Pages

Sunday, November 11, 2012

Athfalus Syam

Bismillah Walhamdulillah...

Melayari saluran tv Syria ..
Tertarik dan terssentuh hati mendengar dan menghayati bait2 nasyid ini...
Terjumpa Video terjemahan dalam english..

Allahu Akbar...
Melihat air mata kanak2 yang tidak berdosa ini..
Sebak melanda ...
Pelbagai perasaan bercampur ..
Sedih..marah..terharu..geram...





 Jordan berjiran dekat dengan Syria..
Sekarang ramai pelarian Syria berada di kawasan penempatan kami di Irbid.
Banyak kisah2 yang kami dengar dan lihat sendiri mengenai pelarian ini.Antaranya:

1- Seorang kawan arab abi yang ada memiliki bangunan di sini mengadu kepada abi bahawa ada orang Syria di bangunan mereka baru melahirkan bayi..namun mereka tiada baju pakaian untuk bayi yang baru dilahirkan.Allahu Akbar..sedihnya..balik ke rumah,abi minta ummi kumpulkan mana2 baju adik Faheem yang sudah tidak muat untuk disedekahkan kepada mereka.Alhamdulillah..Allah beri peluang kepada kami untuk bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

2-Seorang kawan arab abi yang merupakan pemandu teksi,menceritakan pada suatu hari seorang budak lelaki menahan teksi beliau.Pada waktu itu sudah hampir masuk maghrib,dan dia ingin segera pulang ke rumah untuk berbuka puasa( ketika itu bulan Ramadhan).Dinamakan Muhammad,budak lelaki tersebut.

Muhamaad menahan teksi ..dan pemandu teksi bertanya mahu ke mana.JIka sehaluan dengan jalan pulang ke rumahnya,dia akan ambil budak lelaki tersebut.Muhammad memberitahu dia baru sampai dari Syria,dan ingin menuju ke kawasan pelarian di Irbid ini.

Atas dasar perasaaan kesian dan ingin membantu Muhammad,akhirnya pemandu teksi tersebut menghantar Muhammadi itu ke kawasan pelarian yang terdekat.Dalam perjalanan,Muhammad bercerita,ibunya meminta dia melarikan diri ke Jordan,bukan atas dasar takut dibunuh,namun atas dasar menyelamatkan diri dan akan pulang membebaskan Syria suatu hari nanti.

Apabila Muhammad sampai ke kawasan tersebut,makan pemandu teksi inipun berlalu tanpa meminta sebarang bayaran,akan tetapi,tidak samapi seminit,terlihat kelibat Muhammad memanggil kembali pemandi terksi tersebut.Malah dia mengejar teksi yang sudah bergerak sedikit.

Atas alasan ingin membayar harga teksi tersebut semata2.Terkelu lidah pemandu teksi.
 Allah..Allah...Allah...

 




No comments: