Pages

Showing posts with label Asiah Awatif. Show all posts
Showing posts with label Asiah Awatif. Show all posts

Monday, November 23, 2009

BABY IN ROMPER CONTEST

ASSALAMUALAIKUM..JAM MENUNJUKKAN 2 PAGI.CUACA MENCECAH 1O DARJAH CELCIUS.KALI NI UMMI LAGI2 DAN LAGI NAK MASUK CONTEST.HUHU.ANAK2 UMMI SEMUANYA ADA ROMPER MASING2..TAPI DAH TERLEBIH UMUR, JADINYA BB ASUHAN UMMI JER YANG LAYAK MASUK.
TAJUK KALI NI BABY IN ROMPER CONTEST.

CONTEST NI DIANJURKAN OLEH KAK NGAH. DAN KEDAINYA DI SINI.




nama:


ASIAH AWATIFF BT AIMAN


tarikh lahir:

28.6.09



NI UMMI COPY PASTE DARI BLOG KAK NGAH NIH.

setelah berkoyan-koyan saya joint kontes
kali ni saya punyer turn lak anjur kontes
saya memang minat romper
since dari adam kecik lagi suke beli romper
sampai la ke adief
tapi.. mak yong tak suke romper
baju gendong beruk katanya kehkehkeh!!
kalau hantar romper, sampai sudah la tak dipakaikannyer
sabau jek la kan..
ntah la... saya tengok kemas jek bila anak pakai romper
takde la kes perut terjojol hahaha!!



t&c

1. buat 1 n3 dengan tajuk 'baby in romper contest' -sudah!
[hanya tajuk ini yang diterima]
2. upload gambar baby anda yang beromper ittew- beres!
[overall tak masuk senarai tau!]
3. baby harus la berusia 24 bulan ke bawah- 5 bulan, oklah!
[sila nyatakan tarikh lahir. yang oberdos umur tu.. mintak mahap yo...]
4. bermula dari harini hingga 24 nov - epi bday to adeeb!
[sempena birthday adeeb lewww]
5. nak jadi follower boleh.. tak nak pun takper- dah jadik!
[tiada unsur paksaan]
6. pastikan ada link me & kodai me sekali - semuanya dah ader!
[hak ni ada unsur-unsur paksarela hoccay~!!! ]
7. juga di bloglist anda --semuanya ada!silalah semak.
[wajip]
8. tiada item 6 & 7 dikira disqualified
[nasib kome la yer...]
9. no votes, no slogan - bagus2!
[korang senang, saya pun tak poning kehkehkeh!!!]
10. dah siap, tinggalkan jejak di ruangan komen n3 ini sahaja
[senang saya nak jengah nanti]
11. last but not list, tepek banner di sidebar bersama-sama link yer.. -tak lupe
[jangan luperrrr...]


sonang yo kan???!! -yup, memang sonang, nak monang jer susah!


Saturday, November 21, 2009

MY BIRTHDAY GIVEAWAY- MBG!

assalamualaikum..jam menunjukkan pukul 2.55 pagi.bersama my hubby study!
hehe, cuaca mencecah 11 darjah celcius di bumi jordan sekarang...

kali ni ummi nak masuk contest lagu.huhu..
kali ni berkenaan cd..atau cloth diaper..atau dalam bahasa melayunya adalah lampin kain..

ummi nak ceriitakan pengalaman ummi pertama kali menggunakan cd ni.Pada permulaannya uumi tak pernah tahu menahupun tentang cd nih.semenjak ummi duk search internet nih, adalah seorang kawan tuh yang memperkenalkan ummi dengan cd nih..kredit to you fidza!ummi pun mulalah mencari2 produk2 cd utk dipakaikan pada bb kesayangan ummi nih.

pada suatu hari yang hening, ummi ke kuala lumpur utk mencari cd bersama hubby( ada kerja lain gak masa tuh)ummi telah melalui pelbagai halangan dan rintangan untuk berjaya mencarinya( kenapa tak beli online jer?-ummi masa tuh tinggal beberapa hari lagi nak terbang ke bumi jordan nih, jadiknya nak beli teruslah!)..

Alhamdulillah akhirnya berjumpa jugak dan sekarang ummi memakaikan cd utk bb kesayangan ummi.

Apabila kami tiba di Jordan, kami mengalami perubahan cuaca yang agak mendadak..apabila dipakaikan pada bb ummi, cepat jer merahnya..ummi mencari sebab musababnya kenapa merah habis bontot bb.Hampir putus asa ummi dibuatnya..ummi mencari sebab musababnya Rupanya ummi kena bersihkan cd tuh dengan lebih banyak lagi, sebab ada kesan sabun tertinggal kat cd rupanya...Alhamdulillah ..sekarang dah ok dah. pesanan ummi, jgn cepat putus asa dalam mencuba sesuatu yang baru!

Kat sini ummi copy pastekan kelebihan penggunaan cd nih!






yang ni hero kesayangan ummmi dengan aksi machonya...

nama:

MUHAMMAD FASEHUDDIN BIN MOHAMAD ZAID

umur:

2 TAHUN 6 BULAN


ni pulak bb asuhan ummi.

nama:

ASIAH AWATIFF BT AIMAN

umur:

5 BULAN


ini ummi cpoy dari contest tersebut..so pada sesiapa yang nak masuk contest ni klik jer pada gambar tersebut yer..



Bersempena besday ku yg ke-...ehem2 hiks :)... pada
22.November.2009
yg bakal tiba xlama lagi neh...
maka dengan besar hatinya saya sbg tuan rumah menjemput
bloggers semer untuk dtg memeriahkan
BIRTHDAY PARTY GIVEWAY :)
ku ini... Cara-cara nak join? Sonang ajooo...

.......................................................................................
Syarat-syarat penyertaan:

.......................................................................................



1-- Terbuka pada sesiapa sahaja diluar sana yg berminat dgn CLOTHDIAPER. -diriku amat berminat dengan cd nih!

2-- Buat 1 entry STICKY MODE sehingga 22 NOV 09, tentang M-B-G beserta dengan link banner diatas. - sudah dibuat!
(sila copy paste kan shj ke entry blog & side bar blog anda )

3-- Ajak kwn anda ramai2 join PARTY ni... - sudah diajak reramai!

4-- Mesti jadi follower 'sarahrahim.blogspot.com' @ 'clothdiapers-n-all.blogspot.com' -kedua2nya sudahku jadi pengikutmu!hehe

5-- 2 pemenang bertuah yg terpilih akan memenangi hadiah berikut: - kalu nak dua2 boleh ker?
----------------------------------------------------
{hadiah 1 : babyland printed CD }
{hadiah 2 : babyland bright color CD }

----------------------------------------------------
.
.
.
Haaa simple aje kan...
Ade lagi....
.
.
.



6-- Jika anda pengguna clothdiaper, sila ceritakan juga pengalaman/testimoni/kenangan manis anda menggunakan CLOTHDIAPER beserta picture anak anda memakai CD yg plg comel sekali :) - sudah diceritakan dan sudah diletak gambar2nya!

7-- 2 cerita terbaik yg terpilih akan memenangi hadiah berikut: -yeay.yeay..nak yang ini jugak!
----------------------------------------------------
{hadiah 3 :
coolababy velcro CD with wetbag}
{hadiah 4 :
coolababy snapbutton CD with legwarmer}

----------------------------------------------------


8-- Last sekali jgn lupa tinggalkan msg & link anda supaya anda tidak tercicir utk disenaraikan, pemenang akan di umumkan selepas 22 Nov 2009 :) - siap nanti, ummi tinggalkan linknya!




Soooo tunggu apa lagi...mana tau jika bertuah dpat 2 kategori hadiah sekali gus :) - insya Allah, mohon pada Allah agar anak2 ummi bertuah rezeki dari bumi Jordan nih!

DIKESEMPATAN INI JUGA UMMI SEKELUARGA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI LAHIR KEPADA PUAN SARAH.SEMOGA DIBERKATI ALLAH UMURNYA..DAN SENTIASA BERBAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT, INSYA ALLAH..AMIN


Tuesday, November 17, 2009

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

assalamualaikum..jam sekarang 9.00 pagi, suhu 13 darjah celcius.

kali ini ummi nak masuk contest lagi.hehe.Ni kali ke3 ummi masuk contest utk baby2 ummi nih.hari ni hari terakhir contest tuh.. ini 2 orang anak2 ummi dan seorang my baby instant ni..( dah minta izin dengan umminya)





Nama: Muhammad Fasehuddin Bin Muhamad Zaid
Tarikh Lahir:3 Mei 2007
Umur:2 Tahun 6 Bulan
Tempay Lahir: Kuantan, Pahang




Nama: Muhammad Faqehuddin Bin Muhamad Zaid
Tarikh Lahir: 13.08.2005
Umur: 4 Tahun 3 Bulan
Tempat Lahir: Kuantan, Pahang






Nama : Asiah Awatiff Binti Aiman
Tarikh Lahir: 28.6.09
Umur: 5 Bulan
Tempat Lahir: Hospital Irbid Islami, Jordan.



ni ummi copy dari contest tersebut.Linknya, sila klik pada gambar di bawah.


Sempena meraikan our 5th Anniversary on 17th November 2009, saya dengan kecik besar hati ingin organized :

CUTEST BABY IN BLUE CONTEST

secara rasminya contest ini dilancarkan dari:
24 October 2009 hingga 17 November 2009

TERMA & SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Terbuka kepada kesemua blogger yang menjadi follower saya secara langsung & tak langsung


2. Dengan Sukahati dan rela hati menjadi FOLLOWER saya di Blog ini.. - dah jadik!

3. Linkkan -elizakru.blogspot.com di blog anda - sudah bereh!

4. Sila Add kan Banner Contest di side bar blog memasing...banner tersebut mestilah di link kepada entry contest ini - sudah ku buat!

5. Sila buat special entry utk contest ini dan upload 1 keping gambar anak uols in blue..tak kisah la pakai baju biru ke, kasut biru ke, as long ada biru - amacam biru tak mereka semuanya?dah naik biru matahitamku ini..hehe

6. Sila link kan url blog anda di comment saya ini bagi memudahkan saya melihat pernyertaan anda. - nanti dah siap, ummi linkkan yer!

7. Pemenang akan dipilih oleh juri profesional berdasarkan kecomelan baby dan kualiti gambar serta gambar yg menarik perhatian juri - insya Allah, ada rezeki, pilihlah kami yer!Tapi bab kualiti gambar tuh tak tahulah pulak, kamera ummi ni 10 megapixel jer,kena car DSLR punya lak nih !

8. Had umur baby uols :- newborn ~ 5 tahun - ok semuanya.

9. Oleh sebab ini kali yg ke 5 punye anniversary, so akan ada 5 pemenang ..hadiahnya? tungguuuuu......... - relaku tunggu!!!!!!!!

p/s: Jangan lupa tulis nama dan umur baby uols ye! - sudahku tulis!


JADI BERSEMPENA ULANGTAHUN PERKAHWINAN ELIZA DIANNA YANG KE 5 NI, KAMI DARI BUMI JORDAN INI DENGAN PENUH IKHLASNYA MENDOAKAN AGAR PUAN SEKELUARGA SENTIASA DIBERKATI ALLAH HENDAKNYA DAN BERBAHAGIA DI DUNIA DAN AKHIRAT, AMIN...

SEMOGA BERKEKALAN DUNIA AKHIRAT DAN ANAK2 MENJADI SOLEH DAN SOLEHAH, MAMPU MENDOAKAN KEBAHAGIAAN KITA DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT KELAK, AMIN...






LAMBAIAN RUMAH ALLAH!





assalamualaikum...jam menunjukkan 11 malam.Suhu sekarang mencecah 12 darjah celcius.
Insya Allah esok ummi dan abah Asiah akan berangkat menuju ke tanah suci.Doa kami agar semuanya berjalan lancar dan diberkati Allah hendaknya.

Doakan juga agar kami diberi keizinan untuk ke tanah suci Mekah pada tahun2 akan datang,Insya Allah.Ramai pelajar Malaysia yang mengambil peluang keemasan yang tak ternilai ini untuk menunaikan haji apabila sudah berada di Jordan ini.

Memandangkan jarak untuk ke Tanah Suci Mekah tidaklah jauh dari bumi Jordan ini.Naik bas memakan masa sehari.Dan kosnya tidak mahal,di bawah RM 4 ribu sahaja.Rugi kalau tidak mengambil peluang ini.

Ya Allah,permudahkanlah urusan Ummi dan abah Asiah dan sahabat2 lain yang berpeluang menunaikan haji pada tahun ini.Insya Allah, di tahun2 hadapan, sampai pula giliran kami..

