Pages

Thursday, December 4, 2008

TABAHKAN HATINYA..



pada 26.11.08 yang lalu.. aku mendpat panggilan dari sahabat lama, sahanisah yang berada di kuantan.. menyampaikan berita sedih sahabat kami faridah yang kemalangan.. kemalangan di Jerangau dan kini berada di Hospital Sultanah NurZahirah. Suaminya patah tangan..dan yang paling sedihnyer.. anak sulungnya yang berumur 5 tahun tidak dapat diselamatkan.. namun alhamdulillah anak kedua nya selamat dan dirinya hanya cedera ringan sahaja..
keesokan harinya.. aku telah berjanji dengan aznika untuk pergi melawat sahabat kami di hospital..alhamdulillah..Allah permudahkan urusan kami..aku berkesempatan untuk melihat keadaan suaminya..Ya Allah tabhkan hati sahabat kami ini..
Menurut ceritanya.. anak sulungnya pada kebiasaannya tidur dibelakang dan kepalanya di bahagian penumpang, namun nak dijadikan cerita..kepalanya di bahagian pemandu.. dan kereta yang melanggar mereka merempuh belah pemandu.. suaminya patah tangan dan anaknya tidak dapat diselamatkan..manakala faridah dan anak keduanya terselamat.. Ya Allh ..ngerinya..namun.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Alhamdulillah.. kami sempat berbual dgn faridah..begitu tabah sungguh orangnyer.. bayangkanlah setelah habis sekolah tingkatan 5 tak pernah jumpa.. dan sekarang baru dijodohkan Allah untuk dipertemukan.Siap blh bercerita ttg kisah 2 kenakalan di sekolah dulu...Indahnya kenangan masa lalu..

Aku hanya mamou berdoa dan berharap dgn kedtgn kami dapat menceriakan hati dan perasaan sahabatku FARIDAH ISMAIL..
Namun aku juga terfikir.. seandainya Allah timpakan ujian pada diri kita pula bagaimana??
"YA ALLAH, JGNLAH KAU UJI KAMI DGN UJIAN YANG TIDAK MAMPU KAMI HADAPI"

Alhamdulillah.. gambar baru jer dapat uploadkan..aku yang pakai tudung putih, aznika yang pakai tudung hitam tu kerja kat Mahkamah Majistret Kuala Terengganu skg, dan yang bertudung unggu itulah faridah ismail.. dan anaknya yang kedua tu.. sedihkan tgk .. yelah.. aku sentiasa mendoakan hatinya ditabahkan dan diberi kerahmatan di dunia dan akhirat.. yang pastinya anaknya yang kecil itulah bakal menjadi penolong kita di akhirat nanti.. berbahagialah wahai sahabatku...

2 comments:

Kehelan said...

salam... Izma... salam takziah utk Faridah... rasanya kenal kot...

ummu faqeh said...

slm.. gambarnya baru ada..

SYUKURI NIKMATNYA!

font



I changed my font at thecutestblogontheblock.com

MUTIARA AL-QURAN اللؤلؤة قرآن كريم

TABAHKAN HATI KAMI!