Pages

Showing posts with label penyusuan eksklusif. Show all posts
Showing posts with label penyusuan eksklusif. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

a gift from anmum club...

alhamdulillah setelah sekian lamaku menunggu hadiah ini,sekarang sudah sampai..tqvm anmumum...tak sia2 aku minum susu ni sokmo!














Friday, May 8, 2009

present from anmum...

alhamdulillah.. baru jer sudah makan ansi berlaukkan kuah singgang..did u know ikan singgang? huhu..areej agak2 tahu tak yer masak lauk ni? ni lauk tradisi teganung kiter!!

nak citer apa yer kat entri ni?mengenai anmum-susu yang selalu ku minum..dah berbelas sudu aku simpan..dan sekarang boleh ditebus dengan hadiah2 yang menarik..



alhamdulillah, berkat usahaku yang gigih, akhirnya berbaloi gak aku simpan pencedok susu ni...






inilah hadiah yang dijanjikan sehelai tuala..hehehe..suka bangat anak2 ku..cuma satu jer lagi tak sampai..thermometer.. mereka cakap bulan ni baru sampai..hehe terujanya diriku nak tengok mende alah tuh..

Saturday, January 17, 2009

cecair emas 2

salam..ini merupakan entri kedua ttg penyusuan eksklusif diriku..alhamdulillah..sekarang umur anakku sudah 1tahun 8 bulan...dan masih lagi menyusu secara eksklusif...tidak dicampur lagi dengan sebarang susu formula... baby suka bangat minum susu ummi..gambar ni posing kat bilik salin di Mydin Mall, Terengganu.. baguskan disediakan tempat untuk menyalin pampers..sambil tu bolehlah nak menyusukan bb kan... yang ni pulak bilik khas utk penyusuan di Sabasun Hypermarket, Terengganu...agak kecil sikit.. tapi selesa..siap disediakan tilam utk memudahkan urusan penyusuan...hehe
inilah susu yang biasanya dapatku pam ketika waktu pejabat ...
setelah itu disimpan di dalam peti... esoknya dibawa ke rumah pengasuh utk diberikan pada anakku...




Tahukah Anda?
Posted on Mon 23 Aug 2004 (2485 reads)
Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai Polisi Penyusuan Ibu Kebangsaan? Polisi ini menyatakan...
"Semua ibu digalakkan menyusukan anaknya dengan susu ibu SAHAJA selama 4 ke 6 bulan dan meneruskannya sehingga anaknya berumur 2 tahun. Makanan tambahan perlu dimulakan semasa anak berumur 4 ke 6 bulan.

Usaha pada peringkat kebangsaan ini tidak berakhir dengan polisi sahaja, malah garis panduan juga disediakan bagi hospital-hospital menjayakan Usaha Penyusuan Susu Ibu. Terdapat 10 langkah penting untuk menjadikan sesebuah hospital itu Hospital Rakan Bayi (Baby Friendly Hospital)
1. Mengadakan SATU POLISI bertulis mengenai penyusuan ibu.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam 1 jam selepas bersalin.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa 1 jam selepas bersalin.
5. Memberi tunjuk ajar kepada para ibu mengenai cara penyusuan yang paling baik.
6. Menentukan bayi baru lahir tidak diberi minuman atau makanan selain daripada susu ibu, melainkan atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan "Rooming-In", di mana bayi dan ibu diletakkan bersama setiap masa (24 jam sehari)
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Menentukan bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong.
10. Membantu penubuhan kumpulan penyokong penyusuan ibu dan rujuk ibu-ibu kepada kumpulan ini apabila keluar dari hospital atau klinik.

Walau bagaimanapun, usaha semurni ini tidak akan berjaya seandainya, ibu itu sendiri tidak berkemahuan memberikan susunya kepada bayinya yang baru lahir. Segala langkah yang diusahakan oleh pihak hospital ataupun badan kerajaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan berhasil sekiranya IBU itu sendiri tidak mengambil inisiatifnya sendiri untuk melaksankan TANGGUNGJAWAB tersebut.


