Pages

Showing posts with label permata hatiku. Show all posts
Showing posts with label permata hatiku. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Pesanan Untuk Anakku...


C&P
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


Wahai anakku,
 Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.

Untuk itu wahai anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecintaan kepada Allah, merasai kasih sayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat mengharap redhaNya.
 


Wahai anakku,
 Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.




Wahai anakku,
 Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu. Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi peringatan Allah 
( Quran) yang dikirim kepadamu.
 

Wahai anakku,
 Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.
 

Senyumlah dalam ketaatan...... Tanda redha kepada Tuhanmu..

Tuesday, December 1, 2009

VARIASI ERTI BERKORBAN!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Jam menunjukkan 2.00 am.Cuaca mencecah 8 darjah selsius saat ini.Hari ni dah masuk hari raya yang ke 5 dah.

Ummi nak bercerita tentang program kami pada raya ke 3 yang lalu.Paginya kami dapat jemputan dari Nurul untuk menziarahi rumah mereka.Alhamdulillah kami makan laksa utara dan 'sekaya'-panggilan org terengganu.sedap sangat!syukran.

Seterusnya pada malam selepas maghrib kami sekeluarga ke MAJLIS ADHA 1430 anjuran PERMAI.

YM dari pihak PERMAI mengingatkan kami.Syukran!

Permai 2004 (11/28/2009 6:30:21 PM): MAJLIS ADHA 1430 Tarikh : 29 November 2009 , Masa : 5.00 - 8.40 malam Tempat : Dewan Al-Kindi, Universiti Yarmouk Tema : Variasi Erti Berkorban Ape yg menarik ekk?? àIngin same2 menelusuri Galeri ADHA 1430 ??? àPengisian Mantop dalam Talkshow yang bakal di hostkan Individu Paling terkenal di Irbid + jemputan yg xkurang hebatnye , nk tau sape ???? àIngin saksikan lakonan dr para pelakon hebat yang hanye terdapat di IRBID ??? àiNGin mdgr alkisah dlm sesi Luahan Hati ke Hati ???? sob3 àIngin mnonton tayangan Yg pasti mngubah persepsi pemikiran kite semua ke 1 dimensi Baru???? àNak mjamu selera dgn juadah Aidil ADHA 1430 yg mngiurkan?? à Dan bnyk lagi…Nk tau kne dtG ! APe lg jgn lepaskn pluang thebat di abad ini~

Pengisian mantop tuh yang paling ummi nak tahu sangat!individu terkenal?siapa tuh?menarik sangat nak tahu.Dan yang paling penting tujuan kami sekeluarga ke sana untuk merapatkan ukhuwah sesama perantau2 di bumi Irbid ini.Lagipun ummi nak juga menjejakkan kaki ke Jamiah sendiri.Sungguh teruja!Juga tanda kami yang dah berkeluarga ini tetap memberikan sokongan , walaupun terpaksa BERKORBAN!
Abi berkorban masa studynya yang amat berharga,ummi berkorban masa untuk mengemas rumah dan anak2 berkorban masa tidur mereka!

Kami ke sana bersama u. ridwan sekeluarga.Juga membawa anak2 yang kecil.Ummi tak berkesempatan untuk mengambil gambar banyak, kerana anak2 ummi dah start meragam sebelum tibanya waktu makan.Kami pulang awal sedikit berbanding yang lain.Namun, alhamdulillah, kami dibekalkan dengan nasi dan lauk2nya.SYUKRAN!
Antara pengisian menariknya TALK SHOW yang diacarakan oleh Hilal Asyraf dan Ridwan( ye ker namanya?)Ada persembahan menarik juga Sesi Luahan Hati ke Hati.Tersentuh nurani dengar luahan hati seorang akhowat JUST.Boleh baca cerita beliau di sini.-SAHABAT TERHEBAT!

inilah kami sebelum ke sana.Sempat lagi abang faqeh membelek buku!


suasana di dalam dewan.Subhanallah, ramainya orang!Lebih kurang 600 orang semuanya.



adik berposing sementara melihat lakonan yang mantap!


ada gaya seorang mahasiswa cilik tak?

oklah kat sini ummi copykan sebuah kisah tentang PENGORBANAN SEORANG IBU!!!


"Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal, sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu... Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya kepada si ibu. Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk dan memujuk. Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma," kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu... "Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan, " kata si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang.Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya.

Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik. "Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak."Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.


Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada."Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya," si ayah berbisik ke telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun kenalannya."

Pesanan:Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah "SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU", penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya..."Saya Sayang Ibu"

Wednesday, November 25, 2009

HASIL BELIAN DI BALAD!

asaalamualaikum..jam menunujukkan kul 4 pagi.Kejap lagi dah nak subuh.Cuaca mencecah 9 darjah celcius.Teramatlah sejuknyer!Siang semalam pun 9 darjah celcius gak, tapi ada matahari.Pelik memang pelik.Suasana amatlah sejuk, tapi matahari muncul.

Ummi nak sambung entri sebelum ni..Inilah barang2 yang ummi sempat belikan untuk anak2 ummi yang disayangi!Juga sebagai hadiah kepada anak2 ummi.SEKARANG DAH TAK MINUM SUSU PAKAI BOTOL DAH! DAH PAKAI GELAS JER! Alhamdulillah..ketiga2 anak ummi pakai gelas termasuk adik faseh.Yerlah bila dia tengok kakak dan abangnya minum pakai gelas, diapun minta samala! Alhamdulillah..memudahkan urusan ummi, nak cari puting botol amatlah payah kat sini dan kalu adapun di farmasi dan amatlah mahalnya!



ni namanya legging..ummi beli sebab sekarang ni musim sejuk.Lagipun adik faseh dan abang faqeh amatlah payah nak pakai stokin!Jadi sekarang bila pakai legging ni, tak boleh nak cabut dah stokinnya.Lagipun legging ni ketat dan rapat pada kaki anak2 ummi nih,barulah angin sejuk tak masukkan..




man in black!




ok ini pulak kasut merangkap selipar dalam rumah.Anak2 ummi ni memang payah nak lekat stokin, dan kalu lekatpun selalu jer basah stokin nyer..jadi inisiatifnya ummi belikan kasut yang comel ini.dan sekarang alhamdulillah selalu pakai.


kak jannah berposing dengan DORA THE EXPLORER! kartun faberet dia.


abang faqeh dengan HOT WHEEL nya.Minat bangat dengan keter nih.Lagi satu sebab warna hitam.Dari kecik lagi memang minat sangat dengan warna hitam!


adik faseh dengan ELMO'S WORLD!adik suka sangat time elmo ketawa..hahahaha!







Friday, November 13, 2009

buku abi beli!

assalamualaikum, jam 3.00 pagi, suhu 13 darjah celcius.sejuuuuuuuuuuuuuknyer!




kak jannah..


abang faqeh...


adik faseh comel...






seronoknyer!



Thursday, November 12, 2009

abi, sakit abi!

assalamualaikum..jam menunjukkan 11 malam.cuaca malam ni 17 darjah celcius.Agak panas dan tak berapa sejuk..anak2 semuanya dah tidur.Adik faseh demam, tak berapa sihat badannya..cuaca tak menentu saat ini, kejap panas sangat dan kejap sejuk sangat.

sudah beberapa hari ummi tak menulis di blog kesayangan ummi nih.Nak kata sibuk, macam tak sibuk, nak kata tak sibuk, sebenarnya sibuk!hehe.

Minggu lepas, 6.11.09, abi mencukur kepala faqeh dan faseh.Pada mulanya faqeh mengadu sakit..tapi kami sangkakan dia buat2 sakit, sebelum pada ini dia selalu payah kalu nak cukur kepalanya.Beberapa ketika dia semakin kuat mengadu sakit...Tapi abi meneruskan jugak untuk membotakkan kepalanya.Sudah separuh botak, takkan nak stop separuh botak?

selepas abg faqeh, giliran adik faseh pulak, dia maintain jer, walaupun pada mulanya agak sakit jugak.Tapi setelah diberi perangsang , adik ok jer.

Dan tibalah giliran abi yang terakhir!Ummi yang akan mencukur kepala abi tau!Baru jer sikit ummi start kat kepala abi, abi mengaduh dengan kuatnya.Sakit!Rupa2nya mata pisau mesin rambut tu dah tumpul!Ya Allah kesiannya kat anak2 kesayangan ummi..dibotakkan kepalanya dalam keadaan kesakitan.Maafkan kami wahai anak2 abi ummi!

