Pages

Friday, January 23, 2009

majlis perasmian penutup tempat kerja- 16.8.2007

Majlis Perasmian Penutup Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Tempat Kerja pada Khamis, 16 Ogos 2007 bertempat di Dewan Auditorium Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

- Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz Mamat, Pegawai Daerah Kuala Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD)

- Yang Berbahagia En. Abdul Mutalib Abdullah Penolong Pengarah Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu,

- pegawai-pegawai AADK Kuala Terengganu dan pegawai-pegawai AADK Daerah Marang

- seterusnya peserta Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Tempat Kerja,

hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Sekalian.

Sirih berlipat si sirih pinang,

Sirih dari Pulau Mutiara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Salam perpaduan pembuka bicara,

Dewan Rekreasi indah berseri,

Simposium Pencegahan Dadah kita berbicara,

Moga ada manfaatnya mendatang hari...

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izinNya kita dapat bersama-sama mengikuti program keilmuan ini.Terlebih dahulu saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran semua pihak ke Dewan Rekreasi Pejabat Daerah Kuala Terengganu ini.

Sesungguhnya majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terimakasih atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz Mamat, Pegawai Daerah Kuala Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD)

Seperti mana yang kita maklum , program pada pagi yang berbahagia ini adalah anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Kuala Terengganu dan AADK Daerah Marang , dengan kerjasama Majlis Tindakan Membanteras Dadah, adalah bukti keseriusan dalam usaha menangani permasalahan penyalahgunaan dadah ke tahap sifar dan keutuhan silaturrahim yang murni antara kedua-dua pihak.Semoga kerjasama sebegini akan kekal tersimpul erat,bagai isi dengan kuku demi untuk mewujudkan Negara Bebas Dadah 2015

BACAAN DOA

Tetak buluh panjang suluh,

Mari jolok sarang penyengat,

Angkat doa jari sepuluh,

Doa diminta biar selamat.

Yang dihormati tuan-tuan dan puan-puan,

Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan, mmemohon restu agar majlis mendapat berkat. Dipersilakan Tn. Haji Ahmad Fadhillah b. Haji Embong untuk memimpin bacaan doa.

Bacaan Doa

Terima kasih kita ucapkan kepada Tn. Haji Ahmad Fadhillah b. Haji Embong

.

****************************************

UCAPAN ALU-ALUAN

Hadirin dan hadirat sekalian majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia En. Abdul Mutalib Abdullah Penolong Pengarah Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu, Dengan segala hormatnya dipersilakan……….

Majlis mengucapkan ribuan terimakasih kepada En. Abdul Mutalib Abdullah di atas ucapan itu tadi.

****************************************

UCAPAN PERASMIAN

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz Mamat, Pegawai Daerah Kuala Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD), untuk menyampaikan ucapannya seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program Pendidikan Pencegahan Dadah di Tempat Kerja ini, dipersilakan….

Membeli ikan di tengah pekan,

Ikan dibeli untuk dibilas,

Bersamalah kita merealisasikan,

Malaysia Bebas Dadah 2015.

Majlis merakamkan jutaan terimakasih di atas kesudian Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz Mamat, menyempurnakan majlis penutup kita pada hari ini.

******************************

Hadirin dan Hadirat sekalian,

( AADK BERI HADIAH MTMD – PERASMI )

Majlis seterusnya mempersilakan En. Abdul Mutalib Abdullah Penolong Pengarah Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu, menyampaikan cenderamata tanda penghargaan Yang Berbahagia Tuan Haji Abdul Aziz Mamat, Pegawai Daerah Kuala Terengganu

dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terimakasih di atas kesudian En. Abdul Mutalib Abdullah Penolong Pengarah Pemulihan Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu di atas penyampain cenderamata itu tadi.Terimakasih.

Hadirin dan hadirat sekalian, Sekiranya ada tersilap bahasa, terkasar kata, terguris perasaan, tersentuh hati, terobek sesal, saya menyusun sepuluh jari memohon seluhur keampunan dan kemaafan daripada semua. Yang baik itu daripada Allah yang buruk itu adalah atas kelemahan dan kesilapan diri saya sendiri.

Bunga selasih harum bersemi,

Gugur melati di tapal batas

Terimakasih ucapan kami

Dengan hati yang tulus ikhlas.

( UCAPAN TKASIH KPD HADIRIN DAN HADIRAT )

Sebelum kita bersurai, dijemput yang berbahagia, hadirin dan hadirat sekalian untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak AADK,dipersilakan...

No comments: