Pages

Showing posts with label adik- faseh. Show all posts
Showing posts with label adik- faseh. Show all posts

Tuesday, April 26, 2011

Belajar Bahasa Arab Bersama Faseh.

Bismillah Walhamdulillah..

Video Faseh belajar Bahasa Arab menggunakan flash card.



kaedah mudah yang diajar oleh cikgu Jannah.
9+5 ( 9 digenapkan menjadi 10 , 5 dikurangkan menjadi satu jadilah 4 )
dibayangkan 10 + 4 =14 SAMA  9+5 = 14

latihan dalam buku matematik Jannah.

buku riyadhiyyat ( matematik ) Kak Jannah.

Faseh belajar bahasa arab.

Manakala kak Jannah membuat kerja riyadhiyyat (matematik) bersama abinya.

Kak Jannah belajar semua pelajaran di dalam bahasa arab,kecuali English.
Ummi kena buat persediaan sebaiknya sebelum pulang ke Malaysia, kerana di malaysia menggunakan English untuk m/pelajaran Sains dan Matematik.
Kena minta cikgu Al-Amin, esp Kak Zie kirimkan buku2 latihan persediaan untuk Jannah pulang ke Malaysia..Boleh yer Muallimah Maziah?^__^


Wassalam.

Saturday, March 12, 2011

Monday, March 29, 2010

WIKIPEDIA~JERASH !

بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Alhamdulillah..Sejuta kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Pengasih atas kurniaan yang melimpah ruah di bumi Jordan ini.

Jam menunjukkan 1.25 pagi,11 degree.Kali ini ummi nak bercerita kesinabungan daripada entri sebelum ini.Mengenai Jerash.Sudah seminggu lebih sebenarnya ummi pergi.Alhamdulillah baru pada hari ini diizinkan Allah untuk menukilkan sesuatu di dalam blog ini untuk perkongsian bersama.( Kak Da yang tak sabor sangak nih..sabor2! ^_^ ) Harap ada manfaatnya bersama, amin!

WANITA INI ADALAH KITA..PEMANGKIN UMMAH SEDUNIA.
(WIKIPEDIA )


SEHARI SEBELUM KE JERASH.

Alhamdulillah...setelah berbincang dengan hubby tercinta..akhirnya ummi diizinkan pergi ke program di Jerash ini dengan syarat membawa adik bersama.Kenapa kena bawa?Ummi nak bagi dia 'lasak' sikit dan supaya dia tidak takut berhadapan dengan orang lain.

Malam sebelum bertolak..sungguh ummi menyangkakan bahawa program akan berlangsung di dalam tempat yang selesa..( dewan ).Mungkin 'bahasa Allah ' terhadap ummi..Mengapa tidak tergerak untuk melayari internet mencari blog ppmaj?atau mencari maklumat mengenai geografi Jerash bagaimana?Naifnya ummi.Namun sebenarnya terdapat 1001 hikmah yang tersurat.Apa dia?Nanti dulu,ummi tak habis bercerita lagi.


JAM 5 PAGI.

Kalut ummi menyiapkan bekalan untuk dibawa dan untuk ditinggalkan untuk anak2 dan hubby.Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan ummi.Adik masih lagi nyenyak tidur.Kesian dia..dalam keadaan mengantuk lagi , ummi angkat dia.

PERJALANAN KE JERASH.

Alhamdulillah setelah hampir sejam ummi menunggu kehadiran adik2 .(Dimaklumkan AJK agar peserta menunggu pukul 6 pagi... ).Alhamdulillah kami ke Jerash dengan menaiki van.7 orang dimuatkan di bahagian belakang.Hanya separuh sahaja diisi dengan manusia, separuh lagi diisi dengan barang.Subhanallah..macam tin sardin.Tapi amat2 adventure kan Nik dan Mae?

SAMPAI DENGAN SELAMAT, ALHAMDULILLAH.

Alhamdulillah kami sampai awal sebelum ketibaan akhowat dari Amman.Kami diberikan roti untuk sarapan pagi.Alhamdulillah..sungguh segar udara di sini.Subhanallah bunga2 mekar menguntum di sepanjang perjalanan kami , awan biru berarak mendung mengiringi langkah kami para wanita yang bersemangat waja!!!


Ahlen ilal Jerash.The earliest Arabic/Semitic inhabitants named their village Garshu. The Romans later Hellenised the former Arabic name into Gerasa, and at the end of the 19th century, the Arab and Circassian inhabitants of the small rural settlement transformed the Roman Gerasa into the Arabic Jerash.


adik Faseh yang penuh bersemangat !

