Perihal Penyusuan dan Anak Susuan - Bahagian 1
Posted on Thu 05 May 2005
PERIHAL PENYUSUAN DAN ANAK SUSUAN


Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah



Penyusuan kanak-kanak yang baru lahir atau disebut dalam bahasa Arab sebagai ridha‘ atau radha‘ah merupakan satu cara kehidupan semula jadi manusia.

Sesungguhnya menyusukan anak damit mempunyai kelebihan yang amat banyak. Menurut hasil kajian pakar perubatan, susu ibu itu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan untuk perkembangan dan kesihatan anak damit. Ia juga mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak dan daya intelek yang lebih baik. Susu ibu juga boleh mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik dan boleh mencegah penyakit lain seperti lelah, ekzema, sakit perut, sembelit dan sindrom kematian mengejut anak damit. Selain daripada itu susu ibu boleh mewujudkan dan mempereratkan hubungan rapat antara ibu dan anak damit.

Penyusuan dengan susu ibu kepada anak damit sangat digalakkan kerana ia bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada anak damit itu, malahan juga kepada ibu-ibu yang menyusukan. Di antara kebaikannya terhadap ibu-ibu, yang telah dikenal pasti oleh pakar perubatan, ialah oksitosin yang dikeluarkan semasa penyusuan boleh mengecutkan rahim dan membantu memberhentikan pendarahan selepas bersalin. Penyusuan ibu dengan sepenuhnya boleh melambatkan kedatangan haid, menjarangkan kehamilan, membantu ibu bagi memulihkan semula ukuran bentuk badan dengan segera dan dapat mengurangkan lemak dipinggang dan peha. Ianya juga boleh mengurangkan risiko kanser buah dada.

Menurut ajaran agama Islam pula, penyusuan anak damit ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."

(Surah Al-Baqarah: 233)



Yang dimaksudkan dengan Radha‘ah di sini ialah masuknya air susu perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.

Hukum Penyusuan Anak



Menyusukan anak damit yang masih dalam peringkat umur penyusuan adalah wajib selama mana anak damit itu memerlukannya. Akan tetapi ke atas siapakah yang menanggung kewajipan tersebut? dan siapakah yang menanggung pembiayaannya?

Apabila lahir seorang anak damit, maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa anak damit itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut.



Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran (al-liba’). Al-liba’ itu dipanggil dengan nama saintifiknya sebagai kolostrum. Warna kolostrum itu kuning seakan-akan warna oren dan ianya menyerupai seperti mentega yang cair dan kolosturm itu pekat dan melekit seperti sirap maple. Menurut kajian saintifik ianya mengandungi protein yang tinggi, zat besi dan mineral yang lain. Ianya juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat dan kalori berbanding dengan air susu dada yang keluar selepas kolostrum.

Adapun jangka masa al-liba’ itu tertakluk kepada pengkajian ahli bijak pandai, ada yang mengatakan kadarnya selama tiga hari dan ada juga yang mengatakan selama tujuh hari. Hukum wajib itu berlaku kerana anak damit tidak akan hidup atau tidak akan kuat pada kebiasaannya tanpa penyusuan dengan al-liba’.

Sekalipun pada lazimnya seorang ibu akan menyusukan anaknya, namun perkara tersebut bukanlah wajib ke atasnya untuk berbuat sedemikian jika ada perempuan lain yang boleh menyusukan anak damit itu. Tetapi jika ibu tersebut menyusukannya pembiayaan penyusuan itu adalah wajib ke atas bapa anak damit itu sekiranya anak tersebut tidak memiliki harta. Oleh yang demikian si suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya bagi menyusukan anaknya. Jika terjadi pertelingkahan antara suami dan isteri sama ada pada menyusukan atau pembiayaannya, maka bolehlah suami meminta perempuan lain untuk menyusukannya. Dalam hal ini suami juga berkewajipan membiayai penyusuan tersebut. Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."

(Surah At-Thalaq: 6)

Berlainan halnya, jika anak itu tidak berbapa atau bapa dan anak damit itu tidak memiliki harta atau pun anak itu tidak menerima susu perempuan yang lain atau anak damit itu anak zina atau tiada diperolehi perempuan lain yang boleh menyusukan, maka dalam hal ini penyusuan itu wajib ke atas ibunya.