Di sini ummi tepek gambar mereka bertiga.Penawar kerinduan kepada Asiah!Ummi curik gak dari blog mereka.






Juga di sini ummi letakkan coretan renungan perjalanan haji seorang hamba Allah dari 2hb hingga 31hb Disember 2008.Kisah lanjutnya boleh dibaca di blog ini. Catatan ini juga telah dibukukan.Ummi pun baru nak baca keseluruhan coretan ini.Semoga ada pengajarannya di sebalik kisah benar ini.



2 Disember 2008



Hari 1 :


Ibarat Jenazah Yang Dilayat

Aku dan Aini bertolak ke Lapangan Terbang Changi pada pukul 12 dinihari. Anakku, Muhammad Qory, yang berusia 13 tahun membacakan azan ke telinga ku dan Aini di pintu rumah. Suaranya yang sayu mengiringi perpisahan kami. Dalam kesyahduan azan, aku berdoa agar Allah memelihara beliau dan adiknya, Siti Nur Iman, yang akan mencecah 11 tahun. Mereka aku titipkan dengan mentuaku untuk dijaga.

Di Lapangan Terbang Changi kami disambut oleh ahli keluarga lain dan sahabat- handai. Menjadi lumrah; orang yang menghantar lebih ramai dari yang pergi. Keadaan di lapangan terbang sungguh sesak sekali.

Fikiran ku melayang seketika melihat suasana : Kita dirai ke sana (Mekah) seperti jenazah yang dilayat, berbekalkan dua helai kain putih yang tidak berjahit. Ada yang 'menghantar' sekadar menelefon dan mengucapkan selamat jalan. Ada yang 'menghantar dengan doa' di rumah. Kemudian, ada pula yang menanti di lapangan terbang untuk memberi salam perpisahan (ibarat menunggu jenazah di tanah perkuburan). Ucapan-ucapan terakhir dan doa disampaikan. Berpelukkan. Berlinangan airmata mengiringi. Tetapi, pada akhirnya, kita sahaja yang meneruskan perjalanan - seperti jenazah yang melalui alam barzakh bersendirian. Paspot dicop dan dikenalpasti. Beg-beg baju dimasukkan ke kapalterbang menyamai 'bekalan ibadah' yang kita bawa bersama semasa mati. Sebanyak mana kita bawa, rasanya tidak akan mencukupi. Kita hanya dapat berserah, berbekalkan taqwa dan mengharap Rahmat-Nya.

Aku disedarkan dari renungan dengan dakapan adik-beradik dan sahabat-handai. "Untung kau, Li. Dapat pergi lagi," sapa seorang rakan haji tahun 2004 yang lalu. "Kalau kat sana, jangan lupa seru nama aku banyak-banyak!" sambungnya berseloroh. Aku hanya tersenyum kerana hati sudah mula berdebar-debar untuk berangkat pergi. Bila Allah yang mengundang, seruan-Nya sahaja mencukupi.


3 Disember 2008



Hari 2 :


Lambaian Kaabah

10:00 malam
Aku dan rombongan sampai ke Hotel Zam Zam Suites Mekah. Kami disambut sekumpulan anak-anak muda berbangsa Indonesia. Ustadz menggelarkan mereka 'anak-anak panitia' - atau ahli kommiti. Mereka diminta khas oleh Ustadz Shafi untuk membantu kami semasa perjalanan haji tahun ini. ‘Anak-anak panitia’ ini sebenarnya bertugas di Mekah. Mereka telah mengambil cuti panjang untuk membantu. Ada juga yang telah diberikan lepasan khusus oleh pihak majikan yang menggalakkan mereka berkhidmat untuk jemaah haji.

Selepas makan malam, jemaah diminta langsung ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat jama’ maghrib dan isyak. Hatiku berlonjak untuk melihat Kaabah sekali lagi. Ibarat kekasih yang terpisah bertemu semula. Aku pasti jemaah lain juga merasakan yang sama; tidak percaya kita sudah pun sampai ke tempat yang dituju.

Kami bergerak bersama kearah Masjidil Haram yang terletak lebih kurang 100 meter dari hotel kami, Alhamdulillah. Perkarangan Masjid terang-benderang disinari cahaya dari lampu-lampu spotlight, seperti pengganti bulan yang masih muda.


Kawasan Masjid agak lengang. Mungkin kerana ada yang sudah pulang ke hotel selepas solat isyak. Tetapi, masih ada juga yang bersembang-sembang di luar Masjid. Mereka berbual dengan bahasa dan loghat yang berbeza-beza. Inilah tempatnya warga dunia berbilang kaum berhimpun.
Kebanyakkan kaum lelakinya seperti kami, berkain ihram. Tidak kurang juga yang memakai baju biasa. Aku kira mereka telah pun selesai mengerjakan umrah, mengambil haji tammattu’ .

Semasa menjejakkan kaki di pintu Masjidil Haram hatiku mengucapkan syukur kerana mendapat undangan Allah sekali lagi. Aku berdoa agar ini bukanlah kali terakhir aku ke sini. Hati menjadi semakin berdebar. Setiap langkah kehadapan mendekatkan aku kepada Kaabah-Mu, ya Allah!

Itu dia! Bangunan yang didirikan kekasihMu Ibrahim a.s! Kaabah-Mu, yang menjadi kiblat setiap Muslim. Tempat lautan manusia berputar ke arah yang satu. Aku tidak dapat berkata apa-apa, hanya mengucapkan syukur dengan linangan airmata yang tidak terbendung. Tidak sangka kita berjumpa lagi.

Dalam aku melepaskan rindu, hati kecil ini mengingatkan kenapa aku kesini. Kaabah ibarat suatu perhiasan yang tidak ternilai yang disimpan Tuan Rumah. Ianya menjadi tumpuan kita yang menziarahi. Memandangnya menyejukkan hati dan perasaan. Tetapi jangan sampai aku terlupa kepada Sang Pemiliknya yang menjadi tujuan asal aku ke sini! Astarghfirullah!

Labbaik Allah humma labbaik. Aku datang memenuhi undangan-Mu ya Allah. Aku ke sini untuk bersama-Mu, berkat dari rezeki-Mu. Aku hadirkan diriku di dalam Rumah-Mu ini dengan seribu harapan dan keinsafan. Adakah Engkau redha menerima kehadiran ku ini?

Aku dan jemaah segera menyusun saf. Ustadz Shafi mengimamkan solat. Beberapa jemaah asing ikut serta dalam saf kami. Ustadz sekali lagi mengingatkan tatacara bersolat jama’ – mungkin untuk memberitahu jemaah asing ini tujuan solat kami agar mereka tidak keliru.
Selepas solat dan berdoa, Ustadz mengingatkan kami untuk pulang ke hotel supaya berehat dan mengumpul tenaga untuk tawaf qudum ( tawaf selamat datang ) esok pagi. Aku dapat rasakan ramai antara jemaah yang agak keberatan untuk berganjak tetapi keletihan perjalanan dari Singapura ke Mekah sudah terasa. Aku dan Aini berdiri seketika menghadap Kaabah sambil memanjatkan doa. Hatiku memberi lambaian selamat malam, berjanji untuk kembali ke Masjid awal-awal pagi esok.




30 Disember 2008
Hari 29 :


Renungan Pengajaran Haji
11:10 pagi.



Aku, Aini dan rombongan sedang menuju ke Jeddah. Esok kami akan berangkat pulang ke Singapura. Rasanya masa begitu cepat berlalu. Di sebalik rasa rindu kepada anak-anak dan tanah air, tersemat juga rasa mengharap agar ibadah yang semakin mantap ini dapat aku kekalkan.

Apakah pengajaran haji tahun ini bagiku?
1. Berserah kepada Allah – Semakin terasa nikmatnya dalam berserah kepada-Nya dan menerima apa yang Beliau susunkan bagiku. Aku belajar melepaskan pergerakkan ku dengan bertawakkal; mendengar kata hati sebagai bimbingan Allah dan mempercayai ianya yang terbaik bagi ku.

2. Melepaskan dan memaafkan – Tawaf banyak mengajarku untuk melepaskan perasaan sakit hati walaupun teraniaya. Memaafkan membantu aku untuk memulakan langkah selanjutnya. Memaafkan melepaskan aku dari bebanan perasaan marah dan kecewa. Aku menghadapi apa yang berlaku pada diriku dengan berlapang dada. Ini adalah pengajaran yang aku perlu terus praktikkan sekembalinya aku ke tanah air.

3. Bertenang-tenang dalam melakukan sesuatu – Ibadah yang tenang membawa kepada ketenangan yang lebih mendalam. Kepada-Nya sahaja segala tumpuan dalam ibadah. Bertenang membantu aku untuk fokus kepada apa yang aku perlu lakukan.

4. Nikmati dengan kesyukuran – Bersolat itu melepaskan rasa syukur aku kepada Allah. Ibadah bukan terpaksa dan dipaksa-paksa. Aku akur bahawa segala pujian hanya kepada-Nya dan segala nikmat adalah dari-Nya. Aku percaya Allah akan menambah lagi nikmat bagi orang-orang yang bersyukur .

5. Terima dan redha – Apabila aku dapat menerima apa yang berlaku kepada diriku, aku menyatakan keredhaanku. Dengan perasaan redha pula aku melepaskan segala yang negatif yang akan menghambatku untuk meneruskan kehidupan.

6. Lihat yang positif – Semuanya yang berlaku adalah baik untuk diriku dan ada hikmah disebaliknya. Aku percaya kepada janji Allah bahawa selepas setiap kesulitan ada kesenangan. Tumpuan harus aku berikan kepada yang positif.

7. Berani – ketenangan jiwa membawa kepada keberanian. Ketenangan datang dari mengingati Allah, Yang Memiliki Kekuasaan. Cukuplah Allah sebagai penolongku. Siapa yang takut jika dibantu oleh yang paling berkuasa?

8. Allah sentiasa bersamaku – ini adalah suatu pengertian yang paling bermakna bagiku. Sentiasa bersatu dengan Allah membawa rasa kekuatan, sekali gus, menjadikan aku perasan betapa kerdilnya makhluk bernama manusia di sebalik segala ciptaan Allah yang Maha Besar.

9. Kenali fitrah – Apakah yang Allah maksudkan untukku? Bagaimanakah fitrahku dapat membantuku dalam beribadah kepadanya? Itu adalah soalan yang tidak perlu aku risaukan. Aku tidak perlu tercari-cari lagi. Aku hanya perlu bersedia dan menerima kerana ianya sudah semula jadi di dalam diriku.


Teruskan pembacaan anda di sini!

\

Thursday, November 12, 2009

barut bb asiah!

Alhamdulillah,akhirnya ummi berjaya membaiki barut Asiah yang diwarisi dari zaman abahnya.Barut ni dikirm khas dari tok mi Asiah nih.Jadiknya ummi renovate jer bagi besarkan sikit biar padan dengan saiz perut asiah yang montel nih.Maksudnya asiah lebih montel dari abahnya lah kan?hehe, jgn marah yer ummu asiah!

Hari ni juga baru ummi tahu ummi dan abah asiah ada blog mereka sendiri.Alhamdulillah ummi dahpun melawat blog mereka.Dan ummu asiahpun dah datang ziarah blog ummi nih.

Jadiknya ummi kena lebih bersopan santun dalam menulis tentang anak mereka nih.hehe(pernah ker ummi tak bersopan?huhu).



inilah dia barut yang ummi tambahkan saiznya di kiri dan kanannya.


dan inilah modelnya sebelum dipakaikan barut nih.



dah siappun pakai pada modelnya.Sekarang masa untuk kita beraksi!


alhamdulillah, sungguh selesa dan nyaman setelah pakai barut ni sampaikan membulat2 mata asiah dibuatnya.


amacam mata saya yang ini pulak?mana lebih comel?




dan ini pula mata saya pada hari kedua yang lalu saya di rumah acik nih.apa perbezaan yang atas dan yang bawah.yang atas muka saya berwarna putih sebab pakai baju putih yang bawah ni berwarna merah sebab pakai baju merah!ada lagi bezanya..air liur!hehe, meleleh, tak sempat nak sapu.Ampun ummu asiah!



video bb senior ajar bb junior!!!



Friday, November 6, 2009

bb kena belajar!

Assalamualaikum wbt.6 Oktober, hari Jumaat.Cuaca 13 darjah celcius sekarang.Jam 1.50 pagi.Menemani my hubby study.

Tak tahu bagaimana ummi nak gambarkan perasaan ummi di saat ini.Mengenangkan pengalaman pertama ummi menjaga dan mengasuh anak orang.Sebelum ini anak2 ummi yang dijaga dan diasuh orang.Dan sekarang ummi pula mengasuh sekaligus mendidik Asiah yang comel ini.

Pertama kali ummi memegang tubuh badan asiah, dah terpaut rasa kasih sayang terhadap dirinya.Dah lama ummi tak pegang baby sebenarnya.Tapi bila dah pegang, rupanya skill ummi masih lagi hebat!(ceh, masuk bakul angkat sendiri da..)takderlah bila pegang Asiah ni senang , best sebab badan dia besar dan pejal.Yerlah anak2 ummi semuanya kecik2 dan comel!Bila dapat pegang budak besar ni sedap!Nak2 kalu dapat pegang dan cium pipi labuh dia tuh.hehe

ummi ni teruja sangat pegang baby nih, ada apa2 ker?hehe,takderlah cuma..perasaan itu seronok sangat!yerlah kita duk belai dia, tengok telinga dia ada daki ker tak, tengok kulit kepala dia, bersihkan kulitnya, urut badan dia,kerat kuku dia....kita tak mengandungkan dia, namun perasaan keibuan menarik kita sayangkan dia.

Agaknya itulah perasaan Ateh bila jaga anak2 ummi.Ateh amat sayangkan faseh..sehinggakan menangis sokmo bila disebut ttg kami akan ke Jordan.Dan sekarang anak2 masih menyebut tentang suasana duduk di rumah Ateh.Ummi senang bila hantar kat ateh, dan ummi harap sangat ummi akan jaga bb ni sebaik mungkin, sebab orang dah jaga anak ummi elok2.

Adik faseh seronok main dengan Asiah.Siap ajar macam2 lagi.Sampai jer Asiah, mesti terus cium.Abang faqehpun alhamdulillah, bila ada bb baru nih, dah berjurus sikit jadiknya.Yerlah bila dia minta susu, ummi minta dia ayun kan bb jap.Sampai susu dah siap, dia masih lagi ayun bb,katanya nak tunggu sampai bb tidur.hehe, bagus betul abg faqeh ni.

Ummi tengok perut Asiah agak besar sikit.Baru 4 bulan, namun ummi dia tak barutpun dia.Ummi cadang nak buatkan barut untuk dia.Insya Allah ummi akan jahitkan untuk dia yer.Apa salahnya kita mencurahkan kasih sayang yang kita ada terhadap bb lainkan?tanpa mengabaikan anak sendiri.

Insya Allah ummi tak abaikan anak sendiri.Lepas bb balik, ummi buatkan kuih donat utk anak2 ummi.Pastu kita bersama2 menonton video2 dari laptop ummi dan main game bersama.Apa yang penting ummi kena pandai bahagikan masa.



ini pensel, ajar faseh kat bb...


dua bb tengah belajar.


semangat betul bb mengajar bb!itulah blanket yang ummuqusoi hadiahkan pada kami.


asiah yang bersemangat nak belajar!


haha, pandai betul abg faseh ajar saya yer!Suka saya, sampai meleleh air liur abg faseh buat lawak,hehe

Wednesday, November 4, 2009

SYUKUR PADAMU YA ALLAH.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, selautan kesyukuran kupanjatkan pada Mu Ya Allah di atas kurniaan ini.

Jam 8.00 pagi semalam,3.11.2009, Baby Asiah buat pertama harinya berada di bawah jagaan ummi.Alhamduillah, dia banyak tidur jer musim syita' ni.Tapi ada juga masa berjaganya.

Pagi sebelum bb datang ummi dah siap masak nasi dan lauknya sekali.

abi masih lagi ummi teman untuk study.Dan segala keperluan abi, makan minum pakai masih dapat ummi penuhi, insya Allah.

Faseh...
..
...
...
...
...

bermain seperti biasa dengan kakak dan abangnya.dari pagi sampai thari masih lagi bermain .Dia suka ayun baby..Tapi bila sudah masuk pukul 2.oo petang, dia dah merengek2 nak duduk atas riba ummi, nak minum susu ummi, sedangkan susu botol dia ummi dah buatkan.Dan kebetulan UmmuQusoi datang.Kesian dia, merengek2.Ummi dah beri upah kat dia.Dan alhamdulillah adik faseh suka sangat.Uish mesti jeleskan adik faseh nih.

