Pages

Showing posts with label cetusan rasa. Show all posts
Showing posts with label cetusan rasa. Show all posts

Tuesday, January 12, 2010

HIDUP UMPAMA RODA...

Jam sekarang menunjukkan 10.38 a.m..dah lama ummi tak update blog ini..terlalu banyak urusan lain yang menghalang ummi mengadap komputer nih..

Inipun alhamdulillah..anak2 duk bermain dengan eloknya..kejap lagi kena main sama2 dengan mereka pulak..

semalam baru jer keluar ke Balad setelah hubby merdeka sekejap..dah habisya sem pertama..alhamdulillah..syukur pada Mu Ya Allah..Semoga keputusan peperiksaannya memberangsangkan,amin.

Di saat ini sebenarnya pelbagai perasaan bermain2 di kepala ummi..
duk review fb dan blog kawan 2 lama sebenarnya..
macam2 perubahan yang ada.. kadang2 tuh yang bersekolah agama..
seolah2 tidak tahu hukum hakam..
seolah2 tidak pernah diajar hadith ttg agama di sekolah dulu..
ummi amat2 terkejut dgn perubahan kawan2 ummi..ummi amat2 berharap semuanya akan berakhir dengan baik.
Manalah tahu nanti dia kawan2 ummi berubah lebih baik dari sekarang ..siapa tahu?

Hidup ini umpama roda.Kejap kita berada di atas kejap kita berada di bawah.Kita belum tahu kesudahan hidup kita.Namun sementara hidup masih ada,sudah menjadi tugas kita sesama manusia saling ingat mengingati antara satu sama lain.

والعصر.إن الإنسان لفي خسر.إلا الذين ءامنوا وعملوا الصلحت وتواصوابالحق وتوصوابالصبر.

Di sekolah dulu, saban hari kita membaca surah ini selepas sesuatu majlis selesai.Namun jarang antara kita mengambil pengajaran di sebalik surah yang pendek ini.
"BERPESAN2LAH KAMU DENGAN KEBENARAN DAN KESABARAN".
Memang kena banyak sabar, bila sudah ditegur,pelbagai kemungkinan yang akan terjadi,mungkin kita akan kehilangan kawan tersebut.
Namun itulah sebenarnya dugaan yang mesti dihadapi oleh seorang yang bergelar khalifah.Kita semua adalah khalifah di muka bumi Allah ini.

Ummi sebenarnya mengingatkan diri sendiri.Di sekolah cikgu ajar bahawa bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, haram hukumnya.
Mendedahkan aurat haram hukumnya.
Aurat2 perempuan dan lelaki ada batasannya..
Na'uzubillah sekiranya terjadi di dalam keluarga ummi juga kepada sahabat2 ummi.Ummipun masih dalam proses membaiki diri lagi.

Ummi berada di negara orang ini umpama 'madrasah' bagi ummi.Semoga apabila keluar dari madrasah ini..ummi mempunyai 1001 kekuatan yang didambakan.Amin! Semoga Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga berada di sini.


Bekunya airmata kerana kerasnya hati.
Kerasnya hati dari banyaknya dosa.
Banyaknya dosa dari lupanya mati.
Lupanya mati dari kerana cintakan dunia..
Renung2kanlah!






Tuesday, November 17, 2009

LAMBAIAN RUMAH ALLAH!





assalamualaikum...jam menunjukkan 11 malam.Suhu sekarang mencecah 12 darjah celcius.
Insya Allah esok ummi dan abah Asiah akan berangkat menuju ke tanah suci.Doa kami agar semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya.

Doakan juga agar kami diberi keizinan untuk ke tanah suci Mekah pada tahun2 akan datang,Insya Allah.Ramai pelajar Malaysia yang mengambil peluang keemasan yang tak ternilai ini untuk menunaikan haji apabila sudah berada di Jordan ini.

Memandangkan jarak untuk ke Tanah Suci Mekah tidaklah jauh dari bumi Jordan ini.Naik bas memakan masa sehari.Dan kosnya tidak mahal,di bawah RM 4 ribu sahaja.Rugi kalau tidak mengambil peluang ini.

Ya Allah,permudahkanlah urusan Ummi dan abah Asiah dan sahabat2 lain yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini.Insya Allah, di tahun2 hadapan, sampai pula giliran kami..

Di sini ummi tepek gambar mereka bertiga.Penawar kerinduan kepada Asiah!Ummi curik gak dari blog mereka.






Juga di sini ummi letakkan coretan renungan perjalanan haji seorang hamba Allah dari 2hb hingga 31hb Disember 2008.Kisah lanjutnya boleh dibaca di blog ini. Catatan ini juga telah dibukukan.Ummi pun baru nak baca keseluruhan coretan ini.Semoga ada pengajarannya di sebalik kisah benar ini.



2 Disember 2008



Hari 1 :


Ibarat Jenazah Yang Dilayat

Aku dan Aini bertolak ke Lapangan Terbang Changi pada pukul 12 dinihari. Anakku, Muhammad Qory, yang berusia 13 tahun membacakan azan ke telinga ku dan Aini di pintu rumah. Suaranya yang sayu mengiringi perpisahan kami. Dalam kesyahduan azan, aku berdoa agar Allah memelihara beliau dan adiknya, Siti Nur Iman, yang akan mencecah 11 tahun. Mereka aku titipkan dengan mentuaku untuk dijaga.

Di Lapangan Terbang Changi kami disambut oleh ahli keluarga lain dan sahabat- handai. Menjadi lumrah; orang yang menghantar lebih ramai dari yang pergi. Keadaan di lapangan terbang sungguh sesak sekali.

