Pages

Saturday, May 9, 2009

Teks Pengerusi Majlis Program Mawadah

Mawaddah warahmah...
..edited...
 Bismillah Walhamdulillah...

Entry ini merupakan entry yang paling popular.
Boleh dikatakan setiap hari ada yang membacanya.
Alhamdulillah..semoga ada sahamnya untuk ummi di dunia mahupun akhirat kelak..amin!

Terimakasih kepada yang sudi mengambil manfaatnya.
Alhamdulllah dalam blog ini ada 10 contoh teks pengerusi majlis yang lain.Boleh klik di sini.


...catatan terdahulu...
alhamdulillah..
ummi diberi kesempatan menghadiri program anjuran negeri...


Di sini juga diletakkan teks pengerusi majlis yang dikarang oleh kak normayati.thanx a lot kak ma yer...

Pembuka kata

Melati kuntum tumbuh melata
Sayang merbah dipohon cemara
Assalamualaikum mulanya kata
Saya sembah pembuka bicara

Sirih junjung penyeri majlis
Seminar MAWADAH kita raikan
Selamat datang tamu ke majlis
Semoga ia mendapat keberkatan

Tuan – tuan dan puan-puan sekalian

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada puan-puan kerana dapat hadir pada hari ini. Kehadiran puan–puan sekalian amat saya sanjung kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi & sokongan padu daripada puan-puan terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan walaupun sibuk dalam menjalankan tugas seharian.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah..

Ceramah I

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian....

Majlis Seminar Mawadah kita pada hari ini akan dimulakan dengan ceramah yang pertama yang akan disampaikan oleh penceramah kita yang disegani iaitu Ustaz Hj Che Kamarudin bin Muhammad, Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Pengurusan Masjid daripada Jabatan Agama Negeri Terengganu.

Tanpa membuang masa lagi majlis dengan segala hormatnya mempersilakan penceramah kita untuk menyampaikan ceramahnya yang bertajuk ” Wanita Wadah Perjuangan.... Harapan Insan Mencipta Kegemilangan ”

Dipersilakan......

Sungguh merdu suaramu ustaz
Kata-katamu manis berunsur nasihat
Terima kasih atas setiap amanat
Semoga ia mendapat berkat

Minum pagi

Sungguh indah bunga kemboja
Di bawah atap tepi halaman
Juadah sudah terhidang di atas meja
Sudilah santap peserta sekalian

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Majlis berehat seketika untuk kita menikmati minuman pagi dan akan disambung semula pada jam 10.30 pagi.

Ceramah II

Ceramah satu sudah berlalu
Taklimat MAWADAH menyusul pula
Dipersilakan Puan Normahani kita
Dadah Durjana..... Hapuskan Segera!

Majlis dengan hormatnaya mempersilakan......

Terima kasih diucapkan kepada Puan Normahani bt Mohd Hanip Pengawai Antidadah AADK Negeri Terengganu di atas taklimat yang disampaikan sebentar tadi. Semoga para peserta dapat mengetahui serba sedikit mengenai apa yang dikatakan DADAH dan MAWADAH itu sendiri.

Bicara Hati

Para hadirin sekalian

Sekarang kita dengarkan pula kisah benar iaitu bicara hati daripada Penghuni Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Wanita Bachok, Kelantan mengenai kisah hidupnya. Semoga pendedahan yang diluahkan dapat dijadikan pengajaran kepada kita semua.

Untuk pengetahuan semua puan sudah pun tahun berada di PUSPEN Bachok. Berumur tahun dan telah mempunyai keluarga.

Tanpa membuang masa lagi saya mempersilakan puan untuk menyampaikan kisah hidupnya untuk kita semua.... dipersilakan...

Terima kasih diucapkan kepada Penghuni Pusat Pemulihan Narkotik di atas Bicara Hati tadi.

Sekali lagi perhatian para hadirin.... diminta untuk meneruskan kerjasama anda bagi upacara Majlis Perasmian Penutup yang dijangkakan bermula pada jam 12.30 tengahari. Sekian dulu sesi taklimat pada pagi ini. Saya sudahi wabillahhitaufik walhidayah wassalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh.....

Majlis Perasmian Penutup

Hadirin sekalian..... Mengumumkan ketibaan Yg Berbahagia Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid, Pengarah AADK Negeri Terengganu dengan diiringi oleh Pn.............. , Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

LAGU NEGARAKU BERKUMANDANG

Pembuka kata Majlis Penutup

Ke Pekan Kuala membeli bingka
Sayang pesanan terlupa sudah
Majlis bermula tirai dibuka
Dengan alunan madah yang indah

Indah berbalam si awan petang
Berarak dicelah pepohon ara
Pemanis kalam selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Para hadirin sekalian

Segala puji dan syukur ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang telah mengurniakan rahmatNya untuk kita dapat berkumpul dengan aman & kebahagiaan. Selawat & salam ke atas junjungan dan Rasulullah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, kaum keluarga para sahabat & pengikut2 baginda yang terbilang hingga ke akhir zaman.

Syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah dan kurnianya maka Seminar pada hari ini berlangsung dengan jayanya.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia Pn Pengarah AADK Negeri Terengganu, Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid di atas kelapangan masa untuk bersama-sama memeriahkan upacara Majlis Perasmian Penutup Mawadah pada hari ini.

Bacaan Doa

Para hadirin sekalian

Untuk keberkatan & kesejahteraan, majlis menjemput Ustaz Faizal bin Hashim, Pen Pegawai Hal Ehwal Islam AADK Neg Trg untuk menyempurnakan bacaan doa.
Dipersilakan....

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Faizal bin Hashim di atas bacaan doa itu tadi. Semoga kita semua sentiasa berada dalam limpahan kurnia & rahmat Allah S.W.T

Ucapan Aluan

Bukan rumput sebarang rumput
Rumput penghias tepi halaman
Bukan jemput sebarang jemput
Jemput memohon kata aluan

Sudilah tuan jalan berlapan
Jalan berlapan di malam kelam
Sudilah tuan beri ucapan
Kata aluan pemanis kalam

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Penolong Pengarah Pencegahan untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dengan hormatnya mempersilakan.....

Penolong Pengarah Memberi Ucapan Aluan

Terima kasih diucapkan kepada En Arzmi bin Abdullah di atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

Ucapan Perasmian

Kalau tuan pikat kenari
Jangan patahkan batang jerami
Kepada puan sembah diberi
Mohon rasmikan majlis kami

Para hadirin sekalian

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid Pengarah AADK Neg Trg untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Seminar Masyarakat Wanita Antidadah.
Dengan segala hormatnya mempersilakan.....

Pengarah Memberi Ucapan Perasmian

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan & terima kasih kepada Yg Berbahagia Puan Pengarah di atas ucapan tadi.

Penyampaian Cenderahati

Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan hormatnya menjemput Penolong Pengarah Pencegahan untuk menyampaikan cenderamata kepada Yg Berbahagia Pn Hjh Rosnani bt A. Rashid Pengarah AADK Neg Trg.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan di atas penyampaian cenderamata itu tadi.

Cenderahati diberikan

Pohon berangan tempat bertemu
Girangnya rasa si anak dara
Baliklah hadirin membawa ilmu
Binalah bangsa bangunkan negara

Bunga dedap di atas para
Anak dusun pasang pelita
Kalau tersilap tutur bicara
Jemari disusun maaf dipinta

Para hadirin sekalian

Selesailah sudah majlis kita pada hari ini. Oleh itu pihak majlis menjemput tetamu khas & jemputan serta para peserta untuk menikmati jamuan tengahari yang telah disediakan.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmayullahiwabarokatuh.


1 comment:

fifa5775 said...

tq sgt2 ye..pnjm teks kta2 aluan..sok nk g kursus kt muar..sje wat prsediaan kot trkena jd pengerusi maj.

bground

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

Ahlan wasahlan wamarhaban
Selamat Datang ..
Semoga beroleh manfaat bersama..
Semoga diredhai Allah
Dunia akhirat,amin!

TABAHKAN HATI KAMI!

MOM BLOGEERS PLANET.

Where Moms Unite

ANAKKU SAYANG!!!

pendidikan anak

AHLAN ILAL URDUN!

AHLAN ILAL URDUN!
Kenali negara Jordan!