Sebagai pengajarannya sebelum nak membotakkan kepala anak2, pastikan pisau cukurnya tajam!Dan juga buat percubaan kepada kepala sendiri dulu sebelum mencuba pada anak2 sendiri yer.


faqeh di bilik air..trauma ker tak faqeh selepas ini?


sampai tertunduk2 kepala faqeh dibuatnya.


dan........inilah 3 orang BOTAK!!!


ni abang faqeh yang dah semakin hensem dah..


ni adik faseh yang nak terbang!



video bb senior ajar bb junior!!!



Saturday, November 7, 2009

Anak2 berkreativiti.

assalamualaikum..cuaca 15 darjah celcius sekarang.Pukul 3.54 pagi.Sekejap lagi masuk subuh.

alhamdulillah..hujung minggu ummi dapat luangkan masa sepenuhnya bersama anak2 kesayangan ummi.Paginya ummi beri masing2 gunting dan gam.Pastu masing 2 potong suratkhabar, makanan kegemaran masing2 dan ditampal dalam buku masing2.Seronok bangat anak2 beraktiviti.

Memaang nampak perbezaan hasil kerja antara lelaki dan perempuan.Namun kreativiti masing2 memang terserlah.Memang seronok aktiviti sebegini.Kat sini banyak lagi aktiviti lain yang boleh dibuat bersama anak2 anda.


ini hasil kreativiti adik faseh


boleh teka siapa punya kerja ni?hehe, semestinya abang faqehkan?ummi suruh letak kat dalam buku,dia letak kat kulit buku pulak!





dan akhirnya, dia susah sangat potong kecik2, dia potong yang besar terus!senang katanya.Bertuah punya budak...

yang cantik ini, tentunya Kak Jannah punya kerja.


inilah suasananya selepas beberapa minit.Hero2 ummi dah lesap ke mana hentah.Tinggallah kak jannah yang tekun meneruskan aktivitinya.





dah penat buat aktiviti, kita minum dulu!kita tengok video dulu.

Friday, November 6, 2009

Wednesday, November 4, 2009

SYUKUR PADAMU YA ALLAH.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Alhamdulillah, selautan kesyukuran kupanjatkan pada Mu Ya Allah di atas kurniaan ini.

Jam 8.00 pagi semalam,3.11.2009, Baby Asiah buat pertama harinya berada di bawah jagaan ummi.Alhamduillah, dia banyak tidur jer musim syita' ni.Tapi ada juga masa berjaganya.

Pagi sebelum bb datang ummi dah siap masak nasi dan lauknya sekali.

abi masih lagi ummi teman untuk study.Dan segala keperluan abi, makan minum pakai masih dapat ummi penuhi, insya Allah.

Faseh...
..
...
...
...
...

bermain seperti biasa dengan kakak dan abangnya.dari pagi sampai thari masih lagi bermain .Dia suka ayun baby..Tapi bila sudah masuk pukul 2.oo petang, dia dah merengek2 nak duduk atas riba ummi, nak minum susu ummi, sedangkan susu botol dia ummi dah buatkan.Dan kebetulan UmmuQusoi datang.Kesian dia, merengek2.Ummi dah beri upah kat dia.Dan alhamdulillah adik faseh suka sangat.Uish mesti jeleskan adik faseh nih.

UmmuQusoi datang bawa 3 blanket tebal, hadiah kepada kami di musim syita' ni. Alhamdulillah... memang kami amat2 memerlukan selimut tebal tersebu.Dan rancangnya memang abi nak beli hari ni.Rezeki Allah siapa tahukan?Syukran jazilan ya UmmuQusoi.

Alhamdulillah juga, ummi semakin cergas abi kata.Tak letih , malah bersemangat buat kerja, siap boleh basuh baju lagi, waktu baby Asiah tidur,Alhamdulillah.Moga ummi akan dapat bertahan sehingga semua bb2 yang ummi ada besar dan sihat.2 bb ummi, bb faseh dan bb asiah.Faqeh bb gak?ni bapak bb nih..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini