Pages

Thursday, November 12, 2009

abi, sakit abi!

assalamualaikum..jam menunjukkan 11 malam.cuaca malam ni 17 darjah celcius.Agak panas dan tak berapa sejuk..anak2 semuanya dah tidur.Adik faseh demam, tak berapa sihat badannya..cuaca tak menentu saat ini, kejap panas sangat dan kejap sejuk sangat.

sudah beberapa hari ummi tak menulis di blog kesayangan ummi nih.Nak kata sibuk, macam tak sibuk, nak kata tak sibuk, sebenarnya sibuk!hehe.

Minggu lepas, 6.11.09, abi mencukur kepala faqeh dan faseh.Pada mulanya faqeh mengadu sakit..tapi kami sangkakan dia buat2 sakit, sebelum pada ini dia selalu payah kalu nak cukur kepalanya.Beberapa ketika dia semakin kuat mengadu sakit...Tapi abi meneruskan jugak untuk membotakkan kepalanya.Sudah separuh botak, takkan nak stop separuh botak?

selepas abg faqeh, giliran adik faseh pulak, dia maintain jer, walaupun pada mulanya agak sakit jugak.Tapi setelah diberi perangsang , adik ok jer.

Dan tibalah giliran abi yang terakhir!Ummi yang akan mencukur kepala abi tau!Baru jer sikit ummi start kat kepala abi, abi mengaduh dengan kuatnya.Sakit!Rupa2nya mata pisau mesin rambut tu dah tumpul!Ya Allah kesiannya kat anak2 kesayangan ummi..dibotakkan kepalanya dalam keadaan kesakitan.Maafkan kami wahai anak2 abi ummi!

Sebagai pengajarannya sebelum nak membotakkan kepala anak2, pastikan pisau cukurnya tajam!Dan juga buat percubaan kepada kepala sendiri dulu sebelum mencuba pada anak2 sendiri yer.


faqeh di bilik air..trauma ker tak faqeh selepas ini?


sampai tertunduk2 kepala faqeh dibuatnya.


dan........inilah 3 orang BOTAK!!!


ni abang faqeh yang dah semakin hensem dah..


ni adik faseh yang nak terbang!



2 comments:

ummutalhah said...

kami pun pernah terkena camtu...mula2 kepala abg ah,dia jerit2 sakit tapi kami wat tak tau jer..pastu kepala abg chik,dia menjerit2 gak!last2 bila kena sendiri kat kepala k.irra...tak boleh tahan sakitnya...sian gak bila pk anak2 yang jerit2 tadi...igtkan sengaja taknak botakkan kepala..rupanya memang mata dia tumpul!camner yek nak jaga mata mesen rambut ni supaya tak tumpul?sebab dah 2kali beli baru guna 2-3 kali dah tumpul...ke murah ngat?cepat tumpul?...

ummu faqeh said...

itulah kak,memang kesian kat anak2 kan.tak tahulah nak buat cmana tak nak bagi tumpul matanya.kena beli yang mahal kot.ada kawan ust zaid beli rm 200 dari malaysia, tahan jer..hehe, kami beli tak sampai rm 2o kat mydin pulak tuh..lagilah tak tahannya..dah selamat masuk tong sampah dah pun..nantilah nak cari yang lain pulak..