Awan biru berarak memayungi langkah2 kami ke puncak kejayaan!Insya Allah.

Subhanallah..

Masya Allah! Cantiknya bunga larangan merah dikelilingi bunga kuning.Subhanalkholiq.

Alhamdulillah..pintu gerbang ke Kota Jerash ini.


The main Roman road, the Cardo Maximus.

Subhanallah..bijak sungguh orang yang mencantumkan tiang-tiang ini tanpa menggunakan simen.Di samping itu tiang2 ini tidak pula terjatuh.Hebat kaedah yang digunakan.Bagaimana mereka mengangkat dan bagaimana pula setelah mereka letak, tiang2 ini tidak akan terjatuh pula.Sebenarnya tiang ini seumpama bergerak,tapi pada masa tersebut, tidak berpeluang melihat keajaiban tersebut.Namun LAGI MAHA HEBAT MAHA BERKUASA pencipta manusia tersebut!ALLAHU AKBAR!
 A column of the Temple of Artemis sways in the wind so much that you can feel it squeeze your fingers if you're brave enough to do this.


Allah Maha Agung penciptaanNya.Batu ini nampak pada zahirnya padat dan semestinya apabila diketuk akan berbunyi padat.Namun, subhanallah..apabila diketuk, batu ini berbunyi seolah2 kosong di tengah2nya.Ajaib sungguh.Tak percaya..silalah ke sana yer.


LDK pertama dilaksanakan di sini.Sesi Taaruf dan LDK 1.

LDK 2.Mancari sifat2 yang perlu ada dalam seorang wanita dan dihuraikan mengikut suri teladan terdahulu.

Pengisian yang mantap dari Ust Ridzuan Khalin"MUSLIMAH CEMERLANG, PEMANGKIN UMMAH GEMILANG"....... “Orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) “Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah 3: Al Imran Ayat 191.


Subhanallah ..cantiknya awan di belakang monumen tuh.The Temple of Artemis.Adik yang tengah kepansan.Tapi angin di sini amatlah sejuknya..

The theater of Jerash, with the stage still partially intact.Penyegaran berlangsung di sini dan kami bersolat di bawah.


Alhamdulillah..dalam perjalanan turun untuk pulang.Memang memerlukan kesabaran dan kekuatan fizikal untuk menjelajahi keseluruhan kota bersejarah ini.

View of the Oval Plaza, Temple of Zeus (foreground), and new city of Jerash.














Roman theater.Kat sini tak perlu guna mikrofon.Bergema satu teater ini.Antara persembahan pada hari tersebut.

Antara  cenderahati yang dijual di sini.

Ummi tak sempat beli apa2 pun.. *_*

Amacam gambar terakhir dari ummi ini?Setelah penat memanjat dan berlari..inilah akhirnya..lena diulit mimpi kenangan terindah di Jerash.Adik lena tidur sampai balik semula ke Irbid.Alhamdulillah..satu pengalaman yang penuh bermakna.Terimakasih kepada adik2 Irbid kerana sudi membantu akak.Juga tak lupa kepada penganjur di Amman.Jangan lupa jemput kami lagi kalu ada program yer!
Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Ar-Room [30:9]

Friday, January 15, 2010

AMBILLAH WAKTU...


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Jam menunjukkan 4 pagi.Masih bertahan mata menemani hubby study.Walau sudah merdeka, namun study tetap kena study untuk sem hadapan.Persediaan kena ada.

Alhamdulillah di kala ini anak ummi, Faseh sedang lena tidur di dalam buaian.Kenapa tidur buai?Sedangkan sebelum ni tidur bawah jer?hm..sebelum ni adik minum susu ummi.Tapi bersempena tahun baru nih..bulan 8 nanti adik dah masuk 3 tahun..jadi ummi dengan berat hatinya men'stop'kan BF nih.Memang sedih juga pada mulanya..namum ummi kena kuat dan tabah.

Susah juga pada mulanya..tetapi memakan masa dan waktu..
malam pertama,adik tak mahu dan menangis dengan kuat sekali.Tengah malam pulak tuh..dahlah sebelum tuh payah betul nak tidur.Bimbangkan jiran2 terjaga, ummi dengan berat hati amik adik dan turunkan kat bawah..dan apalagi nyet..nyet..lah..huhu

Tapi ummi kuatkan azam dan atur strategi baru pada malam seterusnya.Apa dia?
1- Jangan tidurkan siang, biar malam dia ngantuk!
2- Bila dia dah tidur , cukup 4 jam sekali atau masa dia gerak2 dah sikit, cepat2 buat susu dan suakan terus susu botol walau dia tengah mamai lagi.
3- Katakan pada dia bahawa dia dah besar dan perlu hisap susu botol.
4- Cium dan puji dia sebelum suakan susu botol dia.