Fikiran ku melayang seketika melihat suasana : Kita dirai ke sana (Mekah) seperti jenazah yang dilayat, berbekalkan dua helai kain putih yang tidak berjahit. Ada yang 'menghantar' sekadar menelefon dan mengucapkan selamat jalan. Ada yang 'menghantar dengan doa' di rumah. Kemudian, ada pula yang menanti di lapangan terbang untuk memberi salam perpisahan (ibarat menunggu jenazah di tanah perkuburan). Ucapan-ucapan terakhir dan doa disampaikan. Berpelukkan. Berlinangan airmata mengiringi. Tetapi, pada akhirnya, kita sahaja yang meneruskan perjalanan - seperti jenazah yang melalui alam barzakh bersendirian. Paspot dicop dan dikenalpasti. Beg-beg baju dimasukkan ke kapalterbang menyamai 'bekalan ibadah' yang kita bawa bersama semasa mati. Sebanyak mana kita bawa, rasanya tidak akan mencukupi. Kita hanya dapat berserah, berbekalkan taqwa dan mengharap Rahmat-Nya.

Aku disedarkan dari renungan dengan dakapan adik-beradik dan sahabat-handai. "Untung kau, Li. Dapat pergi lagi," sapa seorang rakan haji tahun 2004 yang lalu. "Kalau kat sana, jangan lupa seru nama aku banyak-banyak!" sambungnya berseloroh. Aku hanya tersenyum kerana hati sudah mula berdebar-debar untuk berangkat pergi. Bila Allah yang mengundang, seruan-Nya sahaja mencukupi.


3 Disember 2008



Hari 2 :


Lambaian Kaabah

10:00 malam
Aku dan rombongan sampai ke Hotel Zam Zam Suites Mekah. Kami disambut sekumpulan anak-anak muda berbangsa Indonesia. Ustadz menggelarkan mereka 'anak-anak panitia' - atau ahli kommiti. Mereka diminta khas oleh Ustadz Shafi untuk membantu kami semasa perjalanan haji tahun ini. ‘Anak-anak panitia’ ini sebenarnya bertugas di Mekah. Mereka telah mengambil cuti panjang untuk membantu. Ada juga yang telah diberikan lepasan khusus oleh pihak majikan yang menggalakkan mereka berkhidmat untuk jemaah haji.

Selepas makan malam, jemaah diminta langsung ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat jama’ maghrib dan isyak. Hatiku berlonjak untuk melihat Kaabah sekali lagi. Ibarat kekasih yang terpisah bertemu semula. Aku pasti jemaah lain juga merasakan yang sama; tidak percaya kita sudah pun sampai ke tempat yang dituju.

Kami bergerak bersama kearah Masjidil Haram yang terletak lebih kurang 100 meter dari hotel kami, Alhamdulillah. Perkarangan Masjid terang-benderang disinari cahaya dari lampu-lampu spotlight, seperti pengganti bulan yang masih muda.


Kawasan Masjid agak lengang. Mungkin kerana ada yang sudah pulang ke hotel selepas solat isyak. Tetapi, masih ada juga yang bersembang-sembang di luar Masjid. Mereka berbual dengan bahasa dan loghat yang berbeza-beza. Inilah tempatnya warga dunia berbilang kaum berhimpun.
Kebanyakkan kaum lelakinya seperti kami, berkain ihram. Tidak kurang juga yang memakai baju biasa. Aku kira mereka telah pun selesai mengerjakan umrah, mengambil haji tammattu’ .

Semasa menjejakkan kaki di pintu Masjidil Haram hatiku mengucapkan syukur kerana mendapat undangan Allah sekali lagi. Aku berdoa agar ini bukanlah kali terakhir aku ke sini. Hati menjadi semakin berdebar. Setiap langkah kehadapan mendekatkan aku kepada Kaabah-Mu, ya Allah!

Itu dia! Bangunan yang didirikan kekasihMu Ibrahim a.s! Kaabah-Mu, yang menjadi kiblat setiap Muslim. Tempat lautan manusia berputar ke arah yang satu. Aku tidak dapat berkata apa-apa, hanya mengucapkan syukur dengan linangan airmata yang tidak terbendung. Tidak sangka kita berjumpa lagi.

Dalam aku melepaskan rindu, hati kecil ini mengingatkan kenapa aku kesini. Kaabah ibarat suatu perhiasan yang tidak ternilai yang disimpan Tuan Rumah. Ianya menjadi tumpuan kita yang menziarahi. Memandangnya menyejukkan hati dan perasaan. Tetapi jangan sampai aku terlupa kepada Sang Pemiliknya yang menjadi tujuan asal aku ke sini! Astarghfirullah!

Labbaik Allah humma labbaik. Aku datang memenuhi undangan-Mu ya Allah. Aku ke sini untuk bersama-Mu, berkat dari rezeki-Mu. Aku hadirkan diriku di dalam Rumah-Mu ini dengan seribu harapan dan keinsafan. Adakah Engkau redha menerima kehadiran ku ini?

Aku dan jemaah segera menyusun saf. Ustadz Shafi mengimamkan solat. Beberapa jemaah asing ikut serta dalam saf kami. Ustadz sekali lagi mengingatkan tatacara bersolat jama’ – mungkin untuk memberitahu jemaah asing ini tujuan solat kami agar mereka tidak keliru.
Selepas solat dan berdoa, Ustadz mengingatkan kami untuk pulang ke hotel supaya berehat dan mengumpul tenaga untuk tawaf qudum ( tawaf selamat datang ) esok pagi. Aku dapat rasakan ramai antara jemaah yang agak keberatan untuk berganjak tetapi keletihan perjalanan dari Singapura ke Mekah sudah terasa. Aku dan Aini berdiri seketika menghadap Kaabah sambil memanjatkan doa. Hatiku memberi lambaian selamat malam, berjanji untuk kembali ke Masjid awal-awal pagi esok.




