Pages

Thursday, August 14, 2008

cecair emas....

salam.. hehehe.. apa yang aku nak citer ni khas untuk orang 2 yang dah kahwin dan sudah mempunayai anak...pernah dengar penyususan eksklusif untuk ibu yang berkerjaya?



meh sini nak citer sikit...




ni namanya cecair emas... kenapa dinamakan cecair emas.. terlalu banyak khasiat susu ibu ni..ni stok adik faseh bila aku pergi kerja.. alhamdulillah sekarang anakkku dah berumur 1tahun 5 bulan, namun masih lagi menyusu badan.insya Allah aku akan susukan dia sehingga dua tahun, mg usahaku ini diberkati Allah, amin.












meh kita berkenalan dulu dgn aksesori yang digunakan oleh aku..sekali pandang macam handbagkan.. tapi handbag ni agak besar sikit.. tapi di dalam inilah aku letak segala keperluan untuk 'operasi' di pejabat aku..




























ini dinamakan box cooler untuk meletakkan susu perahan. letak ais dulu, then letaklah susu perahan tadi ke dalamnya.. insya Allah susu ini akan bertahan selama 8jam.. sempatlah balik dari keje letak dalam peti ais lepas sampai kat rumah..




ha.. inilah pula dinamakan electric pump..yang ni jenama farlin baby.. aku suka pakai yang ni, namun dah rosak dah.. aku try gak tanya pembekalnya.. katanya barang gantian tu ada di pulau pinang sahaja.. jauh tu aku nak pergi..



















so, my hubby belikan pump baru jenama pureen, alhamdulillah ok guna yang ni.. setiap pump ni ada kelebihan dan kekurangan masing2..














so.... inilah susu yang telah dipump menggunakan electric pump ini, alhamdulillah.. biasanya sekali pump aku dapat sebotol penuh.. so.. setiap hari tiga kali kena pump.. so cukuplah untuk bekalan anakku selama aku bekerja..











so.. inilah anakku yang bernama MUHAMMAD FASEHUDDIN MUHAMAD ZAID..ke mana saja ummi berkursus akan ummi bawa adik sekali.. bagi memastikan adik mendapat penyusuan secara eksklusif.. ni masa ummi ada seminar kebangsaan di USIM, Negeri Sembilan.. berhenti kat UIA- tgk mak adah.alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan dan niat aku ini diberkati Allah..aku sentiasa berdoa pada Allah agar aku diberi kekuatan untuk menjayakan penyusuan eksklusif ini ..amin..
hm.. ada sesape yang nak berkongsi pengalaman dan juga pandangan.. amat2 lah dialukan.. just email me.. mujahidah_sejatiey@yahoo.ca.

4 comments:

aNNdiNN said...

izma, saya amat sokong usaha awak nih! :)

MS Rizal said...

Salam kak..

Saya kira entry yang akak tulis ini berilmiah, mungkin sesetengah orang malu untuk mengatakan. Tetapi hakikatnya ramai orang tidak tahu.

Saya juga biasa melihat anak-anak hanya diberi susu tin sahaja, apabila ibunya pergi berkerja. Memberikan anak-anak susu ibu menjamin kecerdasan otak anak-anak.

Satu ilmu yang berguna sebagai persiapan menempuh alam rumah tangga.

ummu faqeh said...

terimakasih adnin!

ummu faqeh said...

ms rizal.... terimaksih yer..dan jgn lupa doakan akk mampu laksanakan perkara ini..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!