkan jutaan terimakasih di atas kesudian Yang Berusaha En. Asmadi Ariffin, menyempurnakan majlis penutup kita pada hari ini.

******************************

ACARA CABUTAN BERTUAH

Kini,tibalah masa yang ditunggu-tunggu, acara kemuncak kita pada hari ini, ialah cabutan nama bertuah.Dengan itu majlis mempersilakan

1. En. Asmadi Ariffin untuk membuat 10 cabutan ...............

2. ...............................

3. ........................................

PENUTUP BICARA

Hadirin dan hadirat sekalian, Sekiranya ada tersilap bahasa, terkasar kata, terguris perasaan, tersentuh hati, terobek sesal, saya menyusun sepuluh jari memohon seluhur keampunan dan kemaafan daripada semua. Yang baik itu daripada Allah yang buruk itu adalah atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

Bunga selasih harum bersemi,

Gugur melati di tapal batas

Terimakasih ucapan kami

Dengan hati yang tulus ikhlas.

UCAPAN TKASIH KPD HADIRIN DAN HADIRAT

Dengan ini, selesailah sudah upacara perasmian kita pada pagi ini. Kepada dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan yang sudi memeriahkan majlis pada pagi ini, kami mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih. Mudah-mudahan program ini memberi manfaat kepada kita semua.

Pihak majlis juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

JEMPUTAN MAKAN

Hadirin dan Hadirat yang dimuliakan,

Sebelum kita bersurai majlis dengan sukacitanya menjemput tetamu kehormat, dif-dif jemputan, tuan-tuan dan puan-puan untuk menikmati makan tengahari yang telah disediakan.....

BELIEVE U CAN DO THE BEST UMMU FEQEH!!!

I BELIEVE I CAN FLY!!! IBELIEVE I CAN TOUCH THE SKY !!!

Ummufaseh

a.m

5 september 2007

No comments: