Salam perjuangan
Bicara sufi buatmu, teman seperjuangan
Dalam dakapan waktu, menatap 1001 warna2 kehidupan,kubingkiskan salam ingatan , di kejauhan dan keterasingan ..menabur baja harapan, untuk sebuah erti perjuangan, tidak ternoktah di persimpangan…
Kasihku Fillah temanku…
Kuselusuri jalan yang berliku, bersama bingkisan kekuatan yang sempat kugapai dari kenangan perjuangan masa silam..bersamamu teman…di daerah keredhaan , mencari sebuah kecintaan …segalanya terbina di perdu kesedaran..kita bentuk kegemilangan ..dan dedaunnya adalah ketabahan…
Yang kukasihi fillah…
Cinta yang berputik di dalam nurani tersiram dengan hakikat meniti arus perjuangan ini..air mata mengekang bara kepedihan..tidak tersingkap makna kesasaran..di sebalik kejernihan …kita genggan kekalutan dan kita pendamkan sebuah kedukaan kerana perjuangan…
Kasihku fillah..
Cinta kehidupan ini, bak mutiara yang tak terlekang digenggaman ..sekali terbenam ke dasar lautan , tidak ternilai dengan sebuah pergantian ..jikapun ada mutiara yang lebih berkilauan takkan sama dengan mutiara perjuanagan ..dasarnya utuh , bentengnya kukuh..
Temanku seperjuangan..
Walau badai rasa menggertak rasa…walau taufan kejauhan membenteng sama .. eratkanlah rasa di jiwa,suburkanlah obor perjuangan ini sehingga akhirnya..takbir telah bergema di bibir mujahid .. rindunya memabawa mati dan si sama kasih kita bersemi kerana perjuangan ini selamanya pasti…..
No comments:
Post a Comment