Pages

Showing posts with label untaian madah. Show all posts
Showing posts with label untaian madah. Show all posts

Sunday, February 24, 2013

Hidayah Perlu Dicari.

Ini perkongsian dari hati Wardina yang menyentuh hati.
 Ummi ambil dari sini.
 

Bismillahirahmanirrahim. Dengan nama Allah yang Maha penyayang lagi Maha pengampun. 

Assalamualaikum pembaca sekalian. Anggaplah luahan hati ini rintihan jiwa seorang hamba yang bermusafir yang terlalu ingin lebih dekat dengan TuhanNya. 

Moga kita semua diberi kesempatan untuk berkongsi lebih banyak kebaikan bersama.

Kata seorang rakan pada saya, “Hidayah perlu dicari, macam juga jodoh dan rezeki konsepnya ~Dina" . 

Benar sekali, hidayah tidak datang bergolek. Akan tetapi ramai yang cuma menanti hati mereka ‘dibuka’ tanpa sebarang usaha. Ramai yang menanti ‘seru’ hadir tanpa berbuat apa-apa. 

Seperti yang berkata “Aku nak kaya” namun duduk saja goyang kaki, tanpa usaha, maka mana mungkin harta turun dari langit begitu saja. 

Samada kita sedar atau tidak, setiap hari kita memohon hidayahNya. Setiap hari kita memohon Allah menunjukkan kita kepada jalan yang lurus. Berapa kali kita sebut, baca dan ulang dalam Surah Al-Fatihah. (ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ - Tunjukilah kami jalan yang LURUS) 

Berapa ramai yang benar-benar fahami dan bersungguh tatkala membacanya. Ini peringatan untuk diri juga!

Perkara yang paling menakutkan saya adalah apabila menyedari hakikat bahawa hidayah ini hak milik mutlak Allah SWT, Al-IIah, Ar-Rab, yang dianugerahkan kepada sesiapa yang Allah Al-Wahab mahukan. Allah Al-Hakim lebih tahu siapa yang berhak mendapat hidayahNya. Allah Maha Mengetahui kerana Allah itu Al-A’leem, Al-A’alim, siapa yang tidak patut memilikinya. 

Seperti bagaimana Rasulullah SAW sendiri memohon dan berdoa untuk bapa saudaranya, Rasulullah SAW merayu dan memujuk Abu Talib yang telah membantu baginda dengan masa dan tenaganya, dengan menjaga dan memeliharanya namun hidayah bukan di tangan kita. Itulah pengajaran yang paling besar. Itulah hakikatnya.

Hidayah kata Mufti Ismail Menk tempoh hari di dalam kuliahnya, perlu dicari dengan kesungguhan dan kepayahan. Struggle. Dengan keringat perjuangan. “Those who struggle in Allah’s way, the doors of Allah will open in their way” Mereka yang berjuang untuk ke jalan Allah, yang cuba dan berusaha akan dibukakan pintu kearahNya” InsyaAllah dengan izinNya, hidayah akan diberi. Apa dia kesan hidayah? Kesan hidayah ini maka kebaikan akan terasa mudah untuk dilakukan.


Saya simpulkan pengajaran yang saya perolehi mengenai bagaimana untuk kita terus Istiqamah setelah mendapat hidayah, ya walaupun sedikit. Semoga Allah yang Maha Pemurah, memberi lebih dan lebih hidayahNya kepada kita. Peringatan ini juga amat berguna untuk diri saya yang serba dhaif lagi jahil ini.  

Mustaqim dan Istiqamah asalnya dari perkataan yang sama. Untuk memastikan kita terus kekal Istiqamah dengan hidayah yang telah diberi, agar hidayah itu tidak hilang, lenyap dan sepi kata mufti Menk, ada beberapa panduan yang diberikan yang ingin saya kongsikan dengan anda semua:-

1) Pengajaran pertama - Jangan bimbang pandangan orang lain. Abu Talib ‘takut’ pandangan pembesar Qurasyh yang lain, begitu bimbang mengenai apa yang akan ‘diperkatakan’ setelah dia meninggal, sekiranya dia menjadi seorang Muslim, maka kerana ke’risau’an inilah yang menyebabkan Abu Talib tidak mengucap Syahadah.

