Pages

Sunday, March 14, 2010

KURSUS BAHASA ARAB AMMI

Bismillah Wal Hamdulillah..



5 & 6 Mac 2010 yang lalu - Ummi mengikuti Kursus Intensif Bahasa Arab Ammi di  Bayt Salsabila.Ummi pergi bersama adik Faseh.Alhamdulillah.Terimakasih kepada pihak penganjur kerana sudi membenarkan ummi mengutip mutiara ilmu di bumi Irbid yang penuh keberkatan ini.Semoga dengan bermulanya ummi mengikuti kursus ini, minat ummi terhadap bahasa arab ini akan membawa ummi lebih jauh mendalami bahasa Al-Quran ini.Sudah lebih 7 tahun ummi meninggalkan bercakap bahasa arab.Sudah terlalu banyak perkataan ummi tidak ingat.Malah sekarang, Kak Jannah lebih bijak bercakap arab berbanding ummi sendiri.

Ummi teringin sangat untuk mengambil kursus pendek mempelajari bahasa arab fushaha di Jamiah.Namun banyak persoalannya yang bermain di fikiran ummi.Pukul berapa nak pergi?Anak2 siapa nak jaga?Berani ker ummi?Bayarannya mahal bangat mereka bilang! Tapi, Insya Allah..Allahu yusahhil..amin!



ni gambar adik yang snap..blur semacam jer!





senyum apa tuh?


alhamdulillah..sejuk mata memandang..Melihat adik2 akhowat yang rajin mengisi masa lapang dengan perkara berfaedah di waktu rehat.



keletihan..tidur di bilik akhowat.Terimakasih banyak2.

                                                                           
di kedai Abu Mahmud.Malamnya kami mendapat tugasan untuk berkomunikasi dengan penduduk setempat mengaplikasikan apa yang sudah dipelajari.





Saudara Imran Zainal Abidin ..memberi kata2 perangsang yang memberi semangat baru pada ummi untuk belajar mendalami bahasa arab.

Amat terkesan dengan persoalan dan pengalaman yang diceritakan oleh beliau.Antaranya:

- kisah sebuah keluarga yang ingin mempelajari bahasa arab sanggup bawa satu keluarganya ke Syria ( kalu tak silap,tapi negara arablah!) untuk belajar bahasa arab.Kita yang sudah diberi keizinan untuk berada di bumi yang penuh barakah ini..AMAT RUGILAH sekiranya tidak mengambil peluang tersebut! - Ini telah memberi semangat dan kekuatan kepada ummi untuk mengambil kursus bahasa arab di sini.Mana tahu nanti balik Malaysia ummi ingin menyambung pelajaran yang memerlukan bahasa arab sebagai mediumnya?Siapa tahu.Dan nanti bolehlah ummi ajar anak2 ummi berbahasa arab.

- juga pertanyaan beliau kepada adik2 ..sudah setahun berada di sini apa yang mereka dapat ? - huish pedas soalan tuh.Ummi tuju pulak untuk diri ummi..Wahai diriku sayang, sudah setengah tahun berada di sini, apa yang dirimu dapat untuk mendalami bahasa arab?Hm..tepuk dada, tanyalah diri sendiri wahai diriku sayang!Ini memberi lagi semangat kepada ummi untuk terus belajar dan bersemangat mendalami bahasa syurga ini.Sekarang, insya Allah , kalu ada masa terluang ummi akan belek2 semula pelajaran bahasa arab.Kamus peribadipun telah diwujudkan untuk mengumpulkan perkataan2 dalam bahasa arab.

- Mengenai pelbagai kamus di dalam handsetnya.Perkataan di simpan semata2 untuk dihafaz dan dipelajari.- Jadi ummi dengan penuh bersemangat mencari dan terus mencari pelbagai perisian JAR untuk di upload ke dalam handset ummi.Alhamdulillah..pelbagai kamus English- Arabic ummi jumpa dan diletakkan ke dalam handset.Termasuklah English- Malay.Yang ummi tak jumpa lagi sekarang Arabic- English.Hm..ada sesiapa di luar sana boleh bantu ummi?Juga ummi nak letakkan font arabic dalam handset ummi,macamana yer?


 
Alhamdulillah..Setelah menempuh kesusahan yang sedikit sahaja, Allah mudahkan urusan ummi untuk mempelajari ilmu bahasa arab ini.Syukran Jazilan kepada my hubby kerana memberi sokongan padu kepada ummi.Anak2 abi yang jaga.Juga terimakasih kepada Kak Aizah sekeluarga kerana tolong jagakan Kak Jannah dan Faqeh pada pagi Jumaat tersebut.Abi ada kelas di tempat lain.Tak lupa juga kepada adik2 akhowat yang banyak membantu memudahkan urusan ummi.Dan sejuta penghargaan juga kepada Saudara Imran kerana sudi membenarkan ummi menadah ilmu di kelas ini...

Alhamdulillah..semoga ilmu ini memberi manfaat kepada kita semua di dunia mahupun di akhirat kelak!










No comments: