Pages

Saturday, December 10, 2011

Tomato.

Bismillah Walhamdulillah..

Hari ini ummi nak komen sikit tentang video di bawah.
Pada mulanya ummi tengok cerita tomato ini bersama anak-anak ummi.
Alhamdulillah,mereka menghayati dan terpegun di hadapan skrin.
Allahu Akbar,komen yang keluar dari mulut mereka...

"Baguslah abang2 ni,gaduh sekejap jer,pastu terus baik siap bersalam2 lagi-Faqeh.
"Jannah dan Faqeh kalu gaduhpun akan salam bila sudah baik.Tapi kan ummi,budak arab,kawan2 Jannah tak nakpun salam dengan Jannah kalau gaduh dengan kita."-Jannah.
"Fasehpun salam juga dengan A-ah kalu gaduh dengan dia.Tapi dia selalu tak nak salam dengan Faseh.''-Faseh.

Allahu Akbar,pemikiran anak2.Cerita yang pendek,tapi memberi kesan mendalam kepada mereka yang menontonnya.
Tahniah diucapkan kepada adik2 yang berada di bumi Beijing,China ini.

Ummi buka blog mereka di sini...sungguh2 teruja melihat gambar2 yang diambil di China.
Segala puji selayaknya dikembalikan kepada Tuan yang memberikan ilham dan kesungguhan kepada mereka.Itulah Allah..

Ummi lihat ramai yang share cerita ini di fb masing2.Alhamdulillah.Ini merupakan rantaian dakwah.Insya Allah ..semoga dengan adanya usaha sebegini,dakwah untuk mengajak kepada kebaikan akan berterusan,amin!
Semoga pahala akan terus mengalir kepada mereka yang ada memberi saham dalam cerita ini.Ganjaran sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak,insya Allah.

Ummi amat suka tengok suasana di China.Dengan menggunakan basikal.Allahu Akbar..suka!
Tempat rumah sewa mereka berbilik2.Ada pemanas gas,sama seperti di Jordan.
Tempat mereka amat2lah bersih.Di jordan?Allahu A'lam.
Suka tengok mereka makan di bawah pokok ketika musim luruh.Siap berpiknik lagi!

Banyaknya ulasan ummi.Hm..amat2 teruja sebenarnya...Yerlah mereka berada di negara China...namun,alhamdulillah,nilai2 agama tebal dalam diri mereka.Semoga Allah memberi kekuatan dankeupayaan kepada mereka generasi muda ini untuk teruskan usaha murni mereka ini..amin!

Tajuknya tomato.Sungguh simbolik.
Di Jordan tomato disebut bandurah.
Bermula dari tomato,kisah ini bermula...
hayati bersama..







Ulasan ummi ini..
Allahu Akbar...Indah sungguh ukhuwah itu..
Semoga kita semua diberkati Allah dunia akhirat,amin! Sungguh bersyukur di atas ukhuwah yang terbina antara kita semua.
Semoga ukhuwah ini akan terus berkekalan,amin!

Tontoni filem pendek ini.Insya Allah,banyak manfaatnya.
Di saat kemarahan melanda..
ayat Quran mampu melembutkan hati yang 'kepanasan'.

Translate oleh Kak Aizah,

لله أكبر الله أكبر..ما أحلى تلك الأخوة..
عسى الله أن يباركنا جميعا في الدنيا والأخرة، أمين. أشكر الله على ما حصل بيننا من المودة والمحبة،
وأسأل الله أن يرعاها إلى اما لا نهاية، أمين.
شاهدوا هذا العرض المختصر فتجدوا فيه عبرة عميقة،
فالقرأن الكريم شافي للغضب..

Petikan dari Ayat AlQuran:

[133]
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

[134]
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

[135]
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

[136]
Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Ali-Imran:3:133-136

No comments: