Bismillah Walhamdulillah..
Tanggal 7 November 2011 .
bersamaan hari raya haji kedua..
Menyaksikan seorang hamba Allah
telah lebih disayangi oleh Ilahi
Melebihi sayangnya kaum keluarga pada dirinya..
Maka..
Allah telah memanggilnya pergi..
Pergi yang tidak akan kembali lagi...
Allahu Akbar!
Ayah...
Tiada kalam yang mampu diluahkan..
Hanya doa mampu dihulurkan dari kejauhan..
Anak menantummu dan cucumu
yang jauh beribu2 batu di perantauan..
hanya mampu menatap di skrin
memandang sekujur tubuhmu yang bersalut kain putih..
seputih hatimu ayah...
Allahu Akbar!
Allah Maha Besar..
Allah lebih sayangkan dirimu..
Berehatlah..
Bertenanglah ..
dari kesibukan dunia ini..
Ayah..
Sungguh pemergianmu ditangisi ramai..
Semua terasa kehilanganmu..
Allahu Akbar..
Kami di sini tidak dapat mengucup wajahmu
Tidak dapat menatap wajah tenangmu..
Tidak dapat merasai kehangatan suasana kepiluan itu..
Di saat2 terakhir sebelum wajahmu ditutupi selimut putih..
Hanya deraian air mata..
dan juga doa diiringi..
Agar ayah tenang di sana..
dan juga ditempatkan di kalangan
orang2 yang bertaqwa..amin!
Allahu Akbar..
Berat sungguh ujian ini...
Mati itu satu kepastian..
Mati itu akan datang ..
Tidak mengenal usia..
Ayah..
Segala kenangan bersamamu..
Pastinya kami simpan sebaik2nya..
Segala amanah ajaranmu .
Akan kami hadamkan sebaiknya..
Ayah..
panggilan Tuhan telah kau sambut..
Bagaimana pula dengan giliran kami pula?
Allahu Akbar!!!
Al-Fatihah...
Dari Ibnu Omar r.a bahawa Nabi SAW pernah ditanya :
" Siapakah orang yang bijak wahai Nabi?"
Nabi SAW menjawab :
"Orang yang paling bijak ialah orang yang paling banyak mengingati mati
dan paling bersedia untuk menghadapinya."
(HR : Ibnu Majah)
Sebelum Terlena
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com
Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri
Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu
Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini
Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri
Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi
Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku
Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi
Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi
Disepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu
Mati- Hijjaz. Sumber dari sini.
Sampailah Waktu Ajalkan Datang
Malaikat Maut Segera Menjelang
Di Cabut Nyawa Tiada Terbilang
Sakit Terasa Bukan Ke Palang 2x
Sampailah Waktu Ajalkan Datang
Malaikat Maut Segera Menjelang
Di Cabut Nyawa Tiada Terbilang
Sakit Terasa Bukan Ke Palang 2x
Mati Itu Terlalu Sakit
Di Dalam Kubur Terlalu Sempit
Ular Dan Kala Datang Menggigit
Papan Dan Bumi Pula Menghimpit 2x
Masuklah Mayat Ke Dalam Bumi
Munkar Dan Nakir Tanyakan Diri
Tiada Terjawab Amalan Sendiri
Dipukul Malaikat Ke Dasar Bumi 2x
Sampailah Waktu Ajalkan Datang
Malaikat Maut Segera Menjelang
Di Cabut Nyawa Tiada Terbilang
Sakit Terasa Bukan Ke Palang 2x
Setelah Di Kubur Baru Menyesal
Teringat Diri Membuat Dosa
Teringat Diri Tiada Beramal
Tak Mungkin Lagi Pulang Ke Dunia 2x
Mati Itu Terlalu Lazat
Bagi Shuhadah Di Medan Jihad
Olehlah Itu Wahai Sahabat
Iman Di Dada Perlu Di Tingkat 2x
Sampailah Waktu Ajalkan Datang
Malaikat Maut Segera Menjelang
Di Cabut Nyawa Tiada Terbilang
Sakit Terasa Bukan Ke Palang 2x
Selamat Tinggal Dunia
Album :
Munsyid : Suhaimi
http://liriknasyid.com
Selamat tinggal pada dunia
Sejahteralah aku disamping-Nya
Selamat tinggal pada semua
Semoga berjumpa di sana
Kenangan dan harapan
Jangan dipersiakan
Bakarlah setanggi jiruskan bidara
Pasakkan nisan rindu
Dipusaraku
Dan cukuplah kematian
Jadi satu pengajaran
Bukan tangisan
Bukan ratapan
Darimu yang ku harapkan
Tapi lafaz keikhlasan
Doa tulus berpanjangan
Semaikan taqwa
Leraikan dosa dosa
Yang merantai jiwa
Tapi seluruh indra
Perlu insaf dan sedar
Semaikan taqwa
Leraikan dosa dosa
Yang merantai jiwa
Duhai insan
Dengarlah sedarlah
Kembali segera
Pada RedhaNya
Mohonlah keampunanNya
Kematianku ini
Suatu tanda
Hidupmu hanya sementara...
13 November 2011..
6 hari sudah ayah tiada..
18 hari ayah terlantar..Allah lebih menyayanginya..
Semalam abi mimpi jumpa ayah!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
11 degree-amat sejuk!
12.42 a.m
Irbid, Jordan
4 comments:
DariNya kita datang kepadaNya ita dikembalikan.. Moga rohnya dicucuri rahmat dengan peninggalan anak2 yang soleh.. amin
Moga Zaid dan Izma tabah dengan dugaan ini...Sesungguhnya...Mati itu pasti....
umidanish:aamin!
kak ninie:terimakasih kak!semoga kita semua tabah menghadapi hidup yang penuh mencabar ini!amin!
Post a Comment