Bismillah Walhamdulillah..
Beberapa hari yang lalu dunia digemparkan dengan tsunami di Jepun.Subhanallah..sungguh menggerunkan melihat gambar dan video di internet...Beberapa keping gambar ummi ambik dari google..
subhanallah..tanda kekuasaan dari Allah.. |
kiamat sudah hampir... |
apakah persediaan kita menghadapi semua ini?.. |
Ya Allah..berikan kekuatan kepada mereka yang ditimpa bencana ini.. |
Ini video dari youtube..
Ulasan Ust Nor Amin ada di sini..
Ketika heboh revolusi berlaku di Mesir ..Di Jordan juga tidak terlepas.Perasaan kami yang berada di sini..tidak dapat digambarkan.Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gerunnya jika benar2 terjadi di Jordan.Itu baru terkena tempias..belum benar2 terjadi...
Ya Allah..selamatkan kami dari bencanaMu ini...
Jangan kami diuji dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi...
Namun ummi amat terkesan dengan ulasan Ustaz Saiful Islam..
Boleh dibaca di sini.
tsunami dijadikan gurauan... *updated.. Kartun yang mendapat kontroversi hebat di Malaysia mahupun antarabangsa.. sehingga dikeluarkan di CNN iReport. |
Namun..dengan segera Berita Harian memohon maaf...
Berita Harian mohon maaf
MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu.
Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Berita Harian mohon maaf
2011/03/14
MERUJUK kepada ilustrasi mengenai tragedi tsunami di Jepun yang mencetuskan kontroversi dalam Berita Minggu semalam, kami ingin menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk mempersenda atau menunjukkan sikap kurang prihatin terhadap peristiwa yang berlaku Jumaat lalu. Malah kami juga tidak bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memburukkan keadaan di negara berkenaan.
Kami mendapat banyak reaksi berhubung ilustrasi itu menerusi laman sosial dan panggilan telefon daripada orang ramai yang prihatin mengenai nasib rakyat Jepun.
Kami sensitif dengan tragedi yang menimpa rakyat Jepun, malah turut melancarkan Tabung Bencana NSTP-Media Prima untuk menggalakkan masyarakat menyumbang bagi meringankan beban mangsa bencana. Kami turut menghantar wartawan ke tempat kejadian bagi membolehkan mereka melaporkan situasi sebenar tragedi. Kami berasa sedih dengan kesengsaraan rakyat Jepun yang kehilangan keluarga dan harta benda. Pelukis ilustrasi kami turut meminta maaf atas lakaran yang menimbulkan kontroversi.
Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG
Kami amat simpati dengan kejadian terbabit dan sekali lagi memohon maaf atas rasa kurang senang yang timbul berikutan penerbitan ilustrasi itu. – PENGARANG
Pepatah melayu ada mengatakan...
"Terlajak perahu boleh diundur..
Terlajak kata dan perbuatan ...buruk padahnya..."
..Maka sentiasalah kita beringat atas setiap perkataan dan perbuatan yang kita lakukan..
Tsunami ini juga dikaitkan dengan tanda kiamat kecil.
Seperti ulasan Ummu Amar di sini.
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.Al-Baqara [2:30] |
No comments:
Post a Comment