Pages

Friday, January 16, 2009

suatu hari di hari raya...

selamatb hari raya haji yer..ini spiderman dah nak terbang...ni baju malam abang faqeh..
ni bb main mainan aliya, anak mokder..kat rumah mok der pada hari kedua raya..


ni mokder bersama aliya.. jangan nakal2 yer aliya.. nanti nak dpt bb baru pulak..hehe



ni posing kat rmh mokder..makteh, moksu dan mak adah..

ni posing kat rumah tokma sebelum pergi rumah mokder..dengan tokma..adik tak sabar nak turun..


ni posing kat rmh tokma gak..sabor jerlah abang faqeh..





ni ummi posing kat rumah wan cendering.. sembelih korban dan jemput sedara mara datang makan kat rumah ...

ni ayah dan mak mertua aku di cendering, kuantan



alhamdulillah..tahun ni kami dapat masuk utk satu bahagian berkorban pada raya tahun ni..
ini posing abi bersama hero2nya yang baru saja dibotakkan kepalanya..


ni posing bb pada hari pertama raya..hehe pakai baju raya puasa hari tu jer..jimat!



ni pulak posing abang faqeh, tak gi jalan mana2pun .hari hujan..tengok tu kat belakang tuh..penuh air.


ni pulak kak jannah dgn baju barunya..acik ida yang beri baju nih, tq!
kat bawah ni, daniel anak mak alang...

Kategori : IBADAH Qurban
Tajuk :
Masa Untuk Berkorban
Hadith :
Dari Al Bara’ bin ‘Azib r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang (Aidil Adha), maka penyembelihan itu untuk dirinya sendiri dan siapa yang menyembelih sesudah sembahyang (Aidil Adha), maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan korbannya dan telah mengikut sunnah kaum muslimin”.
(al-Bukhari)

Huraian
1. Masa atau waktu penyembelihan korban itu ialah selepas menunaikan sembahyang sunat Aidil Adha.
2. Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang, maka penyembelihan itu hanya untuk dirinya sendiri dan bukanlah termasuk dalam ibadat korban.
3. Manakala sesiapa yang menyembelih selepas sembahyang Aidil Adha, maka ia telah menyempurnakan korbannya dengan mengikut sunnah.
4. Ibadat korban hendaklah dilakukan pada musim haji, menurut Imam Syafie. Waktu penyembelihannya ialah pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik, iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.


Kategori : IBADAH Qurban
Tajuk :
Binatang Korban
Hadith :
Dari Jabir r.a. katanya: “Kami menunaikan Haji bersama Rasulullah s.a.w. maka kami sembelih seekor unta buat tujuh orang, dan seekor lembu buat tujuh orang”.
(Ahmad dan Muslim)

Huraian
1. Korban bermakna menghampirkan diri atau mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, dengan menyembelih binatang korban untuk disedekahkan dagingnya kepada golongan fakir miskin.
2. Syarat-syarat binatang ternakan untuk ibadat korban adalah terdiri daripada binatang-binatang seperti unta, lembu, kambing atau kibas, yang umurnya dua tahun serta sihat dan tidak cacat.
3. Korban bagi seekor unta atau lembu adalah untuk tujuh orang, manakala kambing adalah untuk seorang.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments: