Pages

Tuesday, March 16, 2010

ALHAMDULILLAH..AKHIRNYA!!!

Bismillah Wal Hamdulillah..

Jam menunjukkan 3.40 petang, suhu sekarang menjunam ke 13 degree.Kembali sejuk!Tappi cahaya matahri bersinar2.Angin kuat yang amat sangat.Ummi dah naik risau dah nih..semua baju2 sejuk dah selamat masuk dalam beg.Nak simpan dah, guna musim syita' akan datang.Berdoa agar syita' ini akan berakhir.Hubby pernah bertanya pada pemandu teksi beberapa hari lepas, adakah syita' akan berakhir?Nak tahu apa jawapannya?...Mungkin salji akan turun semula kali ini..sabar jerlah dengan jawapannya..

apa ummi nak cerita kali ni yer..

ok..kita tengok gambar dulu..ummi nak makan dengan anak2 sekejap..Malam nanti ummi sambung semula..



Segala cerita ini bermula apabila my hubby dipanggil ke Mukhobaraat ( macam Bukit Amman di Malaysia ).Di panggil sebab apa ?Hentahlah...dikatakan hendak berkenalan dengan lebih lanjut ..tetapi soalan macam memaksa orang ....tak bestlah nak cerita..apapun ia cukup mengganggu emosi dan keadaan ummi sekeluarga...


inilah surat yang hubby dapat untuk pergi ke Wizarah Ad - Dakhiliyah ( Kementerian Dalam Negeri ).Suratnya bertarikh 11.9.2009, tapi hubby terima pada 26.12.2009.Punyalah lambat sampai surat sampai.


ok..setelah pulang dari tempat tersebut..bermulalah episod yang meletihkan jasmani seorang pelajar PhD ( diselang seli dengan kelas dan juga assignment ) dan juga seorang bapa mithali.. ( nak juga bermain2 dengan anak2..esp..roller blade! ).
Boleh dikatakan selang dua minggu my hubby ke Amman..( Bukannya dekat Irbid dengan Amman ni..hampir 2 jam perjalanan..) Bermacam2 karenah dan birokrasi apabila berurusan dengan pihak pengurusan di Jordan ini.Lepas satu, satu birokrasi yang ditempuh oleh my hubby.

Kemuncaknya ..yang paling tidak tahan..pada 25.2.10...kali terakhir hubby ke sana..hampir menitis air mata dibuat dek karenah arab yang bermacam2 perangai nih.. bengong punyer arab!..ni ayat hubby yang dah tak tahan dengan pelabagai karenah mereka..astaghfirullahal Azim..Semua yang  berlaku..pastinya tersirat 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat..Hanya Allah sahaja Yang Maha Mengetahui..

Kami berpegang teguh dengan firman Allah ini..

Kalau kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan, maka yang demikian) menyakitkan hati mereka dan jika kamu ditimpa bencana, mereka bergembira dengannya. Dan kalau kamu sabar dan bertakwa, (maka) tipu daya mereka tidak akan membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan. Aal-e-Imran [3:120].

dan juga ini..

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)? Aal-e-Imran [3:142]

Kami redha dan bersyukur di atas ujian yang Allah berikan kepada kami sekeluarga ini..Ramai juga yang menolong hubby dalam proses untuk mendapatkan Iqomah ( Status mustautin ) ini..Semoga Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian..

dan akhirnya..alhamdulillah..pada 16 Mac 2010..setelah 7 bulan kami di bumi Jordan ini.. ALHAMDULILLAH.. dikurniakan Iqomah ..Syukur pada Mu Ya Allah!

Dan Dialah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya) atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu). Al-Furqan [25:62]

inilah hasilnya..



my hubby..



Kak Jannah..



abang faqeh...



adik faseh...

ummi dia?ha..kena ngelat ( kata acik fidza dan acik ika..)..."Biarlah Rahsia"..Muka ummi tak bertukar jadi macam orang arab lagi..jangan risau! ( * _* )..



hm..ghoramah ( denda ) yang dikenakan 9 JD seorang..yang wajib kena bayar 30 JD..
jadi setiap seorang 39 JD.

Semuanya...39 JD x 5 orang = 195 JD ( RM 975 )..

Alhamdulillah...akhirnya!!!!
Inilah suka duka hidup di perantauan....
JAUHARI JUA MENGENAL MANIKAM!!

Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. At-Taghabun [64:11]







4 comments:

zaid mmy :) said...

alhamdulillah....semoga allah sentiasa memberikan kemudahan dalam segala urusan...setiap yg berlaku insyaAllah ada hikmahnya...Allahuakbar!

desperate mama said...

uiks.. ummi main cengkelat... gambar sendiri tutup baek punya... tak aci taw...

Aznika said...

ha ah la Izma, ngelat..tayang muka yg lain, muka sendiri sorok =)

ummu faqeh said...

ammu ziad-syukran ..Allah Maha Berkuasa!

Acik fidza- tak per..jgn risau muka ummi tak bertukar jadi minah arab lagi taw!

Acik ika-muka sendiri kena sorok.. "Biarlah Rahsia"!

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!