UmmuQusoi datang bawa 3 blanket tebal, hadiah kepada kami di musim syita' ni. Alhamdulillah... memang kami amat2 memerlukan selimut tebal tersebu.Dan rancangnya memang abi nak beli hari ni.Rezeki Allah siapa tahukan?Syukran jazilan ya UmmuQusoi.

Alhamdulillah juga, ummi semakin cergas abi kata.Tak letih , malah bersemangat buat kerja, siap boleh basuh baju lagi, waktu baby Asiah tidur,Alhamdulillah.Moga ummi akan dapat bertahan sehingga semua bb2 yang ummi ada besar dan sihat.2 bb ummi, bb faseh dan bb asiah.Faqeh bb gak?ni bapak bb nih..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Ismi Asiah Awatiff

Assalamualaikum.Jam 1.56 pagi.Cuaca , uish jangan cakaplah.Nak taip nipun terketar2 sejuknya.Abi tak beli lagi sobah(pemanas) kat dalam bilik ni.Ummi dah bertukar jadi blogerz dah.Siang tadi baby sitter!

ok,ismi Asiah Awatif.Umur saya dah masuk 4 bulan.Saya dilahirkan di Irbid, Jordan.Ummi abi saya bakal seorang doktor.Dua2 doktor nanti,dan sayapun nak jadi doktor nanti, hehe.

Ok, saya nak cerita ttg pengalaman saya duk kat dalm perut ummi saya.Seronok duduk dalam perut ummi, siap boleh dengar macam2.Ummi tipa2 hari ada kuliah di University Yarmourk.Kiranya saya dalam perut ummi dah masuk university dah.

Pastu bila saya keluar jer, saya keluar ikut 'tingkap' perut ummi.'Pintu' ada tapi tak muat.Berat saya 4.5 kilo jer.hehe, besar ker?

Ummi cerita kat saya, masa ummi kecik dulu, ummipun ditinggalkan di rumah2 kawan2 ummi yang bujang.Ibu ummi belajar di London dulu.Kiranya Datuk dan Nenek saya juga belajar dulu.Abi dan ummi seorang yang mempunyai matlamat dan perancangan hidup.Mereka akan belajar selama 6 tahun di Jordan ni, dan akan bekerja keras 2 tahun selepas balik ke Malaysia.Jadi kalu masa tuh baru nak kahwin dan nak dapat anak, memang dah tua katanya.Itu sebab saya dilahirkan pada waktu sekarang,hehe.

Bila ummi start kelas, saya mula2 dihantar ke rumah kawan ummi.Namanya acik Dah.Ada 2 orang kawan saya, Wafa' dan Dhiya'.Seronok main kat sana.Tapi lama2 saya tengok acik Dah dah tak berapa sihat, asyik muntah jer.Katanya dhiya' nak dapat adik.Jadiknya cepat sangatlah badi saya ni melekat kat acik Dah kan?hehe.

Pastu ummi kesian sangat kat Acik Dah tak larat sangat nak jaga saya.Jadi ummi minta pertolongan acik Izma jagakan saya,alhamdulillah ..dan akhirnya saya berada di sini...Nanti badi saya nak bagi kat acik Izma jugak ker?hehe.seronok duk at sini, dapat main dengan upin dan ipin dan juga kak ros.Kak ros ni garang sangat dan selalu jaga saya.Tapi saya dengar orang panggil Kak Jannah!

Saya suka tidur musim syita' ni.Tapi duk umah acik ni, kadang2 saya terjaga.Ada orang cakap kuat sangat dankadang2 ada gak saya dengar suara budak nangis dan bergaduh.Tapi kalau saya ngantuk sangat, tak kira dah semua tuh.Tidur lagi sedap!




ini saya masa mula2 sampai kat umah acik nih.6 lapis saya pakai baju,sejuk sangat kat luar sana.



ok, dah boleh bukak topi sikit..


Apa yang bising sangat tuh?duk cari suara orang gaduh!amacam anting2 saya, cantik tak?saya dah pakai masa kat hospital lagi.Tak sakitpun, macam gigit semut jer.

oklah itulah cerita saya pada hari pertama, hari lain nanti saya sambung semula yer.