Pages

Monday, July 16, 2007

10 Pesanan Ayah kepada Anak Perempuan yang Bakal Berkahwin


1. Jaga dirimu baik-baik. Jangan sampai berbohong dengan suami kerana dengan berbohong, suamimu meragui kejujuranmu dan berprasangka buruk terhadap dirimu. Ingatlah bahawa dua hal itu merupakan racun kehidupan rumah tangga. 2. Jagalah dirimu baik-baik jangan sampai terlampau mengikut perasaan, kerana hal itu membuat rumah tangga serupa seperti neraka. 3. Jika suamimu seorang yang cemburu, hendaklah tidak berlebihan dalam hal berdandan dan berhias diri. 4. Hati-hati jangan sampai engkau memuji lelaki lain di depan suamimu, walaupun memuji dengan niat yang baik. 5. Jagalah dirimu baik-baik. Jangan makan sampai terlalu kenyang kerana hal itu dapat merosakkan kecantikan paras dan menyebabkan kegemukan. 6. Ketahuilah bahawa kegembiraanmu berkait dengan kegembiraan suamimu. Engkau yang dapat membuatnya bahagia dan dialah yang dapat membuatmu bahagia. Sebalinya engkau dapat membuatnya malang dan dia pun dapat membuatmu malang. Oleh itu, hati-hatilah jangan sampai terjadi kebencian pertama antara dirimu dan suamimu, sebab kebencian yang pertama boleh disusuli dengan kebencian yang lain. 7. Taatilah suamimu sedapat yang mungkin dan hindarilah percakapan yang bersifat olok-olok dan ejek-ejek serta perbicaraan yang tidak berguna. Jangan sesekali cemburu kerana cemburu adalah kunci perceraian. 8. Jagalak kesihatan baik-baik dan jauhilah penggunaan alat-alat kecantikan yang dapat merosakkan kesegaran wajahmu dan kemanisan air mukamu. 9. Kerjakanlah dengan tabah dan sabar apa yang telah menjadi kewajipanmu. 10. Aturlah baik-baik urusan rumah tangga dan jangan sampai ada orang lain yang mengetahui rahsiamu. Jika kita meneliti contoh pesanan seorang ayah kepada anak perempuannya, dapat dibuat kesimpulan bahawa pesanan tersebut meliputi semua aspek urusan rumahtangga termasuk hal-hal yang berkaitan dengan penjagaan diri dan kesihatan. Majalah Anis Ogos 2003 Mukasurat : 21 dipetik dari missapple.blogspot.com

No comments: