Pages

Friday, January 16, 2009

sehari sebelum raya haji 2008

alhamdulillah..setelah sekian lama hajat di hati utk membotakkan kepala dua orang heroku ini, akhirnya sehari sebelum raya haji berkesempatan gak menunaikan pembotakkan ini..heheh
adik menangis..ada orang usik kepala dia yang sudah dogol....
adik..steady jer..abi tengah membotakkan kepalanya..hehe...tak rasa gatal ke dik?
yang ni preparation sblm operasi dijalankan..kak jannah cuba menenangkan adiknya ..



ni gambar faqeh dah siap potong..amacam..comel tak imej terbaru saya?

yang ni second step mencukur dan membuang rambut abang faqeh...



ini permulaan untuk memotong dan mencukur rambut anakku FAQEHUDDIN,alhamdulillah elok pulak dia time mencukur rambut nih..








Bercukur rambut.Adalah menjadi tanggungjawab bapa untuk mencukur rambut anaknya pada hari ke tujuh (dibotakkan) sama ada dilakukan olehnya sendiri atau orang lain.
Antara hikmah bercukur rambut adalah :
Hikmah kesihatan.Dengan membuang, mencukur rambut anak yang baru lahir akan terbuka semua lubang rambutnya yang mungkin akan mengukuhkan pancaindera penglihatan, pernafasan dan pendengaran.
Hikmah kemasyarakatan.Dapat bersedekah dengan emas atau perak seberat timbangan rambutnya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.s. ia berkata :Maksudnya : “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah menyuruh supaya mencukur rambut cucunya Saidina Hassan dan Hussin r.a. pada hari ketujuh dan disedekahkan berat timbangan rambutnya dengan nilai perak”. Riwayat At-Tirmizi dan Abu DaudKhurafat yang perlu ditinggalkan.
Mencukur bahagian-bahagian tertentu daripada kepala sebagaimana yang banyak dilakukan sekarang, kerana ini termasuk dalam perkara yang dilarang keras oleh Rasulullah s.a.w. sebagaimana maksud hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam dan bunga kerana amalan ini diambil dari budaya Hindu. Rasulullah bersabda :Maksudnya : “Barangsiapa yang menyerupai (meniru apa sahaja perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam) dengan sesuatu kaum (yang bukan Islam) maka ia tergolong daripada mereka”.



No comments:

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!