30 Disember 2008
Hari 29 :


Renungan Pengajaran Haji
11:10 pagi.



Aku, Aini dan rombongan sedang menuju ke Jeddah. Esok kami akan berangkat pulang ke Singapura. Rasanya masa begitu cepat berlalu. Di sebalik rasa rindu kepada anak-anak dan tanah air, tersemat juga rasa mengharap agar ibadah yang semakin mantap ini dapat aku kekalkan.

Apakah pengajaran haji tahun ini bagiku?
1. Berserah kepada Allah – Semakin terasa nikmatnya dalam berserah kepada-Nya dan menerima apa yang Beliau susunkan bagiku. Aku belajar melepaskan pergerakkan ku dengan bertawakkal; mendengar kata hati sebagai bimbingan Allah dan mempercayai ianya yang terbaik bagi ku.

2. Melepaskan dan memaafkan – Tawaf banyak mengajarku untuk melepaskan perasaan sakit hati walaupun teraniaya. Memaafkan membantu aku untuk memulakan langkah selanjutnya. Memaafkan melepaskan aku dari bebanan perasaan marah dan kecewa. Aku menghadapi apa yang berlaku pada diriku dengan berlapang dada. Ini adalah pengajaran yang aku perlu terus praktikkan sekembalinya aku ke tanah air.

3. Bertenang-tenang dalam melakukan sesuatu – Ibadah yang tenang membawa kepada ketenangan yang lebih mendalam. Kepada-Nya sahaja segala tumpuan dalam ibadah. Bertenang membantu aku untuk fokus kepada apa yang aku perlu lakukan.

4. Nikmati dengan kesyukuran – Bersolat itu melepaskan rasa syukur aku kepada Allah. Ibadah bukan terpaksa dan dipaksa-paksa. Aku akur bahawa segala pujian hanya kepada-Nya dan segala nikmat adalah dari-Nya. Aku percaya Allah akan menambah lagi nikmat bagi orang-orang yang bersyukur .

5. Terima dan redha – Apabila aku dapat menerima apa yang berlaku kepada diriku, aku menyatakan keredhaanku. Dengan perasaan redha pula aku melepaskan segala yang negatif yang akan menghambatku untuk meneruskan kehidupan.

6. Lihat yang positif – Semuanya yang berlaku adalah baik untuk diriku dan ada hikmah disebaliknya. Aku percaya kepada janji Allah bahawa selepas setiap kesulitan ada kesenangan. Tumpuan harus aku berikan kepada yang positif.

7. Berani – ketenangan jiwa membawa kepada keberanian. Ketenangan datang dari mengingati Allah, Yang Memiliki Kekuasaan. Cukuplah Allah sebagai penolongku. Siapa yang takut jika dibantu oleh yang paling berkuasa?

8. Allah sentiasa bersamaku – ini adalah suatu pengertian yang paling bermakna bagiku. Sentiasa bersatu dengan Allah membawa rasa kekuatan, sekali gus, menjadikan aku perasan betapa kerdilnya makhluk bernama manusia di sebalik segala ciptaan Allah yang Maha Besar.

9. Kenali fitrah – Apakah yang Allah maksudkan untukku? Bagaimanakah fitrahku dapat membantuku dalam beribadah kepadanya? Itu adalah soalan yang tidak perlu aku risaukan. Aku tidak perlu tercari-cari lagi. Aku hanya perlu bersedia dan menerima kerana ianya sudah semula jadi di dalam diriku.


Teruskan pembacaan anda di sini!

\

Tuesday, November 3, 2009

Hidup Itu Perjuangan!

assalamualaikum.Jam menunujukkan 12.27 pagi.Suasana dan cuaca di sini amatlah beku keadaannya..dan teramatlah sejuknya.Di luar sana hujan air batu membingitkan telinga.Namun suasana sebegini amatlah mendamaikan hati2 yang tenang mengingati Allah.

Rasanya dah lama ummi tak berceloteh bercerita tentang keadaan kami sekeluarga di sini.Sebenarnya 2, 3 hari kebelakangan ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup kami.dan segalanya menuntut kesabaran dan ketenangan menghadapinya.

Perubahan cuaca yang mendadak sebegini amatlah mengujakan kami sekeluarga.Terutamanya tentang anak berkait dengan kesihatan, pemakanan dan pemakaian.Amatlah merisaukan hati seorang ummi yang pertama kali berhadapan dengan suasana sebegini.Namun, alhamdulillah semuanya akan berjalan lancar sekiranya kita minta bantuan daripada Allah dengan jalan berusaha dan bertawakkal.Juga bertanya kepada mereka yang arif tentang perkara ini.Thanx MamaMiya!

Perubahan cuaca juga memberi kesan kepada sistem badan abi dan ummi.Menjadikan kami semakin cepat letih dan penat.Dan teramatlah sejuknya.Sedangkan abi mempunyai terlalu banyak assignment dan test yang terpaksa dilalui.Setiap minggu , adalah rutin harian untuk berjaga malam sambil ditemani ummi.Namun sekarang terpaksa buat shift pulak.Ummi akan tidur dulu, abi berjaga.Then sekarang abi tidur dulu, ummi pula berjaga.Risau sekiranya dua-dua tidur, tidak sedar untuk stay-up.Jadinya sekarang ummi yang penuh kesejukan berhadapan seorang diri melayari alam maya ini keseorangan.Namun ummi tak risau, ramai yang berada di luar sana, menemani ummi bersama.

Seterusnya, mengenai 'baby instant'.Insya Allah esok ummi akan bertukar menjadi baby sitter.Ummi kena berfikirn positif dalam hal ini.Insya Allah dengan kekuatan dan sokongan yang ummi ada, ummi akan cuba sedaya upaya membantu insan yang memerlukan bantuan dengan harapan agar Allah akan mempermudahkan urusan kita.Pelbagai persoalan bermain di dalam kepala ummi.

Bagaimana ummi hendak menjaga baby ni, dengan adanya my heroes 2 orang tuh? macamana nak jaga baby dalam musim syita' ni?Macamana ummi nak bahagilan masa antara hubby, anak2, baby, dan diri ummi sendiri?Adakah ummi mampu lagi menemani hubby study?Kesian kat hubby kalau dia study sorang2.Namun, ummi dah berjanji akan menemani dia untuk study.Berserabut juga kepala ummi memikirkan.Namun bila fikirkan keadaan ibubapa baby yang terdesak, kami ambik keputusan untuk membantu mereka sedaya upaya.Yerlah mungkin ini masa mereka, mana tahu nanti masa kami pula yang memerlukan bantuan?Siapa tahu?Begitulah ummi kena positifkan diri ummi sebenarnya.(Jadi, nanti kuranglah masa ummi ber'internet' nihkan?hehe)

Namun sebenarnya hidup ini adalah PERJUANGAN!Dan ummi tidak akan sesekali akan mengaku KALAH dengan perjuangan ini.Insya Allah.Ummi kena yakin dan tabah dengan semua ujian dan cabaran yang mendatang dalam perjuangan ini.SELAMAT BERJUANG WAHAI DIRIKU DI BUMI PENUH KEBERKATAN INI.amin..( kata-kata untuk memotivasikan diri sendiri.)





Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini








Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Monday, October 19, 2009

Generasi pertama vs Generasi kedua.

Generasi pertama.


Terdengar perbualan seorang anak dengan ibunya yang jauh beribu2 batu.”Mak apa khabar?sihat?alhamdulillah..mak kita dah makin kurus duk kat sini.Makan banyak tapi banyak berjalan kaki pergi ke mana2.”

Hati ibu mana yang tak tersentuh mendengar rintihan pengaduan seorang anak yang dikandung 9 bulan, dibelai dengan penuh manja.Dan sekarang mengadu ketika tiada di depan mata,berjauhan beribu2 batu.

Dan dengan linagan airmata penuh kasih sayang, sang ibu menjawab “Biarlah kurus asalkan sihat tubuh badan, tak sakit.Senang nak belajar mencari ilmu.Mak selalu doakan anak mak ini dikuatkan iman mengahadapi kehidupan di tempat orang."
Hati anak mana yang tidak sedih dan gembira mendengar kata2 semangat dari seorang ibu tersayang memberikan semangat.Walau jauh di mata, namun dekat di hati.

Terdengar pulak anak berkata lagi,” Kita belajar kat sini susah mak.Tapi mak jangan risau, ummi dia banyak bantu kita.Mak tak perlu risaukan kita,Insya Allah semuanya akan berjalan lancar.Dan kita sudah tahu kesusahan dan kepayahan belajar di sini.Cuma setara mana kesakitan itu sahaja yang tak tahu.” Rintih seorang anak yang ingin melepaskan keresahan dan kekusutan fikiran.Teringat dulu ketika masih kecil, seorang ibu akan sentiasa mencium ubun2 anaknya untuk meleraikan keresahan hati anaknya. Dan sehingga dewasa ini, ketika ingin berpisah masih memerlukan setuhan di ubun2 kepala untuk merasakan kemesraan dan kasih sayang seorang ibu terhadap dirinya.

Dan terdengan jawapan dari ibu tercinta,”Tak aperlah nak, baguslah ummi tolong anak.Yang penting tabahkan hati menghadapi segalanya.Doa mak sentiasa untuk anak”.
Tenang dan lega hati seorang anak mendengar kata2 dari ibunya.

Generasi kedua.


Ketika pulang dari sekolah, seorang anak kecil mengadu dipukul kawannya .Sambil teresak2 menangis di pangkuan umminya.”Ummi, ada orang pukul kakak di sekolah tadi.”

Seorang ibu muda memeluk erat anak tersayang dan mencium ubun2 kepala anak sambil menenangkan anak tersayang yang penuh kesedihan sambil menyapu linangan airmata anak.”Tak mengapalah kakak,dia tak sengaja pukul kakak tuh.Kakak minta maaf tak pada dia?”

Anak sudah tidak mampu bercakap hanya menganggukkan kepala sahaja.Namun merasa tenang di dalam pelukan seorang ibu.