Jika si ibu itu berkehendak untuk menyusukan anaknya, maka dia berhaklah menyusukannya. Menurut pengarang Al-Minhaj, berdasarkan pendapat yang ashah suami tersebut tidak berhak melarang isterinya menyusukan anaknya sendiri sebagaimana yang telah dishahihkan oleh kebanyakan ulama’. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya."

(Surah Al-Baqarah: 233)

Ini kerana larangan suami terhadap isterinya bagi penyusuan anak damit itu, boleh mendatangkan kesengsaraan kepada si ibu itu sendiri, kerana si ibu lebih rapat dan condong hatinya kepada si anak. Begitulah juga dengan susu ibu, ianya lebih serasi dan sesuai jika diberikan kepada anaknya sendiri. (Nihayah Al-Muhtaj: 7/222, Mughni Al-Muhtaj: 3/573)

Kewajipan suami membiayai penyusuan anaknya - sekalipun anak damit itu adalah anak isterinya sendiri - adalah berasaskan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

Tafsirnya: "Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu maka berikanlah kepada mereka upahnya."

(Surah At-Thalaq: 6)

Jika si isteri itu meminta upah yang tinggi daripada suaminya sehingga melebihi upah yang sebanding atau ada perempuan lain yang mendermakan susunya atau perempuan lain itu meminta upah yang lebih rendah daripada upah yang sebanding, maka harus bagi suami untuk tidak memenuhi kehendak isterinya itu sebaliknya mengupah perempuan lain itu untuk menyusukan anaknya. (Mughni Al-Muhtaj: 3/573)

Sesungguhnya amalan penyusuan anak damit oleh perempuan yang bukan ibu kandung anak damit itu telah pun menjadi amalan masyarakat sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri semasa kecilnya disusukan oleh Tsuaibah iaitu salah seorang hamba perempuan daripada Abu Lahab, dan Halimah As-S‘adiah iaitu ibu susuannya daripada Bani Sa‘d.


Sunday, December 14, 2008

Mama, Adik Belum Bersedia..


Posted on Tue 08 Mar 2005 (1402 reads)
Mama selalu bisik di telinga. Katanya, "Umur adik dah dekat dua tahun, adik kenalah berhenti minum susu mama". Adik jadi bingung. Kenapa kalau dah dua tahun kena berhenti minum susu. Habis adik nak minum apa? Bulan depan adik akan sambut hari jadi kedua. Seronoknya! Selalunya bila mama buat majlis hari jadi, ada ramai orang datang.



Yang paling seronok, ada kek besar. Dulu, waktu hari jadi kakak pun ada kek besar, tapi adik yang cap tangan atas kek tu. Tapi adik masih runsing untuk menyambut hari jadi kedua ni. Betul ke adik kena berhenti menyusu?Setiap kali adik memikirkan persoalan ini, adik mesti cari mama dan nak terus 'nenen'. Kalau boleh nak minum lama-lama. Yang peliknya semakin lama adik rasa susu mama makin banyak.



Tapi kenapa adik kena berhenti menyusu? Mama selalu cakap dengan papa, nampaknya rancangan nak berhentikan adik menyusu belum berhasil, sebab adik semakin kerap menyusu. Makin kerap menyusu, maksudnya susu pun bertambah! Satu petang, mama tanyakan pada adik, "Adik nak baby tak?". Mestilah adik jawab,"Naak", dengan senyuman manja. "Habis tu, kalau adik nak baby, adik kena la berhenti minum susu mama", kata mama lagi. "Siang hari adik minum susu segar, bila malam adik minum air kosong", mama memberi cadangan. Adik jadi bingung lagi. "Malam ni, kalau adik terjaga tidur, mama nak kasi air kosong je, boleh tak?", tanya mama lagi. Adik pun jawablah, "Boleeeh". Sebab memang dua perkataan, "Nak" dan "Boleh" adalah dua perkataan yang paling adik gemari. Mama pun ketawa mendengar jawapan adik.Adik sebenarnya, suka juga minum susu segar dalam botol. Sebab rasanya lemak berkrim. Dah banyak kali juga mama bagi adik cuba minum susu segar.



Hampir nak sama rasanya dengan susu mama, tapi susu mama masih pilihan nombor satu! Kalau siang hari, adik rasa tak kisah sangat, sebab ada banyak makanan lain yang adik suka makan. Tapi bila waktu malam, adik rasa tak boleh kalau tak minum susu mama. Tambahan pula kalau susah nak tidur. Mesti nak peluk mama sambil minum susu mama. Malam itu, bila adik terjaga, mama pun mengingatkan adik yang adik kena minum air kosong. Alamak! Sebenarnya, tadi adik main-main aje tadi, bila adik kata "Boleh". Adik pun menjerit sekuat hati, bila mama hulurkan air kosong di dalam gelas. "Tak nak, tak nak!" Adik menangis sekuat hati. Mama pun cepat-cepat pujuk adik dengan 'nenen' lagi!Esoknya, bila kakak dapat tahu cerita tu, terus dia ceritakan pengalaman dia semasa seumur dengan adik dahulu. Katanya, masa mama nak dapatkan adik, tiba-tiba susu mama jadi pahit, terus kakak tak nak minum susu mama. Bila mama terdengar kakak yang petah bercerita tu, mama terus tergelak. Apa yang kelakarnya ni mama? Adik betul-betul tak faham! Adik mulai bimbang, mungkin satu hari adik pun akan mengalami peristiwa yang sama, susu mama jadi pahit.



Oooh! Tidak! Adik belum bersedia, mama!





HM..mungkin inilah yang bakal dikatakan oleh anakku nantikan?hehhe

Cerita Ibu di Zaman Rome

Posted on Fri 10 Dec 2004 (2159 reads) From..susuibu.com
Semalam saya sempat menonton sebuah kisah ala-ala zaman Rome, sambil menyusu anak yang kecil. Saya tengok tu pun sudah di penghujung cerita. Jadi tak tahu apa awalan ceritanya. Tapi babak-babak akhir kisah tersebut menceritakan bagaimana seorang ketua di negara Rome telah menangkap seorang perempuan bertaraf hamba untuk dijadikan gundik di istananya. Perempuan ini mempunyai seorang bayi yang masih kecil dan masih menyusu. Manakala suaminya yang juga hamba adalah 'gladiator'. Dari perbualan antara hamba perempuan ini dengan ketua negara tersebut, didapati rupa-rupanya ketua negara itu amat cemburu dengan kehebatan 'gladiator' itu sehingga dia ingin memiliki apa yang 'gladiator itu miliki termasuklah isteri beliau. Apa yang menarik lagi di dalam perbualan ini, terdapat isu berkaitan penyusuan dibangkitkan. Ketua negara itu bertanya kepada perempuan tersebut, bagaimanakah keadaan bayi perempuan tersebut. Beliau telah menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut semata-mata kerana tidak mahu perempuan tersebut terus rapat bersama anak itu.


Perempuan itu menjawab:"Saya amat sayangkan anak saya dan saya mahu terus menyusukan anak saya". Ketua negara itu marah dan membalas, "Janganlah kau masih berfikiran kolot. Perempuan yang maju tidak perlu melakukan itu semua sendiri. Keluarlah kau dari dunia kemiskinan kau". Perempuan itu menjawab "Janganlah dipisahkan anak itu dari saya semata-mata kerana kebencian tuan terhadap suami saya."Pelbagai isu yang bermain di fikiran saya dari perbualan ringkas antara ketua negara tersebut dengan hamba perempuan itu. Begitu murni kasih ibu terhadap anaknya sehingga berani berkata-kata tajam di hadapan seorang ketua negara yang berang semata-mata untuk mempertahankan hak anaknya, iaitu menghirup susu dari ibunya yang sejati. Inilah naluri keibuan yang asli, iaitu memberikan kasih sayang terhadap anaknya sejak dari lahir hinggalah dewasa.