Insya Allah berkesan dan ummi berjaya!!!
Syukur padaMu Ya Allah.Kau permudahkan urusan kami...

kat sini ummi C&P sedikit pengisian yang diambil dari sini.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Salam Ukhuwwah..


Sahabat2ku,marilah kita hayati sajak yang kupetik dari buku Bisikan Sirr karya Hj Ibrahim Mohamad.Moga ia menjadi muhasabah dan tazkirah diri menuju jalanNya..Sesungguhnya kehidupan ini banyak melalaikan diri yang alpa...Ya Rabb,,Ampunilah hambaMu ini...



Wahai diri
ingatlah setiap masa pada Allah
hingga
terasa manis kalimah itu
apabila berdenyut di hati sanubarimu



Wahai diri
janganlah engkau lupa
setiap
masa dan ketika dirimu akan
dikembalikan ke hadrat TuhanMu
sama ada engkau redha atau engkau tidak bersedia



Perbetulkan akal dan hatimu
kehidupan adalah
persediaan
untuk menuju kematian


janganlah tertipu
dengan dunia



Ya Tuhanku
akulah pengembara menuju
cintaMu
tanpa ragu dan jemu
akan ku ketuk pintu rahsiaMu
agar tenggelam diriku di lautan wajahMu
Yang Maha Indah



Ya Tuhanku
akulah pengemis setiap masa
berdiri dengan penuh harapan di pintu
rahmatMu
perjalanan yang panjang ini
adalah suatu ujian padaku
sama ada langkahku pincang
atau langkahku terisi
dengan cinta Ilahi



Alangkah sukarnya dan berliku
perjalanan mencari hakikat diri
nafsu dan syaitan
akan berhemah berjuang
merosakkan dan melalaikan
daripada sampai ke penghujung



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Friday, December 25, 2009

SYUKUR PADAMU YA ALLAH!

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

jam sekarang menunjukkan 12.00 am.Sungguh lama sudah rasanya ummi tak berjaga selewat begini sejak dua menjak ini.Menyebabkan blog ummi telah lama tidak diupdate.Alhamdulillah, pagi ini diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini.

Pukul 6.00 petang tadi pada waktu tempatan (12.00 am di Malaysia ), kami dapat berita ibu mertua kepada Syukri ( adik ketiga ummi ), menghembuskan nafas terakhirnya..Lalu ummi terus memberikan SMS kepada kedua pasangan tersebut..
" YA ALLAH KAU RAHMATI PEMERGIAN HAMBAMU YANG LEBIH KAU SAYANGI.BERILAH KEKUATAN DAN KETABAHAN KEPADA MEREKA YANG DITINGGALKAN.SEMOGA MENJADI IKTIBAR KEPADA YANG HIDUP, BAHAWA HIDUP INI TIADA YANG KEKAL!"...

oklah N3 kali ni ummi nak bercerita tentang selautan kesyukuran pada Mu Ya Allah..diberi kesihatan semula kepada adik faseh..Alhamdulillah..kembali seperti asal..

dulunya...makan dan minum tidak mahu, sekarang...semua makanan dia makan, siap ambik roti makan sendiri sebab rasa lapar.ALHAMDULILLAH!



dulunya..asyik tidur jer sepanjang dia demam, sekarang...nak suruh tidur kemain payahnya.."adik nak main lagilah ummi!".ALHAMDULILLAH!


dulunya...nak bercakappun malas..asyik tidur..dan kalu bangun hanya minta air sahaja,sekarang...semua kejadian masa dia sakit, habis dia cerita semula..siap start gaduh dengan abang faqeh dah.ALHAMDULILLAH.


dulunya...taknak bermain, ngantuk kesan ubat jer, sekarang..siap main unta2 lagi dgn abinya.ALHAMDULILLAH!


dulunya..bila ummi tanya nak tgk video atau main games..mesti geleng kepala dan menangis,sekarang..dah kembali main games dan tgk upin n ipin!
ALHAMDULILLAH YA ALLAH!


inilah adik yang dah semakin sihat..nak kuar gi balad nih pada 23.12.09

tengah khusyuk layan video.Video apa?

of course, upin n ipin!

sebelum keluar ke balad.


terpegun melihat banyaknya rekabentuk kasut2!