Di malam hari seorang ibu memerhatikan anak2 yang tidur dengan penuh lena.Dan ibu tersebut mengambil kesempatan di setiap malam untuk mencium ubun2 anak2 dan membacakan surah An-Nasyrh dan ayatul kursi sambil berdoa agar anak2nya menjadi anak2 yang soleh dan solehah di dunia dan akhirat…

Munajat seorang hamba di tengah malam...
“ Ya Allah Ya Tuhanku.Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Ya Allah di malam sunyi sepi ini, hanya Engkau lah tempat ku mengadu memohon pertolongan dan bantuan…
Ya Allah, ampunilah dosa2ku, dosa2 suamiku , dosa2 ibubapaku.Ya Allah, berilah kekuatan dan ketabahan kepada suamiku tersayang.Berilah dia kefahaman para nabiMu dan ilham dari para malaikatMu yang hampir denganMu.Ya Allah berilah kesihatan tubuh badan kepadanya.Berilah ketenangan kepadanya.
Ya Allah, janganlah Kau uji kami dengan ujian yang tidak mampu kami hadapi.Ya Allah, bukannya kami tidak reda dengan ujian yang melanda, namun ku hanya ingin mengadu kepadaMu.Hanya Engkaulah tempat kami mengadu… "

Kita akan merasakan keresahan dan kebimbangan terhadap orang tersayang.Itulah dinamakan kasih sayang.Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.Barulah kita tahu keperitan dan kesengsaraan yang ditanggung oleh seorang ibu terhadap anaknya apabila kita pula menjadi seorang IBU!!!Teringat kedegilan dan kenakalan yang kita lakukan dulu,semestinya kita tidak mahu anak2 kita membuat perkara yang sama, begitu jugalah ibubapa kita.Kita juga inginkan yang terbaik untuk anak kita sebagaimana ibubapa kita terdahulu.Bahkan kita inginkan anak kita LEBIH BAGUS dari kita.Betul tak kak irra?

Di sini juga ummi nak ucapkan tahniah pada mak adah..Semoga dapat menjaga dan memelihara perhubungan yang baru dibina ini dengan sebaiknya.Yakinlah sedikit kelalaian kita akan membawa kesan dan askibat di masa hadapan.Yakinlah dengan perkara itu.Maka berhati2lah dari sekaranag.Sentiasa bewaspada adikku.Teralalu banyak onak dan cabaran yang lebih hebat akan kau tempuhi setelah peristiwa pada hari sabtu yang lepas.

Dan untuk mak teh,salam tahniah dari kami sekeluarga..dah nak jadi ummi dah adik ummi ni tahun depan.Alhamdulillah..bertambahlah cucu ma abah kan?Amacam mak long dan mok der nak ikut jejak tak mak teh ni?ummi?huhu, sabarlah dulu...bagi peluang pada orang lain dulu..betul tak mak longnyer?Tahun depan mana tahu dapat menantu baru pulakkan mak adahnyer?hehehPesanan untuk mak teh, jagalah diri elok2, dari sekarang dah kena didik baby tuh.Banyakkan baca surah Maryam-mudah nak bersalin.Surah lukman-bagi anak cerdik.Surah Yusof-nak bagi anak comel macam maknya dan hencem macam ayahnya.( ye ker pak teh hencem?kalu x, masakan mak teh nak kawin dengan pak teh kan?heheh )..Hormat suami..Suami pulak kena bagi sokongan moral dan fizikal untuk sang isteri yang akan mengalami pelbagai masalah dalam suasana sebegini..Takper, kami sentiasa doakan semuanya selamat dan berjalan dengan lancar...

Thursday, October 8, 2009

catatan..coretan rasa, 8 Oktober 2009

assalamualaikum..
alhamdulillah, dipanjatkan kesyukuran hanya padaMu Ya Allah..terlalu besar anugerahMu terhadap hamba2Mu ini...
hari ni 8 Oktober 2009,jam sekarang dah menunjukkan 1.32 pagi.anak2 mestilah tengah tidur sekarang.Abi tengah khusyuk study, ummi pula dengan penuh rajinnya meneman sambil melayari internet nih.

sudah genap sebulan kami mengembara di bumi Jordan ini.Bumi yang penuh keberkatan,penuh barakah.Memang tidak dapat dinafikan mengenai keberkatan ini.Sungguh ummi tak pandai nak berbahasa puitis,nak menggambarkan perasaan yang lain ketika berada di sini.

Rasa bahagia sangat2 dapat melihat perkembangan anak2 di hadapan mata.Yerlah sebelum ni ummi bekerja makan gaji,balik rumah pukul 6petang,malam anak2 disuruh tidur awal sebab esok nak sekolah.Esok pagi dah hantar ke sekolah.Hujung minggu pula, kadang2 kalu ummi dan abi ada program,terpaksalah hantar anak2 kesayangan kami ke rumah ateh.(hm..apa khabar yer ateh,anak2 selalu gak sebut2 masa mereka membesar di rumah ateh,memang payah nak cari orang yang jaga macam ateh ni..terimakasih banyak ateh.)
Tapi itu memang akan ditempuh oleh ibubapa yang bekerjaya.Bergantung kepada masing2 untuk mencari masa yang berkualiti dengan anak2.

Jadi, sekarang ummi fulltime jadi housewife.Satu perasaan yang tidak dapat digambarkan.Dari Malaysia lagi ummi dah terbayang keseronokan menjadi surirumah.Alhamdulillah diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang ini.Ya Allah Engkau permudahkanlah urusan kami di sini.amin.

Baru sekarang tahu betapa 'sibuknya' menjadi surirumah sepenuh tangga ni.Pagi2 bangun, masak sarapan untuk kak Jannah bawa bekal ke sekolah ( dah kat kul 2 ni, ummi masih tak tidur lagi nih, esok mesti ngantuk,tak per ummi nak goreng kentang kat kak jannah esok.Abi, faqeh dan faseh , ummi nak buat nasi lemak).Baru ummi tahu perangai dan 'kenakalan' anak2 ummi ni bila 24 jam bersama, bermain, bergurau. ber'marah', dengan kak jannah, abg faqeh dan adik faseh.Macam2 perangai mereka buat, yang terkadang2 ummmi geram, lucu, gelihati, marah,semuanya ada.Namun keseronokan dan kegembiraan ini memang tidak diceritakan.Bila kita dah mengalami, barulah tersa kenikmatan itu.Syukur padaMu Ya Allah.Selepas Kak jannah ke sekolah, uruskan faqeh dan faseh pula.Faqeh ni memilih sikit makanannya.Kadang2 dia makan biskut jer pagi2 buta.Yang paling dia suka biskut dengan gula.Resepi dari mana hentah dia.Adik faseh,alhamdulillah tolak batu dengan kayu jer.

Selepas urus anak2,kenalah uruskan abinya pula.Uruskan apa?hehe..kalu takder kelas pagi, abi akan study dalam biliknya,jadi ummi menyediakan segala kelengkapan untuk menselesakan abi.Kalu abi ada kelas,ummipun 'bertukar' kejap.Itupun kalau tak kena rutin untuk basuh baju ( basuh baju 4 hari sekali,jimat air ).Pastu start pukul 10 pagi, faqeh akan kelaparan,ummi akan start masak nasi untuk makan tengahari.Kak Jannah akan balik pukul 12.15 thari.Terus jer makan bila sampai rumah.Alhamdulillah,Kak Jannah balik bas berhenti depan rumah jer, pastu dia terus berlari naik sendiri ke rumah.Pukul 12.40 dah zuhur.Sembahyang Zuhur.Biasanya petang anak2 suka tengok cd,terutamanya cd tom n jerry yang tok abah kirim tuh ( terimakasih daun keladi tok abah, nanti blh kirim lagi,huhu ).Adik faseh akan ditidurkan petang.

Dan maghribnya ,pukul 6.30 petang.Anak2 gosok gigi dan akan diajar iqra' dan seterusnya tidur.Ummi meneruskan kerja apa yang terbengkalai.Dan akan meneman abi sambil melayari internet.Mencari penawar kerinduan pada Malaysia.Mesti tengok, Buletin Utama, Halaqah, AlKuliyyah dan... Nur Kasih.Sekarang pulak tengah dengar lagu2 raya.Rindunya kat udara Malaysia, segala2nya tentang Malaysia dirindui.Semua orang dirindui..Ma Abah,mak ayah..( dah luruh airmata nih,kena pulak lagu raya sedih,huhuhu..tapi tahan, nanti kena ejek dek hubby )seluruh keluarga di Balok dan cendering.

Ada juga kawan2 bertanya,intai2 peluang untuk diri sendiri tak?Yerlah memang niatnya dari Malaysia lagi nak juga cari kursus2 pendek yang berguna untuk diri sendiri mencari peluang lain.( nak cari kerja lain ker balik Malaysia nanti?huhu, sungguh tak bersyukur betul pn izma nih.tak derlah, cuba2lah cari untuk bekalan masa hadapan).tak boring ker duk rumah jaga anak2?mesti ada yang bertanya sebegitu.alhamdulillah ,tak boring, malah rasa seronok tengok anak2 membesar, makan dan minum dari air tangan ummi.Semoga anak2 permata hati ummi abi ni membesar menjadi anak yang soleh dan solehah , dapat membahagiakan kami di dumia dan akhirat,yang dapat mendoakan kami bila kami sudah tiada nanti, insya Allah...

oklah, jam dah menunjukkan 2.20 pagi.Mat dah ngantuk, Adik fasehpun dah merengek2 tuh, lain kali ummi sambung lagi coretan hati ummi yer,jangan ada yang bosan membaca sudahlah...




Tuesday, October 6, 2009

diari..minggu kedua di Jordan

assalamualaikum...hari ini 5 Oktober 2009-jam 10.35 malam..anak2 dah selamat tidur..my hubby? uish..dah selamat jugak..tapi dengan pesanan kejut abg semula..nak study utk kelas esok...ummi? apalagi..huhu tak perlu diucapkan..

apa nak cerita yeyr..dah tulis kat atas tuh..minggu kedua kami berada di sini adalah minggu yang paling sedih kami alami..kenapa yer?

pertamanya..raya dah makin dekat...musytag ( rindu ) Malayzia..huhu..rindu semua orang kat Malaysia..esp my lovely family..internet tak masuk lagi..line tepon , mahal nak call..barang2 umah banyak lagi tak beli..langsir baru jer pasang..

seterusnya..anak tuan rumah yang berusia 22 tahun, lelaki..tegur my hubby..katanya anak2 kami bising sangat..dia kata nanti kalu student lain masuk ( blok di sebelah bangunan kami adalah blok asrama )dia tidak akan bertanggungjawab sekiranya ada pelajar yang komen anak2 kami bising...

hm..sedihnya hati dengar..semua perasaan bercampur baur..sedih+tensen+takut+bengang= nak cari rumah lain!!!! huhu..timbul rasa tidak selesa di hati kami sekeluarga..anak2 ku yang tengah membuas tuh mana tahu duduk diam..berlari ke sana dan ke mari...sampaikan anak2 ummi ini selalu dilarang berbuat bising,terfikir di kepala ummi,kesiannya anak2 ummi dimarah selalu...tapi dalam masa yang sama, kalaulah kami dihalau kerana anak2 bising, macamana?huhu
Hanya pada Allah tempat kami mengadu.."Ya Allah, bantulan dan permudahkanlah urusan hambaMu ini..lembutkanlah hati mereka Ya Allah."

sehinggakan pada satu hari, kami nak pasang langsir, jadi kenalah gerudi simennya untuk letak besi langsirnya..jam pada masa tu menunjukkan 6.40 petang, time nak berbuka dah...memanglah agak bising..boleh dia marah kat my hubby, katanya dia nak tidur, dan jangan bising..huhu pelik betul..dan my hubbynya dengan segera menghentikan penggerudian itu.Tapi..malamnya selepas terawikh, my hubby sambung semula kerja yang terbantut tadi..hehehe...keluar anak dia tuh, tak blh nak duduk rumah..yerlah kami nak pasang langsir, kenalah gerudi simennya...