2) Kedua - Istiqamah mengekalkan hidayah tidak akan berlaku sekiranya kita ‘menyibukkan’ diri menilai orang lain kata Mufti Menk. Bergossip membuatkan kita sibuk dengan hal dan aib orang lain sehingga terlupa menilai diri. Bergossip dan berkata buruk sudah cukup berdosa, apatah lagi mengaibkan dan memfitnah. Sibukkan diri mengenai hal diri, kekurangan diri, keluarga, anak-anak daripada orang lain. InsyaAllah Allah akan beri kita hidayah. Kedua, sibukkan diri dengan hal sendiri bukan orang lain.

3) Ketiga- Hidayah akan kekal sekiranya kita sentiasa i) Beristighfar dan ii) Bertaubat. Beristighfar bererti kita memohon maaf setelah tersedar dan setelah melakukan apa saja dosa dan kesilapan, namun bertaubat bererti kita kembali kepada Allah dengan memalingkan hati dan diri kearahNya. Beristighfar sahaja belum cukup, namun memalingkan diri kembali adalah kunci untuk mendapatkan hidayah, seterusnya mengekalkan hidayah itu. Kita PERLU dan mesti sentiasa beristighfar dan bertaubat, Allah memberi Taubah itu sebagai hadiah kepada hambaNya, bayangkan jika tiada konsep taubah? Oleh itu saya sering ingatkan diri, jangan berputus asa, teruskan perjuangan dan InsyaAllah Allah akan menunjukkan kita jalan yang lebih baik dari sekarang.

4) Keempat - Amalan yang berterusan. Lagi dan lagi. Tambah dan tambah amal. Bagaiamana? Dengan mengikhlaskan hati, mencari dan mencari dan mengikut contoh dari Rasulullah SAW.

5) Kelima- Sampaikan kebaikan. Hidayah akan terkesan dan kekal sekiranya kita menjadi agen untuk menyampaikan kebaikan. Konsep Amal ma’ruf nahi mungkar ini dapat mengingatkan diri dan orang lain. Ya, marilah kita sebarkan kebaikan, kasih dan sayang, bukan kebencian, keburukan dan kejahatan! Walaupun sedikit! Sedikit dan sekecil biji sawi sekalipun ianya akan dinilai Allah Al-Hasib.

6) Keenam – Carilah kawan yang soleh. Pilihlah kawan kita, kawan atau rakan yang akan MENGINGATKAN kita sekiranya kita tergelincir. Rakan dan sahabat yang jujur memberi teguran. Seram sejuk apabila mufti memberikan contoh bagaimana nanti, apabila dibangkitkan kembali, sahabat karib kita akan menjadi musuh, bercakaran sesama sendiri, bertanya kepada kita – “kenapa engkau tidak menasihati aku dulu?” “Engkau tahu apa yang aku lakukan salah, kenapa engkau tidak ingatkan?” Na’zubillah. Mari kita ingatkan rakan kita, dengan penuh hikmah dan kasih.

7) Ketujuh – Hidayah akan kekal dengan Ilmu. Kita perlukan ilmu untuk berada di atas jalan yang benar. Terus dan terus dan terus tanpa henti menggali ilmu dari sana dan sini. Dari sumber yang sahih lagi dipercayai. Lebih banyak kita tahu lebih banyaklah kita tahu yang kita ini tidak tahu.

Pesanan mufti yang terakhir benar-benar membuatkan dewan tergamam tanpa suara. Untuk mendapat hidayah, kata mufti “JAGALAH MATA” Jagalah mata, kerana khuatir pandangan itu pandangan syaitan. Tundukkanlah pandangan. 

