Bismillah Walhamdulillah.
Diari Anugerah Terindah..
Minggu pertama ( 18 Mei - 21 Mei 2011 )
Balik ke rumah.Katil diletakkan di ruang tamu no 2.
Kami anak beranak tidur di luar semuanya.
Baby Faheem ditahnikkan oleh Syeikh Ismail.
RAGAM ANAK2
Faseh meragam pada mulanya mahu tidur bersama umminya.Dia merajuk setelah permintaannya ditolak.Akhirnya dia ambil bantak dan selimutnya tidur di bawah katil ummi.Kesian anak ummi. Abi angkat tidurkan bersama abi,namun dia terkejut tengah malam sambil menangis bertanyakan siapa yang angkat dia..Ummi terharu melihat gelagat dia..
Hari yang lainnya dia bertanya .."macamana baby keluar ummi?
Nanti kalu bb ni besar, dia masuk balik tak dalam perut ummi?soalan kanak2 nih..
Soalan dari Faqeh.."Ummi tak sembahnyang nih nanti masuk api neraka tak?"Dia pelik tengok hanya abi dia yang bersolat tanpa ummi..
Soalan dari Faqeh.."Ummi tak sembahnyang nih nanti masuk api neraka tak?"Dia pelik tengok hanya abi dia yang bersolat tanpa ummi..
Alhamdulillah hujung minggunya 21.5.2011 Mak Adah ( adik ke5 ummi) selamat diijabkabulkan dengan pasangannya.Alhamdulillah.Semoga berbahagia bercinta hingga ke Syurga,amin!
Pada mulanya merancang untuk berwebcam ketika akad nikahnya..namun tidak berkesempatan.Masa tidak mengizinkan.Hanya sekadar ucapan dan doa dikirimkan.
Selamat Pengantin Baru Mak Adah dan Ust Kamal!
Minggu ke 2 ( 22 Mei - 28 Mei 2011).
3 hari air tiada di bangunan kami.
Namun,alhamdulillah stok simpanan air kami ada.
Ummi ke Amman untuk urusan pasport baby Faheem.
Kami sewa kereta,ummi berehat di rumah Kak Pah.
PENGORBANAN SEORANG SUAMI.
Selepas ummi bersalin,abi perlu menghadapi 2 peperiksaan lagi.Di samping pengurusan rumah semuanya di bawah kawalan abi.Kadang2 kesian juga tengok abi,namun alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.
Anak2 masih bersekolah pada minggu ini.Abi perlu bangun awal untuk menguruskan anak2 dan juga sarapannya.Ummi masih belum kuat untuk menguruskan semuanya.Baby Faheem juga perlukan perhatian ummi.
Di samping pengurusan rumah dan anak2,abi juga perlu mandikan ummi dengan air serum dan lumurkan badan ummi dengan param!!!Hehe..kalau kat Malaysia tak berkesempatan nak suruh abi buat nih.Ummi bertungku menggunakan tungku elektrik.Alhamdulillah mudah sikit urusannya.Dan tungku tersebut ummi boleh buat sendiri pada badan ummi.
Mandikan baby Faheem juga..
Mandikan baby Faheem juga..
Makan minum abi juga terpaksa diuruskan sendiri.Kadang2 tiada idea memasak,abi beli di kedai jer.Tapi anak2 suka makan dan minum di bawah pengurusan abi.Apabila ditanya..siapa yang sedap masak,abi ke ummi?Mereka jawab dua2 sedap masak!hehe..
Abi dah pandai masak lauk nasi kat anak2.Yang abi pandai masak sup ayam!Memang sedap abi masak.Pastu perlu masak ikan stim untuk ummi dan juga sup sayur.Alhamdulillah ..memang cekap abi buat kerja2 dapur nih.
Dalam masa yang sama,abi perlu ke Amman untuk pengurusan iqomah.Ummi juga ke Amman pada hari ke 6 usia baby Faheem untuk membuat pasportnya.Kena bawa bayi..dan ibunya ikut sekalilah.Alhamdulillah berehat di rumah Kak Pah.
UKHUWAH TERJALIN!
Kaum2 ibu di sni melakukan penggiliran untuk memasak lauk berpantang ummi.Adik2 CI juga tidak ketinggalan turut membantu.Jazakumullahu Khoiran Kathiro...
Alhamdulillah beginilah hidup di perantauan jauh dari keluarga..namun adanya sahabat handai di perantauan ..ukhuwah terasa sungguh indah!
Ramai pelajar syabab dan akhowat yang datang silih berganti menziarahi ummi dan Faheem.Alhamdulillah murah rezeki Faheem ..banyak hadiah dan buahtangan.Terimakasih semuanya.
Minggu ke 3 ( 29 Mei - 4 Jun 2011.)
Alhamdulillah tali pusat baby Faheem dan tercabut.
Mudah sikit urusan abi hendak memandikan baby.
Baby Faheem ke klinik untuk cucuk BCG.
KIRIMAN MALAYSIA.