tapi itu cerita sedih dulu..sekarang..alhamdulillah..
2 hari selepas itu, my hubby gi jumpa ummuqusoi tuh..(anak dia namanya Qusoi ).. alhamdulillah, mmg stail arab, anak2 kecik dia siap peluk dan cium kepalanya..sejuk mata ummi memandang... rupanya Qusoi anak tunggal dan tak pernah ada family duk bangunan nih..so mmglah dia rasa tidak selesa pada awalnya..namun setelah sekian lama, alhamdulillah kembali ke normal..
dan 3 hari selepas tuh, ummuqusoi datang ke rumah kami buat pertama kalinya..fuh berdebar tahap maksima dibuatnya.. nak speaking arabic, ummi tahu sikit2 jer.. mulalah cakap dengan menggunakan isyarat tangan..huhu.Mujurlah ummuqusoi boleh speaking English..maka campurlah bahasa kami..Alhamdulillah.. syukur pada Mu Ya Allah ..Sungguh Kau Maha Penyayang ...

Minggu ni jugak Kak Jannah dan adik Faseh demam..dua2 nya muntah dan panas badan.. susahnya hati ummi..namun alhamdulillah..anak2 ummi ni kuat antibodi badannya..demam tak lama.

Di malam syahdu doaku...
"Ya Allah, Kau ampunilah dosa2 suamiku tersayang, permudahkanlah urursannya dalam mencari ilmuMu di bumi yang penuh berkat ini..berilah dia kesihatan,ketabahan dan ketenangan Ya Allah...
Ya Allah ampunilah dosa2ku..permudahkanlah urusan kami,kuatkanlah semangat kami menghadapi hidup ini...
Ya Allah..lembutkanlah hati anak2 ku..jadikanlah mereka mendengar kata kami dan menjadi penyejuk hati kami...
Ya Allah...ampunilah dosa ibubapa kami, adik beradik kami, sahabat handai kami, jiran tetangga kami dan semua orang2 Islam..
Ya Allah..berilah ketenangan dan ketabahan kepada keluarga kami dalam menghadapi kehidupan ini..Engkau rahmatilah dan berkatilah kehidupan keluarga kami..mak ayah,kak nor, kak lah, kak nah, kak mizan, yah, ayu, dan keluarga mereka,cu eda , mira...berilah mereka kekuatan Ya Allah..
Rahmatilah ma abah, abg rd, yie, amy, adah dan adik...Engkau permudahkanlah urusan ma abah menunaikan haji pada tahun hadapan..."
amin ya rabbal alamin..perkenankanlah permintaan hambaMu ini..Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani...


Monday, July 27, 2009

kronologi suamiku demam...

24 JULAI 2009- sebenarnya hari ni dah masuk hari ketiga suamiku demam, setelah pulang dari kuantan..demam buat kerja bnyak kot...hentahlah.

petangnya setelah ma abah balik ke kuantan, kami hantar semua anak2 kepada pengasuhnya...kami ke mydin untuk membeli barangan dapur.


kami beli pampers dan susu2 anak ku yang bertiga itulah...minggu ni aku sudah tidak lagi memerah susu.memandangkan adik baby, malam jer menyusukan badan.so balik kerja terus jer dia 'bergayut '.ada makcik kat belakang kami, tegur, banyaknya susu..hehe


selepas maghrib kami klinik aishah, batu6.muka tenseng my hubby...badannya start naik merah2,amat merisaukan kami.jadi dr di klinik, sarankan kami ke HSNZ, bahagian kecemasan,suspek denggi katanya..YA ALLAH, PERMUDAHKANLAH URUSAN KAMI...


Kami ke HSNZ untuk dapatkan kepastian.ujian sampel darah telah diambil....


tapi kena tunggu sejam utk keputusannya..apa lagi kami pergi makan satay dulu di batu buruk.alhamdulillah, bukan denggi..namun sampai ke saat ini, suamiku masih belum kebah lagi demamnya...
26 JULAI 2009-paginya lagi sekali kami ke klinik, tanyakan kepastian...tapi yang agak merisaukan ialah, bila time malam jer, baru rasa lenguh2, sakit tubuh badan.sampaikan aku bercuti hari ini, untuk menjaga my hubby dan juga untuk mengupdate blog ini...


YA ALLAH, PERMUDAHKAN URUSAN KAMI.SEMBUHKAN CEPAT SUAMIKU.AMPUNKAN DOSA KAMI YA ALLAH....

Sunday, July 26, 2009

diari ringkas ummu faqeh yang penuh kesibukkan...

17 JUN 2009- pagi, ke pejabat Menteri Besar

petang, makan pizza hut


22 JUN 2009- 1st time aku cuba buat riben, akhirnya menjadi..alhamdulillah..



24 JUN 2009- hasil kerja tangan anak sulungku-hurul Jannah.rumah boleh berdiri katanya.


26 JUN 2009- otw balik ke kuantan


5 JULAI 2009-selipar baru kak jannah telah dibeli


6 JULAI 2009- hasil kerja tangan anak2ku , jannah dan faqeh.


antara buku2 yang ummi beli ketika di batu pahat, johor



7 Julai 2009- kami melepaskan livina kami..huhuhu,sedihnyer...

7-11 JULAI 2009- kem INTIM


12 JULAI 2009-handbag lamaku akan digantikan dengan yang baru.yeay..yeay..


ini dia handbag baruku..tq my darling!