Kasihnya ibu tertumpah dari titisan susu yang diberikan kepada anak saban hari. Sayangnya ayah tertumpah dari titisan peluh dan jerit perih bekerja mencari rezeki untuk sekeluarga. Seperkara lagi, saya terfikir adakah isu kekolotan dan gambaran kemiskinan antara sebab kenapa ibu-ibu tidak mahu menyusu. Mungkin kerana cerita ini berkisar di zaman kerajaan Rome, maka ketua negara tersebut hanya terfikir untuk menyediakan ibu susuan kepada anak tersebut. Barangkali, jika babak tersebut berlaku di zaman sekarang tentulah dialognya berubah kepada "aku telah menyediakan bertin-tin susu lembu untuk anak kamu, tidakkah itu memadai".


Mungkin ada di antara ibu-ibu sekarang yang berfikiran jika diberikan susu badan, maka akan dilihat seolah tidak mampu membeli susu formula yang mahal-mahal dan 'bermutu tinggi'. Jika itu benar, alangkah ruginya sang ibu dan alangkah malangnya nasib si anak. Si ibu rugi kerana terlepas peluang mengikat kasih sayang bersama anak dengan sesuatu yang tidak ternilai namun tidak perlu dibeli. Malangnya anak kerana tidak berkesempatan menikmati hidangan teristimewa dan paling tinggi zatnya dari ibunya sendiri.Selepas selesai menonton cerita tersebut, saya terkenangkan kata-kata seorang tetamu di malam Rumah Terbuka SusuIbu.com: "Kita sebagai ibu seharusnya mempunyai rasa BANGGA kerana dapat menyusukan anak sendiri, maka dengan sendirinya segala fikiran negatif akan terhindar dari kotak fikiran".


ALHAMDULILLAH.. cerita ni lagi memberikan ku semangat yang berkobar2 utk meneruskan penyusuan ini walau susah payah yang aku hadapi.. pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi utk melaksanakan penyusuan eksklusif ini.... walaupun aku juga bekerjaya.. itu bukan satu halangan.. hanyalah cabaran yang harus aku tempuhi dengan bersemangat waja..

Bila Anak Menyusu, Si Ayah Janganlah Merajuk!!

Posted on Thu 25 Nov 2004 (2118 reads) From.. SusuIbu.com
Ramai juga kaum ayah yang merungut, apabila si anak asyik menyusu dengan ibunya, si ayah rasa tersisih seolah tidak diperlukan. Janganlah merajuk wahai si ayah! Ikatan kasih sayang terhadap seorang anak tidak lengkap jika hanya dicurahkan oleh si ibu. Kasih sayang ayah memang amat diperlukan dan ini dapat meringankan beban buat si ibu terutama dalam menjalani bulan-bulan awal kelahiran.Memang hampir 50 peratus masa bayi yang baru lahir akan dihabiskan bersama ibunya.


Masa ini kebanyakannya dihabiskan semasa bayi menyusu dengan si ibu. Si ayah akan mengatakan: 'Untunglah si ibu kerana semasa proses penyusuan, si anak dapat lebih mengenali ibunya. Apa tidaknya, masa menyusu anak akan dapat menyentuh ibu, mencium bau ibu, merasa aliran susu ibu dan terus terlena dalam dakapan ibu. Semua kredit dihadiahkan buat ibu.' Begitulah antara luahan rasa hati seorang ayah. Namun hakikatnya, banyak lagi peranan yang dapat dimainkan oleh ayah bagi menyempurnakan curahan kasih sayang terhadap si anak.



Si ayah boleh memandikan anak. Belailah anak kecil ini dengan penuh kasih sayang. Selepas memandikan atau apabila bayi hendak tidur, si ayah boleh mengurut bayi agar bayi berasa selesa, nyaman dan selamat untuk berehat. Selepas bayi selesai menghisap susu, si ayah boleh mengambil alih tugas menyendawakan bayi. Bila perutnya sudah kenyang, pasti ada 'hasil' yang dikeluarkan dan si ayah boleh membantu membersihkan bayi.



Sebenarnya memang banyak aktiviti yang boleh dikongsi bersama seorang ayah dengan bayinya. Kesemua aktiviti ini melibatkan setuhan kulit ke kulit. Ingatlah sentuhan kulit ke kulit amat penting dalam membina ikatan kasih sayang. Kelebihan ini bukanlah hak mutlak seorang ibu sahaja.Oleh kerana itu wahai sang ayah, tempoh cuti 'Paternity' yang diberikan janganlah disia-siakan. Ambillah peluang ini sepenuhnya untuk mengenali anak anda. Jangan biarkan si ibu keseorangan mengendalikan segalanya tentang si anak. Pada hari-hari bekerja yang lain, cubalah pulang ke rumah seawal mungkin untuk sama-sama melalui hari-hari awal membesarkan anak.



