Pages

Showing posts with label keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label keibubapaan. Show all posts

Friday, December 28, 2012

Pesanan Untuk Anakku...


C&P
Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)


Wahai anakku,
 Hargailah persahabatan yang ikhlas kerana Allah, kerana ia kekal dalam redha Allah. Bilamana Allah utus kepadamu seorang sahabat yang baik akhlaknya, tekun menjalankan perintah Allah, tenang menghadapi ujian Allah, sesungguhnya DIA telah mengutuskan kepadamu seorang guru yang baik untuk kamu mempelajari kebaikan darinya.

Untuk itu wahai anakku, pelajarilah dari sahabatmu itu kecintaan kepada Allah, merasai kasih sayangnya agar engkau akan takut kepada kemurkaanNya dan sangat mengharap redhaNya.
 


Wahai anakku,
 Syaitan berusaha merosakkan persahabatan baik itu dengan memasukan nilai kejahatannya. Ia akan berusaha memisahkan kamu dari sahabat yang baik itu. Kasihsayang mu kerana Allah akan bertukar kepada kecintaan melampau kepadanya; sehingga kamu nampak diri sahabatmu lebih besar dari Allah. Lalu kamu akan menghargainya lebih dari Allah yang mengutuskan ia kepadamu. Kamu bangga dengannya sehingga kamu terlalai dari bangga dengan Allah yang sentiasa memeliharamu. Engkau akan rasa rindu kepadanya, sehingga kamu tidak lagi merindui Tuhanmu. Engkau akan menangis kerananya, tetapi kamu tidak menangisi dosamu terhadap Allah.




Wahai anakku,
 Betapa gembiranya kamu menerima surat yang disampaikan oleh seorang posmen, janganlah sampai kamu lupa kepada yang menulis surat kepadamu. Engkau menunggu- nunggu kedatangan posmen ke rumahmu setiap hari, tetapi kamu tidak menanti redha Tuhanmu. Engkau akan membaca catatan sahabatmu yang kamu cintai itu berkali kali, tetapi kamu tidak membaca lagi peringatan Allah 
( Quran) yang dikirim kepadamu.
 

Wahai anakku,
 Syaitan sangat licik menipu manusia, kini kamu kasih kepada sahabatmu kerana kamu rasa hebatnya sahabatmu, baiknya dia, penyanyangnya dia dan pelbagai alasan, sehingga bayangannya lebih besar dari Allah. Untuk itu wahai anakku, besarkanlah kasih sayangmu kepada Tuhanmu, nescaya akan datang kasih sayang makhluk Allah kepadamu. Jagalah segala perintah Allah, nescaya Allah akan memelihara persahabatanmu, dan jangan sesekali kamu lakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan Allah dalam persahabatanmu, kerana hakikatnya setiap manusia akan berpisah juga akhirnya, namun kamu tidak akan berpisah dengan Allah.
 

Senyumlah dalam ketaatan...... Tanda redha kepada Tuhanmu..

Saturday, August 25, 2012

Hikmah Abadi

Setulus kasih... 
Hikmah Yang Abadi..

Anak2 ummi tengok video nih.. 

 Jannah :
 Kesian kat dia kan...
Dia tak boleh tengok dan dengar...
Dia nak jumpa mak dia..
Bersemangat betul..
dia sayangkan sangat mak dia

  Faqeh : 
Ala..mak dia dah mati...
dia sayang kat mak dia.
Faqehpun sayang ummi. 

 Faseh : 
Kenapa dia mandi kat masjid?
Macam best,nak mandi kat masjid jugaklah!

 Faheem : 
...........
( duk tekan2 laptop,sambil dimarah kakak dan abg2nya). 

 Abi :
Anak2 ummi abi kena doakan ummi abi bila kami sudah tiada..

 Ummi : 
Jangan nakal2..Semua orang sayangkan ummi abi dia..

Ulasan Ummi:
Video ini memberi 1001 kesan tersurat dan tersirat kepada yang menontonnya. 
Pasti penonton akan terfikir..
..anak2 yatim juga inginberaya gembira..
..mereka yang kurang upaya sedaya upaya pulang ke kampung halan berjumpa yang tersayang..
Malulah kepada yang berupaya tidak mahu pulang berjumpa yang tersayang di kampung...

Ummi terfikir..
Bagaimana pula jika ummi yang mati?
Adakah anak2 ummi akan mendoakan ummi?

Allahu Akbar...
Ya Allah..jadikanlah anak2 kami penyejuk hati..
Yang bakal mendoakan kebahagiaan kami dunia akhirat,amin!

Sunday, May 20, 2012

Teknik Tepuk Bantu Masalah Bayi Berkahak

Bismillah Walhamdulillah..

20 Mei 2012..
Sudah masuk hari ke enam Faheem demam...
Hidung tersumbat, penyusuan terganggu..
Semoga anak ummi cepat sembuh,amin!


Demam nak tumbuh gigi...Gigi sulung yang comel!

Allahu Akbar..ummi rindukan senyuman itu..



Cepat2 sembuh yer Faheem.Sedut gas untuk cairkan kahak.

Ada artikel ummi kongsikan.
Insya Allah nanti akan cuba dibuat.

. --------------------------------------------------------------------------------

BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.

Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri. Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas. Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.

Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru. "Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Pengalaman

Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm. "Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.

"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi. "Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.

"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.

"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. "Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula.

Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.

Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah. Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.

"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.

"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.

Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat. Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.

"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.

"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.

"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.




Sumber: Utusan Malaysia

Sunday, April 22, 2012

TARBIYYATUL AWLAD FIL ISLAM.

Bismillah Walhamdulillah..

Pendidikan Anak-anak Dalam Islam..

Alhamdulillah,
ummi dijemput untuk mengisi perkongsian bersama mengenai pendidikan anak2 ini.

Bulan 3 yang lalu sebenarnya ..
Baru sekaranga da masa untuk dikongsi di blog ummi ini.



Alhamdulillah..perkongsian ini bersama adik2 bakal doktor yang akan menamatkan pengajian mereka di Jordan University of Science n Technology.

Sebelum sesi bermula kami bersolat hajat memohon yang terbaik untuk umat2 Islam di Syria..
Sempadan dengan JOrdan sahaja sebenarnya Syria ini..
Namun hanya doa yang mampu kirimkan dari bumi Jordan ini..




Alhamdulillah..buku Tarbiyyatul Awlad ini ummi ada terjemahannya dalam Bahasa Melayu.
Dan..di sini ummi beli dalam bahsa arab...

Ummi baca dalam bahasa arab dan tengok terjemahannya dalam bahasa melayu..
Alhamdulillah..adalah dapat perkataan2 baru....


Allahu Akbar...
Tersentuh melihat karakter kartun ni kan...
Semoga anak2 kita mampu membahagiakan kita di dunia dan akhirat,amin!
Dan ini sebenarnya tujuan kita unutk mendidik anak2 dengan pendidikan Islam yang sebenar agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti..amin!

Allah....
Allah Maha Mengetahui bahawa kita mampu mendidik anak2 untu menjadi  yang terbaik..dan sebab itulah Allah kurniakan kita anak..sebagai amanah di bumi Allah ini.

Dengan adanya anak...umpama menaiki roller coaster.
Sekejap rasa teruja,sekejap rasa bimbang dan takut..semuanya ada.
Begitulah dengan bermulanya title seorang ibu..maa bermulalah pengembaraan yang menggembirakan dan menakutkan juga sebenarnya!

Mendidik anak pula..umpama bermain layang2..
Bermain layang memerlukan seni ..begitu jiga mendidik anak2.
Jika diatrik terlalu kuat,akan putus talinya..
Jika ditarik terlalu perlahan,akan jatuh layang2nya.

Mendidik anak2 perlu dipantau dan diperhati sungguh2 ..
walau di mana sahaja dia berada...
hatta sudah masuk university sekalipun..

Jangan putuskan tali layang2..
namun sentiasa dipegang talinya..
Ini ummi ambil daripada buku Pendidikan Anak2 Dalam Islam
Karya Abdulllah Nasih Ulwan.


Aiwah...persediaan!
Bagi yang belum berkahwin dan belum punyai anak..
bersedia dari sekarang.
Bagi yang sudah ada anak...
fikir2kan!

Rohani..banyakkan ilmu rohani sebelum kahwin.
Mental-bersiap sedia mencari ilmu2 psikologi untuk menjadi ibubapa cemerlang dunia akhirat.
Fizikal-jaga kesihatan elok2 ..selepas kahwin banyak nak guna tenaga.Hendak menguruskan rumah tangga memang perlukan tenaga yang banyak.
Jasmani- pandai memasak.Belajar dari sekarang ilmu2 masakan nih.
Pengurusan masa juga amat penting.Nak bahagi2kan masa dengan berhemah.


Yer betul..didik anak ada peringkat2nya..
Semasa mengandung....Tambahkan amal ibadat kita..
dengar al Quran dan baca banyak2...

7 tahun pertama..
Semasa umur sebegini..memang anak2 suka sangat bergurau dan bermain..
Didiklah dia dengan sebaiknya..tahun2 ini memang tahun yang sukar sebenarnya..

7 tahun kedua..
Pada umur sebegini perlu didisiplinkan di samping tunjuk ajar perlu diberi.

7 tahun ketiga..
Umur begini umur2 yang mencabar sangat sebenarnya..
Namun peranan kita untuk menjadi seorang kawan amat perlu!
Zaman remaja !

7 tahun terakhir dan ke atas..
Di beri kebebasan..namun masih dalam kawalan kita..
Umpama layang2!

Allahu Akbar!
Cabaran!!!!

Tiang  dan potensi.
Ummi pernah baca satu artikel mengenai kesilapan kita dalam mendidik anak2.
Apabila anak mula berjalan,dan apabila terlanggar sesuatu seperti tiang,pastinya kita akan pujuk anak dengan mengatakan bahawa tiang yang salah sebab anak terlanggar.
"Sian adik,jangan nangis,tiang ni buat adik yer..nak kena tiang nih.."
Dalam masa yang sama kita ajar anak2 supaya menyalahkan orang lain




Hm...ini yang perlu diamalkan..
Juga cabaran bukan...

Teachable moment...
Nak cari masa2 yang sesuai untuk mendekati anak2 nih.
Antaranya masa makan..masa mandi...
dan juga setelah dia penat bermain..dan sampai masa rehat dia..
Time sebelum tidur..adalah masa yang paling sesuai untuk menasihati dia..
Usahakan agar dapat mencium dan berborak2 serba sedikit sebelum anak tidur.

Berikan masa yang berkualiti dengan anak2..
Walau sesibuk manapun..cuba luangkan masa2 beharga untuk anak2!
Huish..memang cabaran bagi ibubapa yang bekerjaya bukan..
Tapi itu bukan masalah..

Marah dan pujuk..
JIka si ibu marah..sia ayah tukang pujuk..
Begitu juga sebaliknya..
Jangan dua2 marah...kesian kat anak tuh..


Ittifak..kesepakatan ummi dan abi..
Maksudnya ibu dan ayah perlu ada kata sepakat dalam membuat keputusan terhadap anak2.
Contohnya jika si ayah marah,si ibu jangan ikut masuk campur..memenangkan anak2..
Biar keadaan reda dahulu....barulah masuk campur..pujuk anak..
Begitu juga sebaliknya..

Contoh yang lain..jika bergaduh suami isteri..
jangan di hadapan anak2..gaduhlah dalam bilik!
dan jika tergaduh depan anak2...cepat2 bina suasana harmoni semula..
Cepat2 cium dan beritahu anak2 bahawa anda tidak bergaduh sebenarnya!



Wednesday, September 1, 2010

PUASA KAK JANNAH!

Bismillah Walhamdulillah..

Pukul 1.00 thari
"Abi,Jannah laparlah".
"Pergilah main lukis2 dulu sayang."


moh kita main lukis2 dulu yer..

Pukul 2.00 petang
"Abi,nak buka poselah,tak larat dah nih!"
"Jannah pergi tengok tv dulu yer..kejap jer lagi nak buka"


Pukul 3.00 petang
"Abi, tak tahan dah nih..lapar sangat nih.."-
"Sabarlah sayang,sikit jer lagi.Rugilah kalu berbuka sekarang!"
Sambil abi membelai dengan penuh kasih sayang puteri sulung ini.

Pukul 4.00 petang
"Abi,nak main laptoplah abi".

Pukul 5.00 petang.

"Abi, nak main roller bladelah abi".

Pukul 6.00 petang.
"Abi,nak gi kedai,nak beli makanan banyak2 gitu nak buat bukak pose".

Pukul 7.00
Sudah terpacak depan meja makan.Semuanya ada 7 jenis makanan yang ingin dimakan oleh Kak Jannah. Muka ceria jer bila nak berbuka.

Syawarma,nuget ayam,air kotak 2 kotak,jajan 3 jenis..

Pukul 7.45
"Jannah suka bila bukak pose,sebab boleh makan banyak2!Tapi tak best pose, sebab takleh makan !!!!"

Pukul 8.30 malam
"Abi,kami semua nak gi tawarikh( cam upin n ipin)..eh silap..terawikh.."


"Abi,cantiknya lampu2 kat kedai tu.Dia pasang sebab apa abi?"
Memang cantik. Budaya di sini suka pasang lampu2 yang cantik2 ini bersempena bulan Ramadhan ini.




Alhamdulillah..itulah karenah HURUL JANNAH berpuasa pada tahun ini.Setiap hari berlainan karenahnya.Tapi kita sebagai ibubapa perlulah sabar dan kreatif memujuk anak2 yang baru mula2 belajar berpuasa.Malahan sembahyang juga perlu dididik seiring dengan berpuasa.Mendidik dan mentarbiyah ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan yang amatlah tinggi.