Saya sedang cuba mempraktikannya walau saya seorang wanita. Saya yakin para lelaki mempunyai dugaan yang lebih. Menjaga mata dengan tidak melihat dan menilai apa yang orang lain pakai, tidak melihat kereta apa yang mereka bawa, atau melihat kelebihan mahupun kekurangan. 

Kenapa? Supaya lebih kurang rasa ingin membandingkan diri dan mengata. Supaya lebih kurang iri hati dan dengki hinggap di dalam hati ini. Semuanya bermula dengan mata. Akan saya pegang nasihat ini.



InsyaAllah semoga kita diberi semua diberi hidayah oleh Allah SWT. Kita semua sebenarnya sama saja, sedang berjuang dan berusaha untuk lebih dekat denganNya. Ingatlah Allah, itulah pesanan terakhir Mufti Menk. 

Ingatlah Allah pada setiap masa dan ketika, bukan hanya apabila bertasbih selepas solat di atas sajadah. Ingatlah Allah tatkala makan, melakukan kerja dan bermesra dengan anak atau isteri dan suami misalnya. InsyaAllah mari kita cuba. Ingatlah Allah dengan sengaja, apabila melakukan apa saja. Jika semua umat Islam dan semua orang memegang konsep Allah melihat apa sahaja kita lakukan, MasyaAllah bayangkan betapa banyaknya kemungkaran dan kejahatan tidak akan berani dilakukan. 

Kepercayaan bahawa Allah itu Ar-Raqeeb yang Maha Melihat perlu disematkan kembali didalam jiwa kita ini.
Wallahua’lam. Amin.

Thursday, November 1, 2012

Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia.


 Bismillah Walhamdulillah...

Buku yang menjadi bahan rujukan ummi..
Ketika dilanda masalah dan ujian...
Pasti buku ini yang ummi akan cari..

Allahu Akbar..
membaca buku ini pasti memberi 1001 ketenangan dan kedamaian jiwa..

Buku versi Bahasa Melayu ummi pinjam dari kawan ummi,Yana.
Buku versi bahasa arab,abi belikan untuk ummi..
Sambil baca versi bahasa arab,ummi tengok terjemahan dalam bahasa arab.
Dalam masa yang sama ummi dapat belajar bahasa arab.

Perlu mencari sesuatu yang dapat memberi motivasi di kala ujian melanda..

Ini ummi kongsikan sedikit apa yang tertulis dalam kitab ini.



 Mawar Pertama
Ingatlah, bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepada-Nya.

~ Iya...kita perlu banyak beristighfar apabila melakukan kesalahan.Sedangkan Rasulullah yang maksum sendiri memohon kemapunan 70 kali sehari.Kita yang banyak melakukan dosa dan noda ini,adakah kita sentiasa beristighfar?Allah...


Mawar Kedua
Kasihanilah orang yang lemah nescaya anda akan bahagia. Berilah orang yang memerlukan pertolongan nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda nescaya anda akan selamat.

~Kasihani orang yang lemah..insya Allah kita akan bahagia.Beri pertolongan kepada yang memerlukan dengan ikhlas..



Mawar Ketiga
Optimislah, sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

~ Iyer..hidup ini perlu OPTIMIS!!!
Syurga menantimu...

Mawar Keempat
Hapuslah air matamu dengan berprasangka baik kepadaNya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu.

~ Iyer...hapuslah air matamu..air matamu amat2 beharga...buang semua kesedihan..hidup perlu diteruskan!!Inagt dan kenang segala nikmat Allah...Allah masih sayangkan kamu..



Mawar Kelima
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani seseorang secara lengkap, kerana pada hakikatnya, tiada seorang pun di muka bumi ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam keruhan. Bersyukurlah. Syukur itu kunci kebahagiaan.