Pasti, segala kasih sayang yang dicurahkan ini akan mendapat hasil yang setimpal, jika tidak dari anak itu sendiri, kepuasan diri sendiri kerana dapat melaksanakan yang terbaik pasti dikecapi. InsyaAllah segala usaha murni yang dilakukan dengan ikhlas akan mendapat balasan yang baik, jika tidak di dunia, di akhirat kelak pasti.







HEHE..Ni aku amik dari entry kat susuibu.com..menarik kan tajuk ni..sebenarnya pesanan untuk semua kaum bapa2, bakal2 bapa dan yang belum lagi berumahtangga.. persediaan awalkan..




Sebenarnya aku tujukan juga utk diri aku sendiri..alhamdulillah..aku akan BERIKAN YANG TERBAIK untuk anak kesayanganku..sekarang anakku dah berusia 1tahun 7 bulan..tak sabar nak tunggu dia berumur 2 tahun ..Sekarang masih lagi menyusu badan..tidak dicampur lagi...amin..YA ALLAH MUDAHKAN URUSANKU MENYEMPURNAKAN AMANAH INI..

Thursday, August 14, 2008

cecair emas....

salam.. hehehe.. apa yang aku nak citer ni khas untuk orang 2 yang dah kahwin dan sudah mempunayai anak...pernah dengar penyususan eksklusif untuk ibu yang berkerjaya?



meh sini nak citer sikit...




ni namanya cecair emas... kenapa dinamakan cecair emas.. terlalu banyak khasiat susu ibu ni..ni stok adik faseh bila aku pergi kerja.. alhamdulillah sekarang anakkku dah berumur 1tahun 5 bulan, namun masih lagi menyusu badan.insya Allah aku akan susukan dia sehingga dua tahun, mg usahaku ini diberkati Allah, amin.












meh kita berkenalan dulu dgn aksesori yang digunakan oleh aku..sekali pandang macam handbagkan.. tapi handbag ni agak besar sikit.. tapi di dalam inilah aku letak segala keperluan untuk 'operasi' di pejabat aku..




























ini dinamakan box cooler untuk meletakkan susu perahan. letak ais dulu, then letaklah susu perahan tadi ke dalamnya.. insya Allah susu ini akan bertahan selama 8jam.. sempatlah balik dari keje letak dalam peti ais lepas sampai kat rumah..




ha.. inilah pula dinamakan electric pump..yang ni jenama farlin baby.. aku suka pakai yang ni, namun dah rosak dah.. aku try gak tanya pembekalnya.. katanya barang gantian tu ada di pulau pinang sahaja.. jauh tu aku nak pergi..



















so, my hubby belikan pump baru jenama pureen, alhamdulillah ok guna yang ni.. setiap pump ni ada kelebihan dan kekurangan masing2..














so.... inilah susu yang telah dipump menggunakan electric pump ini, alhamdulillah.. biasanya sekali pump aku dapat sebotol penuh.. so.. setiap hari tiga kali kena pump.. so cukuplah untuk bekalan anakku selama aku bekerja..











so.. inilah anakku yang bernama MUHAMMAD FASEHUDDIN MUHAMAD ZAID..ke mana saja ummi berkursus akan ummi bawa adik sekali.. bagi memastikan adik mendapat penyusuan secara eksklusif.. ni masa ummi ada seminar kebangsaan di USIM, Negeri Sembilan.. berhenti kat UIA- tgk mak adah.alhamdulillah Allah mudahkan segala urusan dan niat aku ini diberkati Allah..aku sentiasa berdoa pada Allah agar aku diberi kekuatan untuk menjayakan penyusuan eksklusif ini ..amin..
hm.. ada sesape yang nak berkongsi pengalaman dan juga pandangan.. amat2 lah dialukan.. just email me.. mujahidah_sejatiey@yahoo.ca.