Hari ni sudah masuk 22 umat Islam berpuasa..bermakna...8 hari lagi Ramadhan akan meninggalkan kita semua...Bermacam2 perasaan akan hadir dalam setiap manusia..ada yang sedih,ada yang gembira.Sedih kerana Ramadhan akan meninggalkan kita,dan belum pasti lagi kita akan berjumpa lagi .


“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apakah malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu para malaikat dan malaikat Jibril akan turun dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu penuh dengan kesejahteraan sehinggalah terbit fajar” [Surah al-Qadar: 1-5].








Tuesday, May 11, 2010

AWAS!! Jangan Sentuh Anak Saya!



Oleh norlaili salleh, ratuhati.com

  • Seorang gadis dalam perjalanan pulang dari sekolah melalui jalan yang sibuk di tengahari diheret dan diperkosa di bawah jambatan tanpa disedari.
  • Seorang pemandu bas meletakkan sekeping cermin di bawah lantai basnya semata-mata ingin mengintip seluar dalam kanak-kanak sekolah yang memakai skirt.
  • Seorang pelajar lelaki sekolah menengah sengaja meriba seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 9 tahun sambil meramas anggota sulit kanak-kanak malang tersebut.

Apa yang disebut di atas bukannya rekaan, tetapi adalah kisah benar yang tidak disebut dengan jelas untuk menutup aib mangsa-mangsa tersebut.



Dalam keadaan masyarakat yang semakin menipis nilai kemanusiaannya ini, kita tidak boleh percayakan sesiapa dan mengharapkan orang lain untuk menjaga anak kita. Kita sendiri yang harus mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Dulu, kalau kita pergi sekolah dengan berjalan kaki sejauh lima kilometer melalui kebun getah dalam kegelapan, jarang sangat kita dengar penculikan dan pemerkosaan. Sekarang ini, anak yang bermain 200 meter dari rumah di taman permainan di siang hari pun boleh diculik tanpa dapat dikesan. Semakin maju dunia, semakin maju juga teknik dan helah yang digunakan oleh penjenayah terhadap kanak-kanak ini. Jadi, sebagai ibu bapa kita juga semakin perlu berhati-hati menjaga permata kesayangan kita ini.



Bila anak sudah boleh bercakap dan mula memahami, kita sudah boleh mendidik mereka mengenai sikap malu. Malu untuk menayangkan badan dan anggota sulit mereka kepada orang luar selain daripada diri kita sendiri. Beritahu mereka tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh mereka lebih-lebih lagi bahagian sulit mereka. Hanya kita, ibu mereka saja yang berhak melakukannya. Ajar mereka kenali anggota tubuh mereka secepat mungkin dan tunjukkan tempat yang sangat perlu dijaga iaitu bahagian sulit.



Antara langkah-langkah yang harus kita ambil untuk melindungi anak kita ialah :

  • Ajar anak kewajipan untuk menutup aurat.
  • Ajar anak untuk bercerita apa saja dengan kita tanpa selindung dan malu.
  • Wajib kita mendampingi anak dengan penuh kasih sayang.
  • Selalu membuat anak selesa dengan kita dan percaya bahawa hanya kitalah satu-satunya yang mereka boleh percayai.
  • Tiada sesiapa pun boleh menyentuh mereka hatta guru mereka sendiri tanpa sebarang alasan.
  • Wajib menemani anak semasa mereka diperiksa oleh doktor.
  • Sentiasa bertanyakan apa aktiviti mereka di sekolah dan aktiviti harian mereka sepanjang kita tiada bersama mereka.
  • Kita sendiri harus menjaga aurat di dalam keluarga contohnya aurat kita dengan mereka, sesama adik beradik dan asingkan tempat tidur.
  • Pantau kemesraan anak tidak kira lelaki atau perempuan dengan sesiapa saja walaupun saudara terdekat.
  • Ajar anak jangan mudah percaya kepada orang dan sentiasa berhati-hati dengan sesiapa saja.
  • Sekat anak melihat perlakuan lucah dan tidak senonoh samada secara 'live’, di televisyen, komputer, telefon bimbit dan sebagainya.
  • Wajib temani anak bermain di mana saja
  • Pastikan anak sentiasa di depan mata ketika membeli belah, jangan lalai walau sesaat pun.
  • Jika anak mahu berbincang pelajaran dengan kawan-kawanya, ajak mereka ke rumah anda.
  • Jangan biarkan perbincangan dilakukan di dalam bilik atau tempat tersorok di rumah walaupun teman itu seorang perempuan.

Saya turunkan petikan dari majalah solusi mengenai perlakuan orang dewasa yang boleh dikategorikan sebagai pencabulan terhadap kanak-kanak antaranya:



  • memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur.
  • menyentuh bahagian sulit
  • menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak
  • mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual
  • mengalakkan kanak-kanak menonton atau medengar aksi seksual
  • membuat panggilan telefon lucah
  • mencium tubuh kanak-kanak termasuk kemaluannya
  • mengintai kanak-kanak sedang mandi
  • mencium dengan ghairah
  • mempamerkan aksi lucah

Sekali lagi saya tegaskan,jangan percaya kepada sesiapa pun. Jaga dan lindungilah anak kita. Didik mereka mengenai aurat, malu dan akhlak Islam yang sebenarnya secepat mungkin.Tidak ada alasan terlalu awal. Di luar sana terlalu banyak mata-mata jahat yang sentiasa menunggu untuk mengambil kesempatan di atas kealpaan kita. Anak kita sentiasa dalam bahaya tidak kira lelaki atau perempuan. Biarlah orang kata kita terlalu ‘protective’ sampai anak tidak boleh bebas. Kalau terjadi apa-apa yang buruk, adakah mereka yang berkata itu boleh menggantikan semula anak kita?





Thursday, March 18, 2010

MENGATUR TABIAT MAKAN ANAK.

Oleh
KHAIRUNNEEZAM MOHD. NOOR.


KECENDERUNGAN kanak-kanak memilih makanan segera dan makanan rapu (junk food) sebenarnya mewujudkan tabiat pemakanan tidak sihat.



Memburukkan keadaan, hampir saban hari kanak-kanak ini terdedah dan tertarik dengan iklan-iklan makanan segera berjenama terkenal yang menggiurkan.



Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan di pasaran hari ini mengandungi emulsifier, bahan pewarna dan perisa yang antaranya boleh mendatangkan mudarat.



Begitu juga dengan kandungan lemak tidak tepu, gula dan garam yang tinggi ditambah lagi kandungan serat yang sangat rendah dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan sesiapa sahaja terutama anak-anak.



Ada ibu bapa yang tidak mengambil pusing akan hal ini, ditambah lagi mereka sendiri mempunyai tabiat pemakanan yang kurang sihat.



Ada juga ibu bapa yang beranggapan tiada salahnya anak-anak tidak dihidangkan makanan sewajarnya seperti sayur-sayuran atau buah-buahan dalam menu harian, lantaran begitu banyak pil-pil vitamin yang boleh dibeli untuk anak-anak di pasaran.



Ironinya, pakar pemakanan sendiri tidak menggalakkan masyarakat untuk terlalu bergantung kepada pil-pil suplemen seperti ini.



Menurut Coughlin (2003) dalam penulisan jurnalnya bertajuk 'Body image dissatisfaction in children: prevalence and parental influence' terdapat tiga faktor yang menyebabkan anak-anak mempunyai tabiat makanan yang tidak sihat.



Pertama, apabila anak-anak mempunyai pilihan makanan ringan yang banyak di rumah.



Misalnya melambakkan sebegitu banyak stok makanan ringan, gula-gula atau air berkarbonat di dapur sekadar tujuan untuk dinikmati secara ringan sambil bersantai menonton televisyen.



Keadaan ini membuka ruang dan pengaruh kepada anak-anak untuk lebih tertarik menikmati makanan ringan tersebut berbanding makanan berat yang lebih berkhasiat.



Memang tidak salah untuk sesekali anak-anak makan makanan ringan, namun ibu bapa perlu menyediakan pilihan makanan ringan yang berkhasiat seperti biskut, roti berkrim, bertih jagung rendah lemak, yogurt atau pun kismis.



Faktor kedua, keperluan anak-anak untuk memilih makanan kegemaran. Kadang kala, ada anak-anak yang dipaksa ibu bapa untuk makan satu-satu jenis makanan sahaja.



Ia akan menyebabkan anak-anak kebosanan dan tidak berminat untuk terus menikmati sajian makanan yang serupa.



Maka ibu bapa harus bijak mempelbagaikan jenis atau cara masakan yang disajikan sama. Yang pentingnya, khasiat makanan tetap terpelihara dan memberi faedah kepada perkembangan tubuh badan dan mental anak-anak.



Jika anak-anak mahu makan burger, sosej atau ayam goreng seperti mana yang dijual di restoran makanan segera, ibu bapa sendiri sebenarnya mampu untuk menyediakan makanan segera tersebut dengan jaminan khasiat yang lebih tinggi.



Faktor ketiga pula adalah emosi. Kanak-kanak yang mengalami kesedihan, ketakutan atau krisis kekeluargaan cenderung memiliki tabiat kurang makan atau terlebih makan.



Jika ibu bapa melihat emosi anak-anak yang terganggu sebegini turut memberi kesan negatif kepada tabiat pemakanan mereka, maka dicadangkan agar masalah yang menghantui anak-anak itu diselesaikan dahulu, bukan terfokus kepada membetulkan kaedah makan mereka.



The American Academy of Peadiatrics misalnya mencadangkan beberapa perkara dalam menyusun-atur semula jadual pemakanan dan tabiat makanan seharian anak-anak yang sihat.



Banyak ibu bapa yang risau anak-anak mereka makan mungkin terlalu sedikit atau terlalu banyak. Maka, untuk mengelak kerisauan dan membimbing anak-anak makan dengan betul, kedua-dua pihak perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing.



Tanggungjawab ibu bapa adalah menyediakan pilihan makanan berkhasiat dalam hidangan makanan utama (sarapan, makan tengahari dan makan malam) dan makan ringan seperti minum petang.



Ibu bapa menentukan apa untuk dimakan, di mana dan bila. Tanggungjawab anak-anak pula untuk memilih berapa banyak mereka perlu makan makanan yang disediakan ibu bapa.



Kaedah ini mungkin mengambil masa jika ia baru hendak dipraktikkan, namun ia akan membentuk disiplin makan yang baik untuk anak-anak di mana mereka memperoleh jumlah makanan berkhasiat yang sepatutnya, pada waktu yang tepat dan tempat yang betul.



Ibu bapa sendiri patut mengamalkan tabiat pemakanan harian yang sihat supaya anak-anak akan melihat dan mengikutnya sebagai contoh yang baik.



Begitu juga ibu bapa yang merokok perlu seboleh-bolehnya mengelakkan diri daripada merokok di hadapan anak-anak, atau lebih baik lagi berhenti terus daripada merokok.



Membuat aktiviti fizikal dan jasmani secara tekal dan kerap bersama anak-anak akan membantu mereka menjadi sihat. Senaman yang dilakukan mampu membakar kalori yang diambil dalam makanan, mengeluarkan toksik di samping merapatkan hubungan sesama ahli keluarga.



Makan secara bersama-sama dalam keluarga sekerap mungkin. Sediakan menu makanan yang menarik, pelbagai dan segar. Dalam sesi makan seperti inilah ibu bapa dan anak-anak lebih mudah untuk mendapatkan kata sepakat tentang tabiat pemakanan dan jenis makanan yang baik untuk seisi keluarga.



Jika mampu, bawa anak-anak berjumpa pakar pemakanan atau ke pusat kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan khidmat nasihat yang sewajarnya.



Kadang kala, anak-anak akan lebih terpengaruh dan mempercayai kata-kata seorang doktor berkaitan tabiat makan yang betul daripada nasihat ibu bapanya. Namun ia bukanlah satu isu yang besar, asalkan anak-anak dapat terus sihat dan membesar dengan normal dan baik.



Kesimpulannya, jika tabiat makan anak-anak tidak diselaraskan dan dikawal sebaiknya oleh ibu bapa, dikhuatiri mereka akan mudah menghidap penyakit-penyakit kronik yang boleh mengundang kesan negatif dalam jangka masa pendek mahu pun panjang.



Pemilihan makanan yang tepat turut mampu membantu seisi keluarga untuk berjimat-cermat sekali gus memiliki tubuh badan yang sihat.



Duit tidak dibazirkan membeli makanan yang tidak berkhasiat lagi 'beracun', bahkan jimat daripada terpaksa membayar bil-bil perubatan kerana keadaan ahli keluarga sakit dek tabiat makan yang buruk.



***********************


Sumber artikel dari blog ini.
Diterbitkan dalam Utusan Malaysia.



Sunday, February 7, 2010

TAKUTKAN HANTU!!!

MADAH MUKADDIMAH.

Alhamdulillah..jam menunjukkan 4.30 pagi, 1 degree skg.Sekejap lagi azan subuh berkumandang. Seronoknya tengok template baru ummi.Alhamdulillah..setelah puas ummi mencari-cari template baru, akhirnya ini yang berkenan di hati.

CORETAN UMMI.

Sebelum tidur tadi, Kak Jannah bertanyakan "Allah ada di mana ummi?Allah warna apa ummi".Beberapa minit kemudian, Kak Jannah yang sudah terlelap seketika mengadu pada ummi "Ummi, Jannah mimpi hantu tadi.Jannah takut sangat, nak pegang tangan ummi boleh tak?" " Jangan takut Kak Jannah, Allah ada dengan kita, Allah nampak apa yang kita buat, itu hanya mimpi semata-mata, nanti Kak Jannah bangun dia tak adalah.Kak Jannah baca doa banyak2, selepas itu , ingat Allah banyak2".
Ok, Kak Jannah nak doa sekarang "Ya Allah, jangan bagi Jannah mimpi2 buruk lagi Ya Allah"

Alhamdulillah..memang menjadi rutin sebelum tidur sekarang kami anak beranak akan membaca doa sebelum tidur, surah Al-Fatihah, 3 Qul, ,Ayatul Kursi.Selepas itu lagu sayang-sayang.Nak tahu lagu tu, kena tanya adik Faseh, pakar nyanyi.Selepas semuanya selesai, Kak Jannah akan bercerita tentang cerita haiwan-haiwan kesayangannya.
Huhu..bercerita, menyanyi dalam kegelapan sebelum tidur."Mumtaz ya syathir...Kak Jannah, Ummi, Abang Faqeh, Adik Faseh , Abi saya...ng!!!

Pernah juga Kak Jannah bangun pagi dan beritahu pada ummi "Semalam Jannah rasa nak kencing, tapi Jannah tahan" "Kenapa?" "Jannah doa pada Allah " Ya Allah,jangan bagi Jannah kencing malam ini.Tahanlah sampai pagi esok "..huhu.. pulak dah..pandai betul anak ummi ini berdoakan..


PENGISIAN ROHANI.


“Heee…. hantu! Hantu!”, bapa mengacah anak yang bermain di dalam bilik.
“Huaa!!!”, bertaburan si anak melarikan diri kerana takutkan hantu.
Biasalah itu. Cara mudah untuk ibu dan bapa mengawal anak, takutkan mereka dengan hantu.



Walhal si anak bukan pernah melihat hantu. Ibu bapa itu pun berkemungkinan besar tidak pernah bertemu hantu. Tetapi entah mengapa, takut benar si anak dengan hantu, berbakat sungguh si ibu dan bapa menakutkan anak-anak mereka dengan apa yang mereka sendiri tidak pernah lihat, tidak pernah jumpa.
Jika hantu yang tidak pernah diketemui itu, boleh digambarkan dengan begitu kreatif oleh ibu bapa dan anak, mengapa mereka tidak kreatif memperkenalkan kepada si anak, soal TUHAN.
Asyik-asyik hantu. Bagaimana Tuhan?
GHAIB
Sama ada hantu atau Tuhan, kedua-duanya adalah persoalan ghaib. Mempercayai sesuatu yang ghaib itu adalah sulit bagi ahli material, tetapi fitrah bagi yang memahaminya.




Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: “Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami)” [Al-Baqarah 2: 55]


 
Yahudi itu tidak mampu mengimani Allah SWT. Mereka hanya boleh mempercayai apa yang dapat dilihat dengan pancaindera penglihatan mereka. Mereka mahukan Tuhan yang boleh disaksikan oleh mata.


 

Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: “Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam [Al-Maidah 5: 17]

Manakala Nasrani pula bertuhankan manusia berjasad yang bernama al-Masih bin Maryam. Telah kufurlah mereka kerana kepercayaan itu, bahasa al-Masih itu Allah, atau anak Allah.
Yahudi dan Nasrani tidak mampu mengimani Allah kerana cacat mereka pada keupayaan mengimani perkara ghaib, sebagaimana sekalian Majusi, iaitu istilah Syara’ yang merujuk kepada sekalian musyrikin selain Yahudi dan Nasrani.


 
FITRAH
Lantas kita sampai kepada ingatan Nabi S.A.W. tentang hakikat ini di dalam sepotong hadith yang sering dibaca:


 






“Tidaklah lahir seorang bayi melainkan lahirnya dia itu di atas fitrah. Maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi…” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz al-Bukhari)


 
Ibu bapalah yang berperanan menjadikan anak itu mempercayai Tuhan sama ada secara Yahudi, Nasrani, Majusi, atau kekal di atas fitrah yang asal dan luhur.


 

Di sinilah timbulnya perbahasan popular semasa, iaitu bagaimana kita mahu memperkenalkan Allah kepada anak-anak? Seminar demi seminar diadakan, dengan maksud mahu menterjemahkan keutamaan Aqidah kepada Allah sebagai asas utama pendidikan, termasuklah kepada anak-anak.


Jika ibu bapa begitu kreatif memperkenalkan hantu kepada anak-anak, bagaimana pula dengan tanggungjawab mereka memperkenalkan Tuhan?


TAUHID UNTUK SI ANAK
Apakah mahu disulitkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Sifat 20 kepada si anak kecil? Apakah mahu dipeningkan persoalan ini dengan mencari formula menterjemahkan perbahasan Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah SWT kepada si anak?

Apabila Nabi SAW telah memperingatkan bahawa anak-anak itu lahir di atas fitrah, maka fahamlah kita bahawa sebenarnya keupayaan mengimani Allah SWT oleh anak-anak kecil ini adalah sebahagian daripada fitrah itu. Anak-anak sudah secara fitrahnya bersedia dan mampu mengimani Allah sebagai Tuhan. Itu fitrah mereka.


Maka ibu bapa tidak perlu memeningkan kepala mencari formula mahu menyedarkan si anak kecil tentang apa atau siapa itu Tuhan, kerana anak-anak dengan fitrah mereka, sudah pun mengimaninya tanpa kita sedar. Lantas tugas ibu bapa ialah memupuk dan memperkembangkannya, tetapi harus didahului dengan suatu peringatan, JANGAN DIROSAKKAN FITRAH ITU.

Jangan dirosakkan kesediaan anak-anak untuk mengimani Allah. Salah satu cara fitrah itu dirosakkan oleh si ibu dan si bapa ialah apabila kesediaan anak mengimani TUHAN, digantikan dengan HANTU.

TIDAK TAHU SYAK DAN WAHAM
Anak-anak bukan makhluk yang ada upaya syak dan waham. Itu penyakit orang dewasa. Anak-anak itu berada di dalam mood percaya atau tidak percaya. Itu sahaja. Apa sahaja yang ditanam oleh ibu bapa, itulah yang menjadi kepercayaan si anak. Jika mahu anak percayakan Tuhan dan terus mengimani-Nya, maka pupuklah kepercayaan itu dengan menyuburkan fitrah mereka kepada mempercayai Allah sebagai Tuhan, bukannya si anu si anu sebagai hantu.

“Kalau kita buat baik, Allah sayang. Allah suka anak yang buat baik kepada ibu bapa”, saya memberitahu Saiful Islam dan Naurah.
“Abi, cikgu cakap, orang yang ingat Allah itu power. Syaitan tak dapat kalahkan dia”, balas Saiful Islam.

Syukur, anak saya bersekolah di PASTI. Pengisiannya menyuburkan fitrah anak-anak.

Setiap kali saya bercakap tentang Allah dan tentang syaitan kepada anak-anak, mereka menerima dan kemudian bercerita kembali dengan penuh yakin.
Sama juga jika saya bercakap tentang hantu kepada mereka. Yakin juga.
Maka, binalah kepercayaan anak-anak kepada Allah sebagai Tuhan dengan memupuk keyakinan mereka. Mereka adalah makhluk yang yakin, maka peliharalah keyakinan anak-anak agar terdorong kepada yang Haq, hinggalah mereka mencecah dewasa. Ketika anak meningkat dewasa dan terdedah kepada pelbagai cabaran, maka haruslah kepercayaan itu diperkemaskan dengan reasoning dan soal jawab yang sesuai dengan tahap ketika itu.