1st shoes of ummi..JD 5 !


kita makan aiskrim dulu!


rompers utk kak jannahh!

dah bersemangat nak bermain2 semula.Main apa tuh?Main unta2 joden kata adik!



Monday, December 21, 2009

ALHAMDULILLAH..

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Jam menunjukkan pukul6 pagi.Anak2 tengah lena dibuai mimpi lagi.Ummi sekarang ni dah tak boleh berjaga malam2 menemani abi.Banyak faktor menghalang mata ini untuk terbuka.hehe..sejuk menyebabkan kita mengantuk,lagipun adik asyik nak berkepit dengan ummi jer.

alhamdulillah hari ni hari kelima dia demam...hari ketiga hari tu, abi tengok keadaan adik semakin teruk, abi terus bawa ke hospital pulak.Doktor kata ..kahak banyak dalam badan adik,itu sebab dia tidur mulut sentiasa ternganga dan dada dia selalu berombak2 tuh..

alhamdulillah setelah adik sedut gas ni...adikk dah kembali seperti biasa.Petang semalam adik muntah kahak yang banyak dan pekat..dan malam tadi adik dah boleh tidur dengan ok.Ummi harap hari ni adik dah boleh makan seperti biasa.Insya Allah.


adik yang lesu pada mulanya..


dan malu apabila disnap gambarnya!


abi yang sentiasa setia menemani adik ke mana saja..Ummi kat rumah jaga kakak dan abang.Syukran untuk Ammu Din,sahabat sejati abi,menemani abi sentiasa.Semoga Allah sahaja mampu membalas jasa baik Ammu!


Kali kedua setelah di X-RAY, masih terdapat banyak lagi kahak.Adik diminta sedut kali kedua.Dan Alhamdulillah...dah semakin berani untuk memegang sendiri.

inilah alatnya..apa hentah nama dia.Kena tanya doktor2 kat JUST nih...



Memang memeritkan apabila sakit demam di negara orang.Caj consultataion sahaja mencecah 10 dinar ( RM50 ) tak termasuk ubat2annya lagi, 4 dinar pulak.Hm..itu baru sekali pergi.. Takper ..inilah asam garam kehidupan hidup di perantauan..Saudara mara jauh,hanya Allah dan sahabat handai tempat kita bergantung harap.

Ya Allah, berilah kami kekuatan dan ketabahan menghadapi ujianMu di perantauan ini..Dan permudahkanlah urusan kami Ya Allah.


Friday, December 18, 2009

ANAK ABI!!!

jam sekarang menunjukkan 7.00 pagi..sudah lama tidak mengupdate blog ini..Minggu lepas ummi yang demam..minggu in pula adik faseh pulak yang demam.. Suasana hujan lebat di luar sana...

Hari ni satu muharram.Adik faseh demam kuat semalam..ummi dalam keterpaksaan menyumbat ubat ke dalam bontotnya..Sudah sepuluh kali ummi abi berfikir, nak masukkan ker atau tidak..

Ya Allah hari ni merupakan hari ketiga adik faseh demam..Ya Allah,sembuhkanlah dan sihatkanlah dia Ya Allah..

Hari pertama..dia minum susu jer sikit..lepas tu semua makanan dia tak mahu..
Hari kedua..kami paksa dia makan telur dan kismis..itupun sikit jer yang dimakannya..
dan hari ini hari ketiga..harap2nya ada perubahan ..

adik faseh tidur meniarap di atas abi..

abi yang khusyuk membuat assignment...pengorbanan seorang abi...



sembuhkan dia Ya Allah...Kau tukarkanlah kesakitan yang ditanggung anakku ini dengan diriku..seorang ibu sanggup berbuat apa saja untuk kesihatan anaknya...

hari ketiga..adik demam ditemani tidur oleh abinya..

tidur adik tidak lena..dada selalu berombak2 dan setengah akan bangun meminta air masak...bibirnya kering..Ya Allah..sembuhkan dan sihatkan dia seperti sediakala..

SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA!!!



Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan orang yang berzikir kepada Tuhannya dan orang yang tidak berzikir kepadaNya ialah seperti orang yang hidup dan orang yang mati." (Riwayat Bukhari) Daripada Abu Musa al-Asy'ari r.a., Nabi s.a.w, bersabda: "Perumpamaan rumah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah dan rumah yang tidak digunakan untuk berzikir kepada Allah adalah seperti benda yang hidup dan benda yang mati." (Riwayat Muslim) mari pertingkat amal!O:-