~ Allahu Akbar...tak semua apa yang kita inginkan akan kita dapat..mungkin kita berdoa belum tentu Allah makbulkan dalam masa terdekat!
Yang penting..SYUKUR!

Mawar Keenam
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya.

~Allah..Kena bercita2 tinggi..
Biarlah orang buat tak elok kepada kita..
yang penting kita buat baik dan bersangka baik dengan orang lain.



Mawar Ketujuh
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan merasa gelisah. Tenangkanlah hatimu dari belenggu kesedihan dan kegelisahan. Bahagia untukmu pasti akan muncul jua. Terus memohon kebahagiaan dari-Nya, insyaAllah. Jangan pernah berhenti.

~Allah..amat2 mendalam kata2 ini..menusuk kalbu...
Jangan terus dibelenggu kesedihan..bahagia akan muncul..
Yang penting mohon keberkatan dunia akhirat dariNya..

Mawar Kelapan
Jangan anda menunggu datangnya bencana dan fitnah, tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamaian dan kesihatan, insyaAllah.
~ Bersangka baik dengan Allah..insya Allah kita akan tenang dan aman damai hati..


Mawar Kesembilan
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu. Janganlah menyimpan dendam kerana ianya hanya menambah titik hitam di dalam hatimu. Tenangkanlah hatimu dengan memaafkan kesalahan mereka.

~ Allah..memang perit dan pedih untuk memaafkan orang yang pernah buat salah dengan kita..tidak perlu berdendam kerana akan ada titik hitam dalam hati..yang penting bertenang dan maafkan kesalahan mereka dengan ikhlas!

Mawar Kesepuluh
Mandi, berwuduk, memakai wangian dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan. Bersuci adalah salah satu cara untuk menyegarkan diri anda. Diri segar, minda segar, hati pun terasa bahagia. InsyaAllah.

~ Yang penting diri kena segar...minda kena cerdas! Hati akan BAHAGIA!!!


Dipetik dan diolah dari buku "Jangan Bersedih, Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia & Mutiara Untuk Orang Yang Paling Bahagia"  dari Dr.Aidh B Abdullah Al-Qarni.




Tuesday, October 23, 2012

JAGALAH HATI SELALU..

Allahu Akbar..

Menjaga hati umpama menjaga seekor binatang  buas yang berkeliaran di dalam kandang..

Terlepas pandang sikit,terkeluarlah dari kandangnya..

Sehubungan itu, Imam Al Ghazali memberi panduan:

"Carilah hatimu pada tiga tempat:
1- Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran.
1-Jika kamu tidak temui , cari hatimu ketika mengerjakan solat.
3-Jika kamu tidak temui,cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati.
Jika kamu tidak temui juga, maka berdoalah kepada Alaah pinta hati yang baru kerana pada hakikatnya pada ketika itu 
kau tidak mempunya hati"..

ALLAHU AKBAR!!!!

Rawatlah hati dengan solat.

Berkata seorang ulama al-Hakim

"Jika kamu ingin Allah 'bercakap' denganmu, 
bacalah al-Quran kerana
 Al-Quran ayat2 Allah ditujukan kepadamu.

Tetapi jika kamu pula ingin 'bercakap' dengan Allah ,
 maka dirikanlah solat kerana hakikatnya solat ialah 
DOA, PENGADUAN, PUJIAN DAN RINTIHAN 
seorang hamba kepada Allah.

ALLAHU AKBAR!!! 
Merintih dan merayulah hanya kepada Allah..
Bergantung semata2 kepada manusia tidak akan ke mana 
jika tiada sandaran kepada Allah...

MUHASABAH DIRI ...


Wednesday, July 27, 2011

BAHAGIAKAN KAMI DUNIA AKHIRAT!

Bismillah Walhamdulillah..

BAHAGIA.

Hakikat kebahagiaan itu sebenarnya dari dalam diri sendiri..
Semuanya berpunca dari hati kita.
Lalu kita sirnakan di wajah...
Memberi senyuman seikhlasnya kepada orang lain.



TENANG.

Memang amat payah sebenarnya mencari ketenangan.
Ketenangan tidak dapat di cari dengan wang dan harta benda.
Segalanya berada di dalam hati.

GEMBIRA.

Menggembirakan orang lain, 
pastinya dapat menggembirakan hati kita sebenarnya.


MASALAH.

Mendengar dan merasakan empati terhadap masalah orang lain,
sebenarnya dapat membantu memberi motivasi terhadap diri sendiri.

Apabila mendengar masalah dan penderitaan orang lain,
bersyukurlah!
Kerana ujian orang lain lagi hebat daripada ujian kita.
Allah tidak akan uji sesuai dengan tahap kemampuan kita sebenarnya.



MOTIVASI.

Ukhuwah antara manusia ini umpama bangunan ,
saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.
Kita yang berserabut dengan masalah,
secara automatiknya akan termotivasi 
dengan mendengar dan berkongsi masalah dengan orang lain!
Percayalah..
dengan memberi kekuatan kepada orang lain,
sebenarnya dapat memberikan kekuatan motivasi untuk diri sendiri.


HIDUP PERLU DITERUSKAN!

Ya, benar.
Walau apa yang terjadi 
Walau badai ombak melanda
Walau susah payah jerih yang mendatang
Walau retak hati
..HIDUP ini perlu diteruskan!
..Ranjau berduri perlu diredah.
Segala2nya perlu diteruskan!!


YAKIN ALLAH BERSAMA.

Allah sentiasa berada di sisi hambaNYa..
Selangkah hamba kepada Allah,
seribu langkah Allah dekat pada kita.
Apabila sedar diri kita disayangi Allah
pastinya langkah yang kita aturkan terasa bersemangat!


BUKAN TIDAK REDHA..

Ujian yang Allah berikan kepada kita..
segala2nya kita adukan dan merintih kepada Allah
Bukannya tidak redha dengan ujian tersebut,
sekadar ingin mengadu dan memohon pertolongan dari Allah.

UJIAN TIDAK SAMA.

Setiap manusia diuji dengan cara yang berbeza2
sesuai dengan tahap kemampuan masing2.
Allah pasti tidak akan menzalimi hamba2Nya.
Yang penting berlapang dada dan bersyukur 
dengan semua ketentuan yang Allah aturkan.


HUSNU ZHON.

Bersangka baik dengan segala yang Allah berikan.
Sama ada susah atau senang dalam kehidupan.
Pastinya ada 1001 hikmah yang tersurat dan tersirat.
Syaitan pastinya memainkan peranan untuk membuatkan kita 
sentiasa bersangka buruk dengan segala ketentuan Allah.
"Mengapakah Allah tidak memberi apa yang aku minta,
sedangkan telah banyak usaha yang aku buat?"
"Adakah Allah tidak sayang kepada aku lagi?"
Na'uzubillah..


KASIH SAYANG.

Berkasih sayang sesama manusia
pastinya akan menenangkan hati kita.
Saling redha meredhai antara satu sama lain.

Sayang seorang bapa kepada anak,
sayang seorang suami kepada isteri,
sayang seorang kawan kepada kawannya..
terasa indah kasih sayang tersebut 
sekiranya segala2nya dilakukan 
semata2 ingin mencari keredhaan Allah.


KAYA HATI!!!

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w.:
"Bukanlah yang dinamakan kaya itu kerana banyak hartanya, tetapi yang dinamakan kaya sebenarnya ialah kekayaan hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Ini punca segala2 
KEBAHAGIAAN DI DUNIA DAN AKHIRAT!

ربنا اتنا في الدنيا حسنة 
 وفي الآخرة حسنة
وقنا عذاب النار


Siap dinukilkan
3.00 a.m
27 Julai 2011.
26 degree.
Alhamdulillah!