Sesungguhnya, sikap ibu bapa yang lebih banyak menyebut HANTU berbanding TUHAN kepada anak-anak kecil mereka, adalah perbuatan yang mendorong anak itu kepada Yahudi, Nasrani juga Majusi.


 

HARRY PORTER

Di negara Barat, era semenjak tahun 2000 memperlihatkan bagaimana kemunculan filem-filem fantasi sama ada ala-ala Harry Potter, mahu pun filem seram berkenaan hantu dan syaitan semakin popular dan menjadi-jadi. Tentu sahaja di kaca mata kita, ia suatu perkembangan yang tidak sesuai dengan nilai kita sebagai Muslim. Tetapi pengamatan yang lebih teliti, akan memperlihatakan bahawa kemunculan filem fantasi seperti ini, sebenarnya adalah kesan daripada krisis dualisma yang membelenggu mereka sejak sekian lama.


 

Kehidupan yang sangat materialistik, telah begitu lama menjadikan jiwa masyarakat Barat ditimpa kemarau. Mereka hilang daya melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, lantas seiringan dengan itu, mereka gagal mengimani apa yang berada di luar capaian deria manusia. Mereka hilang upaya memahami Tuhan, kehidupan selepas kematian dan segala-gala yang ghaib sifatnya.


 

Tatkala Intellectual Quotient (IQ) dan Emotional Quotient (EQ) sudah tidak lagi mampu berdiri sebagai sumber kekuatan dan kecemerlangan mereka, masyarakat Barat sedang bertatih untuk mencari panduan di dalam Spiritual Quotient (SQ) mereka.

Kemunculan banyaknya filem hantu dan syaitan di Barat adalah eksplorasi mereka terhadap dunia Spiritual.

Jika Barat terbelenggu dengan hantu kerana mencari Tuhan, mahukah kita sekapal dengan mereka dalam mengelirukan anak di antara HANTU dan TUHAN?

“Eee… abi takut Tuhan!”

Kan lebih sedap dan fitrah bunyinya!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com



56000 Kuala Lumpur





Saturday, December 5, 2009

CARA MINUM RASULULLAH S.A.W


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Penyusun: Ummu Aiman
Muroja’ah: Ustadz Nur Kholis bin Kurdian

Para ibu muslimah yang semoga dirahmati oleh Allah, mendidik anak adalah salah satu tugas mulia seorang ibu. Ketika kita berusaha untuk mendidik anak kita sebaik mungkin dan dengan mengharapkan ridha Allah, maka usaha kita tersebut dapat berbuah pahala. Bagaimana tidak, bukankah membina anak agar menjadi generasi yang sholih dan sholihah adalah salah satu bentuk jihadnya para ibu?

Salah satu bentuk pengajaran kepada si kecil adalah mengajarinya tentang adab dan akhlak mulia dalam Islam. Karena bagaimanapun, seorang ibu memiliki peran yang sangat besar dalam pembentukan pribadi anak. Jika sang ibu berakhlak baik maka si kecil pun akan meniru ibunya karena biasanya waktu anak lebih banyak bersama ibunya. Diantara adab yang semestinya kita ajarkan kepada si kecil adalah adab ketika minum.

Inilah Adab Minum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam
Aktivitas minum merupakan aktivitas yang lekat dengan kehidupan kita sehari-hari. Sehingga hal ini merupakan kesempatan yang baik untuk memberikan pengajaran bagi anak-anak kita dan melatihnya agar terbiasa minum sesuai dengan tauladan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Beberapa adab minum yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam antara lain:

1. Meniatkan minum untuk dapat beribadah kepada Allah agar bernilai pahala.

Segala perkara yang mubah dapat bernilai pahala jika disertai dengan niat untuk beribadah. Wahai ibu, maka niatkanlah aktivitas minum kita dengan niat agar dapat beribadah kepada Allah. Dan janganlah lupa memberitahukan anak tentang hal ini.

2. Memulai minum dengan membaca basmallah.

Diantara sunnah Nabi adalah mengucapkan basmallah sebelum minum. Hal ini berdasarkan hadits yang memerintahkan membaca ‘bismillah’ sebelum makan. Bacaan bismillah yang sesuai dengan sunnah adalah cukup dengan bismillah tanpa tambahan ar-Rahman dan ar-Rahim.

Dari Amr bin Abi Salamah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Wahai anakku, jika engkau hendak makan ucapkanlah bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah makanan yang berada di dekatmu.” (HR Thabrani dalam Mu’jam Kabir)

Dalam silsilah hadits shahihah, 1/611 Syaikh al-Albani mengatakan, “Sanad hadits ini shahih menurut persyaratan Imam Bukhari dan Imam Muslim)Wahai ibu, jangan lupa untuk mengingatkan anak-anak kita untuk membaca ‘bismillah’ ketika hendak minum, agar setan tidak ikut serta menikmati makanan dan minuman yang sedang kita konsumsi.

3. Minum dengan tangan kanan.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,“Jika salah seorang dari kalian hendak makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Dan apabila ingin minum, hendaklah minum dengan tangan kanan. Sesungguhnya setan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)Ajarkanlah pada si kecil untuk selalu menggunakan tangan kanan ketika makan dan minum. Seringkali si kecil lupa meskipun telah kita ajari, apalagi ketika menyantap makanan ringan (snack) bersama teman mainnya. Nah, saat kita melihatnya, ingatkanlah ia. Janganlah bosan dan merasa jemu untuk mengingatkan anak kita. Insyaa Allah jika kita melakukannya dengan ikhlas mengharap ridha Allah, Allah akan mengganti usaha kita tersebut dengan pahala.

4. Tidak bernafas dan meniup air minum.

Termasuk adab ketika minum adalah tidak bernafas dan meniup air minum. Ada beberapa hadits mengenai hal ini:Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kalian minum maka janganlah bernafas dalam wadah air minumnya.” (HR. Bukhari no. 5630 dan Muslim no. 263)

Dari Ibnu Abbas, “Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang untuk bernafas atau meniup wadah air minum.” (HR. Turmudzi no. 1888 dan Abu Dawud no. 3728, hadits ini dishahihkan oleh Al-Albani).Dalam Syarah Shahih Muslim, Imam Nawawi mengatakan, “Larangan bernafas dalam wadah air minum adalah termasuk etika karena dikhawatirkan hal tersebut mengotori air minum atau menimbulkan bau yang tidak enak atau dikhawatirkan ada sesuatu dari mulut dan hidung yang jatuh ke dalamnya dan hal-hal semacam itu.

Dalam Zaadul Maad IV/325 Imam Ibnul Qayyim mengatakan, “Terdapat larangan meniup minuman karena hal itu menimbulkan bau yang tidak enak yang berasal dari mulut. Bau tidak enak ini bisa menyebabkan orang tidak mau meminumnya lebih-lebih jika orang yang meniup tadi bau mulutnya sedang berubah. Ringkasnya hal ini disebabkan nafas orang yang meniup itu akan bercampur dengan minuman. Oleh karena itu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang dua hal sekaligus yaitu mengambil nafas dalam wadah air minum dan meniupinya.

5. Bernafas tiga kali ketika minum.

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu beliau mengatakan, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam minum beliau mengambil nafas di luar wadah air minum sebanyak tiga kali.” Dan beliau bersabda, “Hal itu lebih segar, lebih enak dan lebih nikmat.”

Anas mengatakan, “Oleh karena itu ketika aku minum, aku bernafas tiga kali.” (HR. Bukhari no. 45631 dan Muslim no. 2028). Yang dimaksud bernafas tiga kali dalam hadits di atas adalah bernafas di luar wadah air minum dengan menjauhkan wadah tersebut dari mulut terlebih dahulu, karena bernafas dalam wadah air minum adalah satu hal yang terlarang sebagaimana penjelasan di atas.

6. Larangan minum langsung dari mulut teko/ceret.

Dari Abu Hurairah, beliau berkata, “Rasulullah melarang minum langsung dari mulut qirbah (wadah air yang terbuat dari kulit) atau wadah air minum yang lainnya.” (HR Bukhari no. 5627).

Menurut sebagian ulama minum langsung dari mulut teko hukumnya adalah haram, namun mayoritas ulama mengatakan hukumnya makruh. Ketahuilah wahai para ibu muslimah, yang sesuai dengan adab islami adalah menuangkan air tersebut ke dalam gelas kemudian baru meminumnya.Dari Kabsyah al-Anshariyyah, beliau mengatakan, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masuk ke dalam rumahku lalu beliau minum dari mulut qirbah yang digantungkan sambil berdiri. Aku lantas menuju qirbah tersebut dan memutus mulut qirbah itu.” (HR. Turmudzi no. 1892, Ibnu Majah no. 3423 dan dishahihkan oleh Al-Albani)

Hadits ini menunjukkan bolehnya minum dari mulut wadah air. Untuk mengkompromikan dengan hadits-hadits yang melarang, al-Hafidz Ibnu Hajar al-Atsqalani mengatakan, “Hadits yang menunjukkan bolehnya minum dari mulut wadah air itu berlaku dalam kondisi terpaksa.” Mengompromikan dua jenis hadits yang nampak bertentangan itu lebih baik daripada menyatakan bahwa salah satunya itu mansukh (tidak berlaku).”(Fathul Baari, X/94)

7. Minum dengan posisi duduk.

Terdapat hadits yang melarang minum sambil berdiri. Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu,

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Janganlah kalian minum sambil berdiri. Barang siapa lupa sehingga minum sambil berdiri, maka hendaklah ia berusaha untuk memuntahkannya.” (HR. Ahmad no 8135)

Namun disamping itu, terdapat pula hadits yang menunjukkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam minum sambil berdiri. Dari Ibnu Abbas beliau mengatakan, “Aku memberikan air zam-zam kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka beliau lantas minum dalam keadaan berdiri.” (HR. Bukhari no. 1637, dan Muslim no. 2027)Dalam hadits yang pertama Rasulullah melarang minum sambil berdiri sedangkan hadits kedua adalah dalil bolehnya minum sambil berdiri. Kedua hadits tersebut adalah shahih. Lalu bagaimana mengkompromikannya?

Mengenai hadits di atas, ada ulama yang berkesimpulan minum sambil berdiri diperbolehkan, meski yang lebih utama adalah minum sambil duduk. Diantara ulama tersebut adalah Imam Nawawi dan Syaikh Utsaimin. Meskipun minum sambil berdiri diperbolehkan, namun yang lebih utama adalah sambil duduk karena makan dan minum sambil duduk adalah kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Minum sambil berdiri tidaklah haram akan tetapi melakukan hal yang kurang utama.

8. Menutup bejana air pada malam hari.

Biasakan diri kita untuk menutup bejana air pada malam hari dan jangan lupa mengajarkan anak kita tentang hal ini. Sebagaimana hadits dari Jabir bin Abdillah, ia berkata, aku mendengar Rasulullah bersabda,

“Tutuplah bejana-bejana dan wadah air. Karena dalam satu tahun ada satu malam, ketika itu turun wabah, tidaklah ia melewati bejana-bejana yang tidak tertutup, ataupun wadah air yang tidak diikat melainkan akan turun padanya bibit penyakit.” (HR. Muslim)

9. Puas dengan minuman yang ada dan tidak mencelanya.
Ajarkan pula kepada anak, bahwa kita tidak boleh mencela makanan walaupun kita tidak menyukainya.

Para ibu muslimah, itulah beberapa adab ketika minum sesuai kebiasaan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Alangkah senangnya hati ini ketika kita melihat anak-anak kita meniru kebiasaan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dengan membiasakan adab islami kepada anak semenjak kecil, Insya Allah saat dewasa kelak anak-anak akan lebih mudah untuk melaksanakan adab-adab dalam islam dalam kesehariannya, karena ia sudah terbiasa. Maka janganlah bosan untuk mengingatkan si kecil. Semoga Allah membalas usaha kita dengan pahala yang berlipat ganda. Amiin.

Disusun ulang dari:
Artikel Ustadz Aris Munandar tentang “Adab-Adab Makan Seorang Muslim” di www.muslim.or.id
Minhaajul Muslim, Abu Bakar Jabir Al-Jazairi

***
Artikel muslimah.or.id

Friday, December 4, 2009

HANTUK KEPALA!


nampak tak kepala yang kemerah2 an itu?


Perangai yang memeningkan kepala ummi dan abi sekarang ialah proses menghantukkan kepala ke lantai!geram jer tgk my heroes tuh buat.Bila dia buat perangai sebegitu?
Apabila di bergaduh dan inginkan sesuatu barang!Umi duk search internet cari macamana nak ubah perangai mereka nih..



Ummi C&P dari sini.

Supaya Anak-anak Mendengar Kata


Antara perkara yang sangat sulit dalam ilmu keibubapaan adalah memastikan anak-anak kita mendengar apa yang kita perkatakan dan seterusnya melaksanakan apa yang kita minta.

Jika anda mempraktikkan beberapa tips-tips penting ini, perkara yang sulit ini akan menjadi mudah bagi anda. Insya Allah.

Berfikir Sebelum Anda Bercakap

Anda memberitahu anak anda untuk keluar bersiar-siar sekarang tapi anda telah lewat 20 minit untuk bersiap. Anda meminta anak anda mengemas ruang tamu tapi anda membiarkan keadaan rumah tidak terurus sebelum masuk tidur/semalaman. Anda memberi amaran kepada anak anda untuk membatalkan rombongannya sekiranya dia bercakap kasar kepada anda sekali lagi sedangkan anda selalu meninggikan suara dan bercakap kasar kepadanya. Kejadian-kejadian yang berlaku di atas akan melahirkan anak yang mempunyai ”selective hearing”. Oleh itu, ambil masa seminit untuk berfikir sebelum anda mengeluarkan arahan. Pastikan arahan anda jelas dan bermakna buat mereka.

