Pages

Friday, January 23, 2009

majlis perasmian HADA- 23.2.2008

TEKS UCAPAN PENGERUSI MAJLIS UNTUK MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU PADA 23 FEBRUARI 2008 DI DATARAN SYAHBANDAR.

PENGACARA MAJLIS: EN. NAZMUDDIN & PUAN NUR IZMAWATI.

MASA

CUE

ANN

9.45 +

Sebelum ketibaan Dif-dif Jemputan

Mohon perhatian kepada semua hadirin agar dapat berdiri sebaik sahaja YB Dato’ Hj. Din bin Adam berjalan ke pentas utama. .Setelah itu, ketibaan perarakan konvoi vespa untuk menyerahkan scroll kepada YB seterusnya nyanyian 2 buah lagu iaitu Lagu Negaraku dan Lagu Impianku.Setelah semua majlis berlangsung barulah hadirin dipersilakan duduk. Kerjasama anda semua terlebih dahulu diucapkan terima kasih

Setelah mendapat isyarat daripada urusetia

( muzik iringan )

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Haji Din bin Adam,Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan & Badan NGO Negeri Terengganu dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Datuk Bandar serta Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu.

Setelah dif-dif kehormat sampai di pentas & mendapat isyarat dari peserta konvoi

( muzik iringan dari DEndang Anak. )

Hadirin hadirat dipersilakan berdiri untuk menyambut ketibaan lintas hormat daripada peserta-peserta konvoi vespa .

Seterusnya akan menyerahkan scroll ikrar kepada Yang Berbahagia Datuk Bandar untuk ditandatangani, seterusnya diserahkan kepada Yang Berhormat Dato' Haji Din bin Adam untuk……………………………………

…………………………………………………………………………………

Untuk makluman semua scroll ikrar ini mengandungi tandatangan oleh semua Pgawai2 Daerah di Tererngganu bagi menunujukkan kerjasama dari semua lapisan masyarakat untuk memerangi ancaman dadah ini, bersesuaian dengan tema Hari Antidadah Kebangsaan tahun ini ialah "Rakyat Bangkit Memerangi Dadah ".

Majlis merakamkan jutaan terimakasih di atas acara sebentar tadi.

Setelah konvoi selesai, pastikan UKOM bersedia dengan 2 buah lagu untuk dipasang.

Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Impianku diminta kerjasama para hadirin berdiri.

Setelah selesai nyanyian.

Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan duduk.

10.20+

Sebaik sahaja YB duduk dengan selesa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهdan salam sejahtera,

Yang Berhormat Dato’ Haji Din bin Adam, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaaan, Belia, Sukan & Badan NGO Negeri Terengganu,

Yang Berbahagia Datuk Bandar Datuk Haji Mat Razali bin Kassim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu,

Yang Berusaha, Pn. Hajah Rosnani bt. A.Rashid, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu,

Pegawai-pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan,

Dif-dif jemputan, Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian.

Untaian kata dalam bicara,

Doa disusun penuh syahdu,

Selamat datang kepada semua,

Semoga barakah hadir selalu.

Alhamdulillah,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan hidayah Nya, dapat kita berada di Majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu ini.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian YB Dato’ Haji Din bin Adam, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan & Badan NGO Negeri Terengganu hadir ke majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu ini pada pagi yang berbahagia ini.

Majlis turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan para jemputan.

10.25+

Aluan Pengerusi

Sepertimana yang kita maklum, Majlis Perasmian Penutup pada hari ini merupakan penutup kepada program-program yang telah pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu anjurkan sebelum ini iaitu Konvoi Antidadah MEnjelajah daerah dengan membawa scroll ikrar untuk ditandatangani oleh semua PEgawai Daerah .

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara Agensi Antidadah Kebangsaan dengan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan bukan kerajaan seterusnya memudahkan usaha murni dalam usaha menangani penyalahgunaan dadah sehingga ke akar umbi.

Semoga kerjasama dan sokongan semua pihak akan terus berkekalan, tersimpul erat, bagai isi dengan kuku demi untuk merealisasikan sasaran Negara Sifar Dadah 2015.

10.30+

Sebaik sahaja tamat aluan pengerusi.

Tetak buluh panjang sepuluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat tangan jari sepuluh,

Doa diminta biar selamat.

Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan, memohon restu agar majlis mendapat berkat.Dengan itu, majlis mempersilakan En. Mohd. Faiz b. Ghazali untuk memimpin bacaan doa.

Dipersilakan …..

10.35+

Sebaik sahaja bacaan doa tamat

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Mohd. Faiz b. Ghazali di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

10.40+

Selepas tamat ucapan terima kasih kepada En. Mohd. Faiz b. Ghazali

Meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha, Pn. Hajah Rosnani bt. A.Rashid, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan aluan.

11.00+

Selepas tamat ucapan pengarah

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Pn. Hjh Rosnani bt. A. Rashid atas ucapan yang telah disampaikan.

11.02+

Selepas pengarah duduk

Bagi meneruskan acara, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Bandar Datuk Haji Mat Razali bin Kasim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk menyampaikan ucapan

11.12+

Sebaik sahaja ucapan Pengarah tamat.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Datuk Bandar atas ucapannya itu.

11.20+

Sebaik sahaja ucapan terima kasih kepada Pengarah tamat.

Dif-dif serta para hadirin yang kami muliakan, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato’ Haji Din bin Adam,Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Belia, Sukan & Badan NGO Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan……

11.30+

Sebaik sahaja ucapan YB Dato’ tamat.

Seterusnya majlis mempersilakan YB Dato’ untuk melepaskan belon bagi menyempurnakan perasmian penutup kita sebagai simbolik Terengganu Bebas Dadah .

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Haji Din bin Adam, atas kesudian beliau menyampaikan ucapan dan menyempurnakan majlis Perasmian Penutup Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu pada kali ini.

11.45+

Setelah YB Dato’ duduk di tempatnya.

Majlis diteruskan dengan bacaan ikrar yang akan dilafazkan oleh Pegawai-Pegawai Antidadah dengan pimpinan oleh En. Shadidi bin Zabidi.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput…

12.00+

Setelah bacaan ikrar tamat.

Membeli ikan di tengah Pekan,

Ikan dibeli untuk dibilas,

Bersamlah kita merealisasikan,

Malaysia Bebas Dadah 2015.

Majlis merakamkan jutaan penghargaan di atas pimpinan bacaan ikrar sebentar tadi.

Dif-dif serta para hadirin yang kami muliakan ,majlis diserikan lagi dengan persembahan artis yang kami bawakan khas dari jauh. Dengan itu, majlis menjemput Arni Nazira untuk membuat persembahan.

Majlis mempersilakan…

12.15

Setelah artis tamat membuat persembahan.

Majlis merakamkan penghargaan di atas persembahan sebentar tadi.Semoga anda semua terhibur.

Majlis kita pada hari ini dirancakkan lagi dengan persembahan oleh Dendang Anak yang akan dipersembahkan oleh bekas-bekas penghuni Pusat Pemulihan persendirian Jenagor.


Bersama-samalah kita mengahayati persembahan mereka. Untuk itu, majlis mempersilakan….

12.30+

Setelah dendang Anak selesai

Begitulah berakhirnya persembahan yang begitu mantap dari Pusat Pemulihan Persendirian Jenagor. Semoga kita dapat mengambil iktibar dari persembahan mereka.

12.45+

Seterusnya kita beralih ke majlis penyampaian cenderamata. Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn. Hjh. Rosnani bt. A.Rashid, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu, untuk menyampaikan cenderamata.

12.55+

Setelah pengarah berada di atas pentas.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Datuk Bandar, Datuk Haji Mat Razali bin Kassim untuk menerima cenderamata dari pihak Agensi Antidadah Kebangsaan.

Seterusnya bagi menghargai kesudian Yang Berhormat Dato’ merasmikan majlis kita pada hari ini, majlis dengan berbesar hatinya menjemput Yang Berhormat Dato’ Haji Din bin Adam untuk menerima cenderamata tanda penghargaan dari pihak kami.

Majlis mempersilakan.

1.00+

Setelah YB selesai menerima hadiah

Majlis merakamkan jutaan penghargaan di atas kesudian Puan Hajah Rosnani bt. A.Rashid di atas kesudian Puan Pengarah menyempurnakan majlis sebentar tadi.

1.15+

Sebaik sahaja tamat acara penyampaian cenderamata

Bunga selasih harum bersemi,

Gugur melati di tapal batas,

Terimakasih ucapan kami,

Dengan hati tulus ikhlas.

Sekalung budi dan junjungan kasih diucapkan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program pada tengah hari ini.

Majlis seterusnya, dijemput Yang Berbahagia Datuk Bandar Datuk Haji Mat Razali bin Kasim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganudan Pn. Hjh. Rosnani bt. A.Rashid, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu, untuk mengiringi Yang Berhormat Dato’ Haji Din bin Adam bagi acara lawatan ke pameran yang disediakan.

Semua hadirin dan hadirat di jemput untuk menjamu selera di tempat yang disediakan.

Pihak majlis juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami akhiri majlis ini dengan serangkap pantun..

Tuai padi antara masak,

Esok jangan layu-layuan,

Intai kami antara nampak,

Esok jangan rindu-rinduan.

وباالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

No comments: