Pages

Friday, March 11, 2011

Ahlan Wasahlan ya robee' ( spring)..


Bismillah Walhamdulillah...

Alhamdulillah..cuaca bertukar menjadi agak panas..pokok2 pun dah banyak yang mengeluarkan bunga...
Hari ini pula..sudah 2 hari hujan turun ..Sebelum ini..cuaca agak cerah..

Perubahan musim yang sekejap panas sekejap sejuk membuatkan anak2 ummi mudah selesema dan batuk2..Terutamanya Faqeh..Beberapa hari lepas tidak ke sekolah,kerana batuk2.

Musim robee',musim bunga ini..banyak pokok2 yang sebelum ini tidur sementara di musim sejuk akan bangun dan mengeluarkan buah seperti sedia kala..
Subhanallah...
"ummi,nampak tak peace faqeh ni?"

burtuqol(limau) dan faraulah (stoberi) yang laziz..(sedap!)

Minggu lepas ,Ummu Qusoi mengajak ummi ke rumah jiran kami,Ummu Rayyan yang sakit. Alhamdulillah..berpeluang menziarahi orang sakit...

SYAFAKILLAH..-semoga Allah sembuhkan kamu
SALAMATIK..-Semoga kamu selamat
ALLAH MAAK...- Allah bersama kamu.
INSYA ALLAH KHEIR....- Dengan izin Allah,semuanya baik..

Antara ucapan yang diucapkan kepada orang sakit.
Ummi teringat ketika Faqeh jatuh dari bangunan kami yang lalu, Ummu Rayyan dan anaknya datang menziarahi ummi..dia berikan firasy (bantal untuk duduk) kepada kami sekeluarga.Sangat baik mereka..

Alhamdulillah...terasa tenang memandang wajah nya..
Duduk di bawah cahaya matahari dan di kelilingi kebun2 pokok buah2an dan bunga2an..
memang menyegarkan..
Ummu Rayyan menghidap penyakit cancer dalam kepala.
Dijaga oleh anak2 nya.Sungguh menenangkan hati memandangnya...
Ketika ummi sampai..dia duduk dikerusi..sambil memegang tasbih...dan memakai baju yang ummi jahitkan bawahnya...suka tengok..Subhanallah,Masya Allah!!!!

Sungguh kehidupan kita di dunia ini kadangkala di atas dan kadangkala di bawah..
kadang2 sihat..kadang2 sakit...
Semuanya diberikan kepada kita untuk melihat tahap kesyukuran kita...
Bersesuaian dengan firman Allah...




(Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya) dan Dia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian samada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman. Ar-Room [30:37]

gembiranya...masih sejuk lg walaupun mentari mucul..


subhanallah..awan yang indah,pucuk yang baru ingin tumbuh setelah musim sejuk.
Subhanallah....indah sungguh ciptaan Allah..

Ahlan ya robee'.( spring -musim bunga..)


bunga yang cantik,masya Allah..

alhamdulillah..tercapai juga impian nak tangkap gambar dari jarak yang dekat bunga ini.

Faqeh bergaya dengan pokok inab (anggur) yang 'mati sementara'..musim panas nanti dia akan hidup semula..begitu juga pokok tuffah (epal), rumman ( delima) , tuut (blackberry)...musim panas nanti hidup semula..SUBHANALLAH!

gembira sangat faseh dapat berjalan kat rumah jiran kami nih..

Ummu Rayyan yang dipapah oleh anaknya untuk mengambil wudhuk,tunai solat zuhur..walaupun sakit,solat tidak dilupakan..'Allah Ma'ak..-Allah bersama kamu.





  Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
Al-Anaam [6:99]




2 comments:

niey said...

salam kak izma...ya ALLAH rindunya pd akk n anak2...rindu juga pd jordan! serius entry nie buat sy rasa dekat sgt ngn jordan..hehe

kirim salam pada keluarga..doakan kami kat msia nie, -doa orng bermusafir insyaALLAH dimaqbulkan-

ummu faqeh said...

wslm dik...

Insya Allah jika panjang umur ada jodoh pertemuan..kita akan berjumpa juga di Malaysia nanti..

Insya Allah..mg Allah mudahkan semua urusan kita untuk berbahagia di dunia dan akhirat,amin!