Gunakan Perbicaraan yang jelas

Jangan menggunakan bahasa tersirat semasa berkomunikasi dengan anak anda: “Ia akan lebih baik jika kamu…” atau “Tidakkah kamu fikir kamu harus…”. Jangan buat permintaan yang tidak lengkap dan tidak jelas: “Kamu harus bersiap sedia untuk pergi nanti”. Jangan mengeluarkan kenyataan yang kabur: “Kamu tahu lebih baik daripada itu…”

Sebaliknya, anda harus jelas dan spesifik dalam kata-kata anda. Nyatakan permintaan anda dengan cara yang tidak akan menimbulkan salah faham. “Letak kasut dan baju sejuk kamu, dan masuk ke dalam kereta” atau “Gantung pakaian kamu dan susun buku di atas rak buku” atau “Duduk sini dan senyap”

Kawal emosi anda

Apabila anda hilang sabar dan meninggikan suara, secara logik, hasilnya ialah anak anda akan memberikan sepenuh perhatian kepada anda. Tetapi kebenaran adalah sebaliknya. Anak-anak akan diam apabila anda marah tetapi mereka akan terlepas butir-butir perkataan anda semasa itu.

Kajian menunjukkan bahawa konumikasi kita selalu diperlihatkan melalui penampilan kita (bahasa badan, nada suara dsb). Anak-anak akan fokus kepada emosi anda dan tidak memahami perkataan anda. Oleh itu, pastikan suara anda terang dan tenang, dan percakapan anda jelas dan spesifik untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Untuk merealisasikan perkara ini, jangan lupa untuk berfikir sebelum bertindak, tentukan apa yang anda mahu dan jadikan kata-kata anda penyampaian yang berkesan.

Dekati anak anda secara peribadi

Walaupun mudah bagi anda untuk berteriak dari dua kamar untuk bercakap, ia sangat kurang efektif. Anak-anak akan memberikan respon lebih baik kepada ibu bapa mereka yang bersemuka dengan mereka. Selain itu, ketika mereka berdiri dekat, anda dapat menentukan apakah anak anda memberikan perhatian kepada anda atau tidak, tanpa perlu menjangka tindak balasnya dari dengusan-dengusan yang jauh. Bersemuka dengan anak menuntut lebih masa daripada anda, tapi akan menyelamatkan anda dari marah kerana terpaksa mengulangi permintaan anda berulang kali.

Ia akan mengambil masa untuk menguasai tips-tips ini. Hanya dengan membaca artikel ini tidak akan mengubah gaya anda. Anda perlu untuk mengingatkan diri sendiri tentang apa yang ingin anda lakukan, dan pastikan tujuan anda segar dalam ingatan anda. Adalah penting untuk anda memberi masa kepada diri anda untuk menguasai idea-idea ini dan maafkan diri anda jika anda melakukan kesilapan. Tidak ada di antara kita yang tahu bagaimana menjadi ibu bapa yang baik sejak lahir. Ini pekerjaan yang bukan mudah, namun dengan beberapa tips di atas cukup membantu, berdoa dan tawakallah pada Allah, anda akan berhasil! Insya Allah. Jika anak tetap tidak mendengarkan, ingatkan dia bahawa menderhakai ibu bapa adalah seperti dia tidak mentaati Allah. Tapi jangan gunakan selalu, kerana setelah selalu diulang-ulang ia menjadi seperti kebiasaan, dan kesannya akan berkurang/hilang.



Emosi Kanak-Kanak : Marah

Jom kenali anak kita…

Pada awal usia kanak-kanak, emosi marah masih belum terbentuk dengan jelas. Yang ada hanyalah keadaan emosi umum berupa tangisan serta gerakan-gerakan yang tidak teratur. Akan tetapi keadaan ini tidak kekal lama. Emosi kanak-kanak akan mula terbentuk.

Antara sebab-sebab yang menyebabkan anak marah ketika usia awal ini adalah kerana kemahuan-kemahuan psikologinya tidak terpenuhi. Akan tetapi, apabila usianya bertambah dan gerakan-gerakan dapat dikuasainya, kekuatan otok serta bahasanya mulai subur, maka kita akan mendapati emosi-emosi marah itu mula bertambah.

Maka, di sini ada factor-faktor terbentuknya emosi marah.

1.Mengkritik kanak-kanak
2.Memarahinya
3.Mengintai-intai kesalahannya
4.Membandingkannya dengan kanak-kanak yang lain
5.Membebaninya dengan pekerjaan atau arahan yang berat
6.‘Masuk campur’ urusan dan kegiatan yang sedang dijalankannya tanpa hemah
Goodenough (Anger In Young Children) telah menjalankan beberapa kajian terhadap sebilangan kanak-kanak (45 orang). Ibu-ibu bagi kanak-kanak tersebut diminta supaya mencatat kemarahan kanak-kanak mereka stiap hari dalam jangka masa 2 – 4 bulan. Dalam kajian ini ternyatalah bahawa ¾ daripada sebab kemarahan kanak-kanak yang berumur hingga 3 tahun adalah berjalan di sekitar perhubungannya dengan kedua ibu bapanya, dan saudara-saudaranya termasuklah penguasaan ke atas gerak geri kanak-kanak, arahan kepadanya, serta sesuatu yang berkaitan dengan menidurkannya, waktu makan, atau mengarahkannya melakukan adat-adat kesihatan yang berhubung dengan mandi, buang air, membersihkan gigi, menyikat rambut ataupun memaksanya membuat pekerjaan di dalam rumah.

Cara kanak-kanak menggambarkan emosi marah itu adalah berlainan disebabkan umur yang berbeza. Melalui kajian ini, hamper 90% daripada reaksi marah kanak-kanak di tahun pertama merupakan tenaga tanpa arah (undirected energy)

1.Meraung
2.Mencampakkan diri ke lantai
3.Menendang dengan kedua belah kaki
4.Menggigit
5.Melompat
… nisbah ini menurun kepada 40% ketika kanak-kanak ini mencapai usia 4 tahun.

Reaksi kanak-kanak empat tahun, lainlah pula. Antaranya

1.Membangkang
2.Menggunakan perkataan-perkataan dengan tujuan mengugut
Manakala marah yang dilahirkan dengan cara menuntut bela hampir tidak ada pada kanak-kanak dalam tahun yang pertama. Namun ketika umurnya empat tahun, cara ini mula ditunjukkan.

Maka, ibulah yang paling mengenali anaknya. Berlakulah sebaiknya kepada anak kita. Kerana itulah yang bakal ditonjolkan oleh mereka.

PETUA MENAWAN HATI PASANGAN


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Sumber dari sini.
Ditulis Oleh Mohd Aidil Yahya
Jumaat, 26 Jun 2009
1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.