Pages

Monday, July 16, 2007

ISTERI DAN IBU YANG SOLEHAH


Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini dan ia bekerja dengan tuhan.... Jadi 'kilang' manusia. setiap bulan diberi cuti bergaji penuh... 7 hingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tiada cuti daripada sembahyang.... Sembahyang wajib baginya dari baligh sampailah 'padam'. Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung, Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa takut nak beranak? Marilah kita pegang pada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid Allah izinkan terus masuk syurga. Untuk orang kafir mereka tidak dapat masuk syurga. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tidak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terkejut dengan pahala extra yang banyak dalam akaun kebajikannya diterima di atas segala kebaikan suaminya yang tidak disedari. Apabila dia lihat suaminya terkial-kial di titian sirat dia tak mahu masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak dan isteri yang tidak dididik dia akan dapat 'sahamnya' ditambah lagi dengan dosa-dosa lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka kepadaNya. Peringatan buat kaum Adam juga. Kesimpulannya: 1. Usah isteri rasa bersalah jika hamil, sebaliknya khabarkan berita gembira kepada suami 2. Usah takut melahirkan zuriat suami kerana Nabi SAW bangga dengan umatnya yang ramai 3. Keringanan Allah kepada kaum wanita dalam soal 'cuti' adalah rahsia yang penuh hikmah 4. Hargai pemberian suami biarpun dalam keadaan kesusahan. Redha dalam segala keadaan 5. Laksanakan tanggungjawab baik isteri ataupun suami dengan memahami tuntutan syariat

No comments: