Pages

Wednesday, November 4, 2009

Ismi Asiah Awatiff

Assalamualaikum.Jam 1.56 pagi.Cuaca , uish jangan cakaplah.Nak taip nipun terketar2 sejuknya.Abi tak beli lagi sobah(pemanas) kat dalam bilik ni.Ummi dah bertukar jadi blogerz dah.Siang tadi baby sitter!

ok,ismi Asiah Awatif.Umur saya dah masuk 4 bulan.Saya dilahirkan di Irbid, Jordan.Ummi abi saya bakal seorang doktor.Dua2 doktor nanti,dan sayapun nak jadi doktor nanti, hehe.

Ok, saya nak cerita ttg pengalaman saya duk kat dalm perut ummi saya.Seronok duduk dalam perut ummi, siap boleh dengar macam2.Ummi tipa2 hari ada kuliah di University Yarmourk.Kiranya saya dalam perut ummi dah masuk university dah.

Pastu bila saya keluar jer, saya keluar ikut 'tingkap' perut ummi.'Pintu' ada tapi tak muat.Berat saya 4.5 kilo jer.hehe, besar ker?

Ummi cerita kat saya, masa ummi kecik dulu, ummipun ditinggalkan di rumah2 kawan2 ummi yang bujang.Ibu ummi belajar di London dulu.Kiranya Datuk dan Nenek saya juga belajar dulu.Abi dan ummi seorang yang mempunyai matlamat dan perancangan hidup.Mereka akan belajar selama 6 tahun di Jordan ni, dan akan bekerja keras 2 tahun selepas balik ke Malaysia.Jadi kalu masa tuh baru nak kahwin dan nak dapat anak, memang dah tua katanya.Itu sebab saya dilahirkan pada waktu sekarang,hehe.

Bila ummi start kelas, saya mula2 dihantar ke rumah kawan ummi.Namanya acik Dah.Ada 2 orang kawan saya, Wafa' dan Dhiya'.Seronok main kat sana.Tapi lama2 saya tengok acik Dah dah tak berapa sihat, asyik muntah jer.Katanya dhiya' nak dapat adik.Jadiknya cepat sangatlah badi saya ni melekat kat acik Dah kan?hehe.

Pastu ummi kesian sangat kat Acik Dah tak larat sangat nak jaga saya.Jadi ummi minta pertolongan acik Izma jagakan saya,alhamdulillah ..dan akhirnya saya berada di sini...Nanti badi saya nak bagi kat acik Izma jugak ker?hehe.seronok duk at sini, dapat main dengan upin dan ipin dan juga kak ros.Kak ros ni garang sangat dan selalu jaga saya.Tapi saya dengar orang panggil Kak Jannah!

Saya suka tidur musim syita' ni.Tapi duk umah acik ni, kadang2 saya terjaga.Ada orang cakap kuat sangat dankadang2 ada gak saya dengar suara budak nangis dan bergaduh.Tapi kalau saya ngantuk sangat, tak kira dah semua tuh.Tidur lagi sedap!




ini saya masa mula2 sampai kat umah acik nih.6 lapis saya pakai baju,sejuk sangat kat luar sana.



ok, dah boleh bukak topi sikit..


Apa yang bising sangat tuh?duk cari suara orang gaduh!amacam anting2 saya, cantik tak?saya dah pakai masa kat hospital lagi.Tak sakitpun, macam gigit semut jer.

oklah itulah cerita saya pada hari pertama, hari lain nanti saya sambung semula yer.



6 comments:

Anonymous said...

alahai, cutenye...mata bukan main bulat.

ambrynaa said...

jauhnya merantau..sedapnya nama anak :)
salam perkenalan.

ummu faqeh said...

memang bulat sangat matanya.geram tengok!

ummu faqeh said...

salam perantauan san salam perkenalan Pn. Zalina dan En. Ambry.Anak2 puan juga comel juga.3 orang puteri.

Asiah Awatiff said...

Time kaseh Acik Izma sbb sudi jaga Asiah ^_^ Seronok Asiah kawan dgn Upin, Ipin & Kak Ros, huhu..

ummu faqeh said...

sama2 ummi asiah .insya Allah kami cuba jaga bb asiah ni baik2.