alhamdulillah,13 mac 2009, jam sekarang menunjukkan pukul 9.45 malam..tinggal beberapa jam jer lagi broadband ini akan timeout.. entri ni aku nak letakkan teks pengerusi majlis yang aku janjikan nak letak dalam entri yang lepas.dan kalu mengikut blog stats aku, ramai yang berminat dengan teks2 pengerusi majlis nih..boleh dikatakan setiap hari ada jer yang search ttg teks pengerusi majlis nih..dan mengikut pengalaman aku yang duk search internet ttg teks pengerusi majlis, mmg payah nak jumpa, kalu jumpapun tak menepati citarasa..jadi aku amik inisistif semua koleksi teks2 pengerusi majlis aku compilekan dalam blog ni.. semoga ada manfaatnya buat sesaper yang berkenan nak menjadi pengerusi majlis...
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Hadirin hadirat yang dimuliakan, sebentar lagi, majlis kita akan dimulakan.
Diminta para hadirin mengambil tempat masing2. Kerjasama anda semua terlebih dahulu diucapkan terima kasih
Majlis akan bermula sebentar lagi.
Pohon kayu di tengah gurun,
Ditebang bersama pohon cemara,
Tradisi melayu turun temurun
Pantun dihantar pembuka bicara…
Melayang merbau di hujung muara
Bersama helang terbang ke Pekan,
Awal bismillah pembuka bicara,
Malam Tautan Kasih kita raikan…
BUTIRAN PENYAMPAIAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته dan selamat malam
Yang Berhormat Datuk Abdul Rahin B Mohd Said
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri
Yang Berhormat Dato’ Hj Mokhtar B Nong
Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu
Yang Dihormati DAto’ SAC1 Mohd Shukri Bin Dahlan
Ketua Polis Negeri Terengganu
Yang Berbahagia Profesor Mahmood Bin Nazar Mohamad
Timbalan Ketua Pengarah Operasi
Yang Berbahagia En Tanasengaran SinnaThambi
Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan
Yang Berusaha Pn Hajah Rosnani Bt A.Rashid
Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Neg Trg
Pengarah2 Bahagian,Pengarah2 Negeri, Komandan2 Pusat Serenti,
Pegawai2 Kanan AADK Malaysia,
Ketua2 Jabatan , Wakil2 Ketua Jbatan Kementerian Dalam Negeri dan Rakan2 Stategik
Serta Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian..
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Alhamdulillah,Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah rahmat dan hidayah Nya, dapat kita bersama dalam Majlis Malam Tautan Kasih ini...
Hm.. Apa khabar Izma? Alhamdulillah sihat..
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian YB Datuk Abd Rahin B Mohd Said hadir ke majlis Malam Tautan Kasih yang penuh gemilang ini.
Majlis turut mengalu-alukan kehadiran para tetamu dan para jemputan.
Semoga dengan kehadiran para tetamu yang diraikan dapat mengeratkan lagi tautan kasih antara kita semua diibaratkan seumpama isi dengan kuku, dan bagai aur dengan tebing.
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Tetak buluh panjang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat,
Angkat tangan jari sepuluh,
Doa diminta biar selamat.
Sebagai pembuka tirai acara, bersama-sama kita menadah tangan, memohon restu agar majlis mendapat berkat.
Dengan itu, majlis mempersilakan Tn. Hj Ahmad Fadhillah b Hj Embong untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan Tn Haji..
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tn. Hj Ahmad Fadhillah b Hj Embong di atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Tanpa melengahkan masa ya Izma kita teruskan acara kita pada malam ini dengan menjemput kumpulan koir Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Terengganu untuk menyampaikan dua buah lagu yang bertajuk Ikrar AADk dan Impianku
Kumpulan koir ini dipimpin oleh 2 tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang nyanyia iaitu Cik Nurul Farrah Firdausiyyah Sulong dan En Zainury Othman
Tanpa melengahkan masa ya Izma kita teruskan majlis dengan mempersilakan kumpulan koir AADK Negeri Terengganu
WAh.. berikan tepukan yang gemuruh untuk kumpulan koir dari AADK Negeri Terengganu.Boleh masuk pertandingan peringkat Negeri ni, mesti ada harapan boleh menang kan…
Ya, betul tu..
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan aluan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Profesor Mahmood Bin Nazar Mohamad , Timbalan Ketua Pengarah Operasi Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput.
Taman Lagundi tumbuh kelapa
Terbit bunga pokoknya mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpahat di dalam hati..
Majlis merakamkan ucapan terimakasih di atas ucapan aluan sebentar tadi.
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Apa seterusnya ya Izma?
Hm…sebelum tu boleh saya berikan satu pantun?
Buah langsat di tepi busut
Mari dimuat di dalam peti
Besar hajat kami menjemput
Besar niat di dalam hati
Tepuklah tangan sikit hadirin..
Tak boleh jadi nih, kena jawab juga pantun ni..
Membeli ikan di tengah Pekan,
Ikan dibeli untuk dibilas,
Bersamalah kita merealisasikan,
Malaysia Bebas Dadah 2015.(lima belas)
Bagus2.. begitulah harapan kita agar usaha murni kita ini akan direalisasikan untuk memastikan Malaysia Bebas Dadah 2015 nanti, Insya Allah
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Dif-dif serta para hadirin yang kami muliakan, majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Abd Rahin B Mohd Said, Pengerusi JAwantankuasa Belia dan Sukan Negeri Terengganu untuk menyampaikan ucapan..
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Abdul Rahin b Moh Said atas kesudian beliau menyampaikan ucapan malam ini
Koirpun sudah, ucapan pun sudah… apa lagi seterusnya ye Izma?
Kita makan dulu!!!
Ha.. betul tu!
BUTIRAN PENYAMPAIAN
Dif-dif serta para hadirin yang kami muliakan, sementara kita menikmati hidangan yang disediakan, para jemputan akan dihiburkan dengan persembahan live band daripada Kumpulan Bridget Seni.
Bunga selasih harum bersemi,
Gugur melati di tapal batas,
Terimakasih ucapan kami,
Dengan hati tulus ikhlas.
Sekalung budi dan junjungan kasih diucapkan kepada semua pihak atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan majlis Malam Tautan Kasih ini.
Semua hadirin dan hadirat di jemput untuk menjamu selera di tempat yang disediakan.
Pihak majlis juga memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.
Subur padi tumbuh hidup
Hidup mula di dalam air
Sudah menjadi lumrah hidup
Setiap yang mula akan berakhir
Ke Kuala Perlis mengail ikan
Ikan kelisa di dalam perigi
Tirai majlis kami labuhkan
Di lain masa berjumpa lagi…
Dengan segala hormatnya kami menyerahkan majlis kepada Persembahan Live Band dari Kumpulan Bridget Seni..Dipersilakan…
وباالله التوفيق والهداية والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
No comments:
Post a Comment