Saturday, January 24, 2009

Perkara yang Membuat Kita Susah

Perkara yang Membuat Kita Susah

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaanyang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Sunday, October 5, 2008

wanita ibarat epal...

Buat muslimat..




Wanita ibarat epal.

Epal yang tak berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran ditanah.

Tetapi epal yang tak mampu dibeli berada dipuncak pokok.

Susah dipetik,susah digapai.


Kadang-kadang epal itu risau,"kenapala diriku belum dipetik?"
Lantas ia merendahkan martabatnya dan menggugurkan diri menyembah bumi.


Sedangkan ia sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi martabatnya sehingga tiada siapa yang berani memetiknya.

Hanya pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu.

Mungkin bukan di dunia tapi di akhirat.




Biarlah jodoh bukan di dunia asalkan cinta ILAHI sentiasa mengiringi...


Friday, September 26, 2008

12 Sifat SAHABAT

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akanmembalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dansebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akanmenerima dengan baik
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akanmenghargai atau menyebut kebaikanmu
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akanmenutupnya
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akanmengusahakannya
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akanmenanyakan kesusahanmu
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankankesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senangmengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan{petikan "Bimbingan Mu'minin" Imam Ghazali}
Dari Rabbaniyyah

Sunday, August 5, 2007

untaian madah

"Hukuman paling berat atas seseorang adalah apabila Allah menjadikan ia lupa pada dirinya sendiri. Sebab bila seseorang lupa pada dirinya sendiri, maka ia akan terjerumus ke dalam kenistaan sedang ia masih menyangka bahawa ia masih berbuat kebaikan.." - (Muhammad Ar Rawi)

Thursday, August 2, 2007

motivasi..


"Kalaupun kita tidak mampu untuk menjadi sehebat mentari, ataupun seterang sinarnya purnama, cukuplah sekadar menjadi bintang timur yang paling bergemerlapan di dalam kerlipan bintang-bintang yang memagari sang purnama"

Monday, July 16, 2007

KASIHKU AMANAHKU


Perkahwinan menyingkap tabir rahsia

Suami isteri inginkan Keluarga yang bahagia

Dan mengharapkan Sebuah bahtera indah

Untuk bersama belayar ke muara

Permikahan, menginsafan kita

Perlunya iman dan taqwa Meniti sabar dan redha

Bila masa senang syukuri nikmat tuhan

Susah mendatang tempuhi dgn tabah

Isteri janji telah dipateri Diijab kabulkan dan dirahmati

Detik pertemuan dan pernikahan

Yang dihujani air mata kasih

Demi syurga ilahi Suami jangan menagih setia

Umpama Hajar Dan setianya Zulaikha Terimalah seadanya

Yang terindah dilubuk hatimu Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab

Bersama suami dan isteri Isteri hamparan dunia

Suami langit penaungnya Isteri ladang tanaman

Suamilah pemagarnya Isteri bagai kejora

Suami menjadi purnama Tika isteri beri hempedu

Suami tabah menelannya Tika suami terteguk racun I

steri carilah penawarnya Sungguh isteri rusuk yang rapuh

Berhati hatilah meluruskannya

Nyanyian : InTeam

BISIKAN NURANI


Lautan kematian ombak

Tenang pantai tiada terusik

Begitulah tasik hatiku

Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai

Anugerah syurga di dunia Doa kudus aku panjatkan

Semoga dirahmati

Telah pun ku syukuri

Di dalam hidup ini

Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu

Sempurna pada Pandanganku Kau kirana

Keturunan terpilih

Disanjung serta dihormati

Kau permata Kesederhanaanmu

Mengecap kekayaan dunia

Kau mestika Ketaqwaan dirimu

Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji Apalagi memuja

Salahkahku kagumi Perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku

Engkaulah pilihanku Akanku pertahankan Amanah suci ini

Nyanyian : InTeam