Alhamdulillah barangan kiriman ubat2an dari Malaysia sampai.Dikirim melalui keluarga dari Temerloh yang ingan datang menunaikan umrah di sini.Terimakasih Saerah dan keluarga!
Gembira anak2 menerima buahtangan dari Malaysia.
Barang2 kiriman melalui kawan Makteh juga sampai.Terimakasih Maryam!Alhamdulillah,bersarung tangan dan bersarung kakilah baby Faheem .Baru sesuai dengan baby Faheem sarung tangan san sarung kakinya.Kat Jordan ada juga dijual,tapi tidak sesuai utk baby Malizi..sebab besar sangat!Baby Jordan semuanya besar2..paling kecik mesti 3.5 kg ke atas masa mula2 lahir.
FAQEH KENA CHICKEN POX.
Hampir 2 minggu Faqeh kena demam campak nih.Larangan keras daripada mendekati adiknya..takut berjangkit.Tapi si Faqeh ni tak makan saman..suka duduk dekat2 dengan adik Faheem.Sabar jerlah.
Minggu ke 4 ( 5 Jun - 11 Jun 2011 ).
SELAMAT BERGRADUASI ADIK2.
Alhamdulillah adik2 Yarmouk selamat bergraduasi pada minggu ini.Sekalung tahniah dari kami sekeluarga.Apabila tiba masanya nanti,adik2 ini akan pulang ke Malaysia meneruskan perjuangan di sana pula.Di Malaysia nantilah medan sebenarnya.Kutiplah sebanyak mana mutiara2 ilmu sementara adik2 masih di sini.Terasa sayu melihat mereka sudah habis belajar.
Bermacam2 perasaaan yang datang menerpa...hm..
Bermacam2 perasaaan yang datang menerpa...hm..
FAHEEM BOTAK!!!
Alhamdulillah minggu ini abi membotakkan kepala Faheem.Memakan masa hampir 2 jam.Baby tidak banyak karenah,alhamdulillah memudahkan urusan abi.Malamnya setelah dibotakkan,baby tidur dengan lenanya..
Minggu ke 5.( 12 Jun - 18 Jun 2011.)
Abi sudah mula kelas musim panasnya.Maka bergandalah kepenatan abi sekarang. Namun,alhamdulillah semuanya dapat diuruskan dengan baik oleh abi.
DETIK2 INDAH BERSAMA ACIK2 CI.
Hari Keluarga Anak2 Pahang.Pelbagai aktiviti diadakan.Jannah dan Faqeh ikut program pada siangnya , sukan di Yarmouk.Anak2 ummi bawa roller blade.Balik dari program,suka sangat kerana dapat banyak gula2.Kak Jannah pula panas sikit badannya,namun malam sudah baik.
Gembira anak2 ummi bersama acik2 ..kenangan sebelum mereka pulang ke Malysia.
Malamnya pula diadakan Makan Malam bertemakan pakaian tradisional.Bersemangat Faqeh pakai baju melayu dan bersampin,Kak Jannah pula berbaju kurung dan bertudung.Melaram habis mereka. Balik jer,mereka dapat hamper makanan dan mug satu sorang.Gembira yang amat2 sangat.
Alhamdulillah..ukhuwah itu indah ..bertemu berpisah keranaNYa..
Minggu ke 6. ( 19 Jun 25 Jun 2011.)
Kak Jannah dan FAseh kena demam campak.
Faqeh sudah pulih,alhamdulillah.
Sekarang berjangkit ke Jannah dan Faseh pula.
Baby Faheem sudah mahu berenjut ketika hendak tidur
.Kami pinjam dari Kak Da buaian baby tuh.PInjam yer Kak Da.
Katil ummi sudah dialih ke dalam bilik.Back to normal!
Rutin kehidupan biasa perlu dilakukan perlahan2.
Namun ummi belum pulih sepenuhnya lagi.
Ain dan keluarga datang membawa kiriman dari Tok Ma dan Tok Abah.Syukran!
Minggu ke 7 ( 26 Jun hingga sekarang!)
Faqeh start kelas Markaz Quran.Kak Jannah belum start lagi.
Pada mulanya Faseh juga didaftarkan.Namun,setiap hari pukul 10 - 11 baru dia bangun tidur.
Akhirnya abi batalkan pendaftaran Faseh.Tunggulah tahun depan kita belajar yer Faseh.
Anak2 bercuti selama tiga bulan untuk cuti musim panas.Kami ambil kesempatan untuk menghantar mereka menghafaz Quran bagi mengisi masa lapang mereka.Semoga anak2 ummi menghafaz Quran dengan elok dan lancar,amin!
Oklah...berakhirnya sudah siri
ANUGERAH TERINDAH!!!
Alhamdulillah setelah 44 hari berpantang..
akhirnya..
ummi mampu menukilkan segala2nya di sini..
Semoga apa yang dinukilkan ada manfaatnya..
amin!
3 comments:
Alhamdlillah.. ummi dah makin sihat.. :-)
alhamdulillah..mg bertambah sihat lagi..amin!
wah! compact punya diari ni~ ^_^
tak berkesempatan lagi jumpa baby faheem.. bila la ye..
Post a Comment