13 JULAI 2009-kami amik gambar untuk buat pasport antarabangsa..yang menjadi masalahnya adik, payah benor dia nak posing kat kedai tuh, terpaksa abi yang pegang adik sekali.

jannah yang sudah kebosanan.dah [ukul 1.29 thari, tak siap2 lagi.adik baby siap menangis2 lagi...sian kat dia, nak susu dan nak tidur dah...



15 JULAI 2009-pagi.konvo makteh di Universiti Darul Iman Malaysia Kampus KUSZA.congratulation, happy convocation...




petangnya kami ke imegresen lagi sekali utk mengambil pasport yang dah siap..jannah yang penuh tenseng kena datang lagi sekali ke pejabat imegresen untuk mengambil pasport, anak2 kena cap jari dulu...termasuk my baby..


sempat lagi adik baby posing nak ukur ketinggian tuh!


haa.. inilah kelima2 pasport yang kami perlu buat untuk journey kami ke jordan pada bulan 9 nanti, Insya Allah,doakanlah kami dipermudahkan segala urusan..



huish bz bangat yer..sambungannya di entri seterusnya..bertambah lagi bz dengan kenduri maktehnya...

sajer jer menempek gambar aliya yang tengah menyusukan baby barbie nya..adik barunya ada kat belakang tuh,umminya sibuk berpantang, dia sibuk duk berpantang jugak.



salam penuh kebz an...

assalamualaikum kepada semua..
alhamdulillah..akhirnya pada saat ini, jam 11.40 pagi..26 Julai 2009..aku masih bernafas dan diberi kesempatan untuk mengupdate blog kesayangankku ini..berapa bulan dah yer tak terupdate blig nih?hm.. last entri pada 29 Jun 2009..so dah sebulan lebih kurang aku termissed utk update blog nih..sebenarnya terlalu banyak perkara yang berlaku dalam 2 bulan yang lalu...

antara kesibukan aku ialah...
1.progam2 jabatan
2.menguruskan majlis sebelum dan selepas perkahwinan adik ku, Nur Mawarni
3.bz menguruskan proses utk kami berhijrah ke Jordan..antaranya..penjualan livina tersayang!!!.
4.proses membuat pasport antarabangsa.
5.bz membasuh baju stok 2 minggu
6. dan terakhirnya..hari ini dah genap seminggu suami kesayanganku demam...hari ini aku bercuti, menemani hubby kesayangan...

dan semuanya insya Allah akanku ceritakan dalam entri seterusnya..beserta dengan gambar2nya yer...ok, nak edit gambar2 kejap yer..







Sunday, May 10, 2009

ibu-ratu hatiku

ssalamualaikum.. ini merupakan entri yang terakhir pada malam ni, dah berapa entripun tak terbilang..berbaloilah dua hari berturut2 mengupdate blog ini...habis semua benda dikumpul selama dekat dua bulan diceritakan dalam masa 2 hari ini..

ucapan selamat hari ibu kepada semua ibu2 dan yang bakal bergelar ibu...
kat sini aku nak tepek semua gambar2 penyejuk hati sahabat2 baikku..semuanya dimohon keizinan utk ditepek di blog ini.


ini anak sahabatku siti nurul hafizah, bekas sekolah al-ihsan dulu.alhamdulillah pagi tadi jam 2.00 pagi kami berkesempatan berbual menggunakan ym, 48 minit lah nurul.lama juga yer...macam2 perkara yang kami bualkan..Nurul tinggal di London sekarang bersama suaminya..merantau mencari pengalaman di negara orang...Ya Allah semoga hati2 kami ini sentiasa ditautkan keranaMu semata2 amin..ilal liqo' nurul.Sungguh dari dulu sampai sekarang, sebenarnya diriku amat mengagumi keperibadianmu, insya Allah akan menjadi penguat semangatku ketika berada di negara orang nanti..

ni anak dia yang sulung - khadeeja dan anak ke2-maryam..comelkan anaknya..geram khaulah tengok, nanti kalau balik malaysia beritahu yer nurul.













ini pulak anak sahabat aku ketika di uitm dulu, kak izan..ni anak dia najwa namanya..semoga najwa ini yang akan menjadi penawar resah hatimu..yakinlah dia ini yang akan mendoakan kesejahteraan kita di dunia dan akhirat..serta yakinlah dengan setiap ketentuan dari Allah tentu ada hikmah di sebaliknya..



Alhamdulillah.. kami berkesempatan bersua muka pada 9.5.09, setelah bertahun2 tak berbicara..kak, terlalu banyak sebenarnya inginku berbicara, namun kita ada keterbatasan waktu dan keadaan..Ya Allah semoga hati2 kami sentiasa utuh, bertemu dan berpisah keranaMu semata2...



video klip ni aku tujukan khas buat anda semua..


hm.. ni pulak anak aidawani , kawan sekerja..sori, aida, ko dah nak kerja baru aku berkesempatan pergi ziarah bb hafiy.. semoga dia menjadi anak yang soleh, amin.




Alhamdulillah, selesai sudah hajatku selama 2 bulan nak mengupdate blog kesayanganku ini..
kepada di luar sana yang membaca blog ini, silalh beri komen dan tinggalkan jejak2 anda di sini, terutamanya kepada kak MAZUIRA SARMANI...hehe kak, dah baca ning, jgn lupa komen yer..dan saranan saya kat akak mehler buat blog gak..

SAYONARA SEMUANYA..MOHON KEMAAFAN ANDAI ADA TERKASAR BAHASA...