Bismillah Wal Hamdulillah..
Ruhna ilal balad.( Kami telah pergi ke Balad semalam.- bahasa ammi, bahasa pasar di Jordan) Alhamdulillah..memenuhi permintaan anak2 yang ingin belajar main kasut roda.Sekarang ni tengah bersemangat nak bersukan.Yerlah hari2 dah semakin panas dah sekarang.Cuaca dah berubah dari sejuk ( syita' ) ke panas (soifi).Bahagia tengok anak2 pakai baju2 nipis2 jer.Baju2 tebal musim sejuk dah selamat masuk almari.Tapi risau juga kalau syita' ( musim sejuk ) ini belum berakhir.
dalam teksi menuju ke balad.Cantik tak kepala botak abang faqeh?Kenapa kak jannah tuh?
adik pulak gaya apa tuh?
ahlen ila Souqul Bukhoriyyah.Nak cari alatan jahit ummi sebenarnya.Bahagia jer tengok sinaran matahari yang memancar2 dengan cantiknya, alhamdulillah.
hm..kat sinilah kami membeli kasut roda untuk anak2 ummi.Kasut musta'mal ( second hand ) jer.
Lagipun masih elok..dan kamipun nak guna semasa berada di Jordan nih jer,nak balik Malaysia nanti, kita jual semula.Pada mulanya penjual tu nak jual 10 JD untuk dua kasut anak2 ummi.Selepas dipujuk dan dirayu, akhirnya rezeki kami dapatlah 8 JD untuk dua kasut.Syukran ya Ma'allim! ( panggilan untuk penjual atau sesiapa sahaja yang kita tidak tahu namanya.Janngan tertukar dengan Mu'allim, ini untuk cikgu dan pendidik.) Dulu pada mulanya ummi dengar abi panggil pemandu teksi ma'allim..ish,ummi terfikir, mana abi tahu dia ni cikgu yer!
disebabkan cuaca terlalu panas sangat,kita makan aiskrim dulu!Sementara menunggu abi mencari kasut roda untuk abi pulak!
sedapnya adik makan, sampai kena kat hidung!
ok, abang faqeh menang!nak habis dah..
kak jannahpun dah nak habis!
ok, inilah barangan yang dibeli di balad...ini yang abi..8JD
kasut roda kak jannah ..4JD
Kasut abang Faqeh..juga 4JD..ummi dan adik ada tak?
ha...ini kasut ummi.Juga musta'mal. 5JD.
Bukannya beroda.Bahaya.Nanti Kak Da marah.Tak boleh nopak !
adik kecik lagi..main tiup belon jer!Takper nanti dah besar kita main kasut roda yer dik!
Alhamdulillah..bahagia dapat menggembirakan anak2.Bagus sebenarnya main kasut roda ni.Belajar untuk mengimbangi badan.Insya Allah mengikut perangcangannya ingin ke Madinah Hassan lagi sekali petang ini.Nanti ummi upload gamabr2 nya yer..Anak2 ummi dah tak sabar nak main kasut roda ni.Siap duk praktis dalam rumah lagi!
4 comments:
geramnye kat faqeh!!! comel tol!! ustazah boleh x bg pinjam faqeh ke saye 1 hari je.. saya nak cubit2 die =)
boleh jer ammu danial..mehla datang bayt kami..ahlen!ahlen!
hehehe.. best giler.. beli ker m.teh , p.teh n anak kami satu... belajor m0lek2.. jgn terjun ke bawah pulok guna kasut roda tue.. hehehe..
pak teh dan maktehnyer..boleh jer tolong belikan..tapi yang kat sini musta'mal jer..tak terjunnya ke bawa guna kasut roda tuh..bahaya!nanti masuk hospital lagi..faqeh dah tak nak degil2 lai dah..faqeh dah nak sekolah dah nnti..faqeh nak cakap arab..pandai macam kak jannah dan abi..
Post a Comment